My passion: Cooking, Baking, Unit Trust, Photography, & Internet Marketing.

Sebenarnya, tak berani nak tulis sangat pasal Unit Trust kat blog ni sebab FIMM dan Public Mutual tak bagi promosi UT di Internet. Jadi saya terpaksa akurlah dengan peraturan diorg ni. Silap hari bulan kena terminate lesen kang susah pulak saya.

Tapi kalau nak cerita sikit2 pasal perancangan kewangan tu apa lah salahnya kan. Sebab saya dapat banyak feedback dari readers blog saya ni yg mereka enjoy baca blog saya dan membuka mata mereka tentang pentingnya perancangan kewangan dari awal.

Bila tengok balik post2 lama, baru saya sedar blog saya ni sebenarnya dah lama lah sangat. Sejak saya tinggal di Jepun lagi iaitu pada 2007. Sebelum tu saya aktif di fotopages.

Awal2 dulu byk pos saya tentang family. Anak2. Resipi. Photography.

Lepas balik dari Jepun pada tahun 2011, baru lah saya mula menulis tentang Unit Trust.

Tapi nampaknya skrg ni tak boleh teruskan tulis pasal UT lagi. So mulai skrg saya akan blog tentang passion saya yang lain, iaitu family, resipi, fotography (kalau ada gambar menarik utk di kongsi), perancangan kewangan, discount or sale kat mana2 website, internet marketing (buat duit dari internet), perancangan kewangan, dan lain2 lagi.

Ok saya stop dulu..  Sekadar nak update something di blog. Sekarang nak email/sms report pelaburan pada klien2 saya pulak. 🙂

Chau chin chiowww

Nak jadi Unit Trust Agent / Consultant, ok tak? ;)

Beberapa hari lepas saya ada letak status tentang wanita yg berpelajaran tinggi tapi hanya jadi surirumah saja..ada yg ckp “rugi lah mcm tu belajar tinggi2”..just nak luahkan perasaan bukan nak timbulkan kontroversi lah ..tapi hangat juga perbincangan utk status saya tu..saya sedih jugak bila org ckp mcm tu..seolah2 jadi surirumah ni mcm sesuatu yg tak bernilai..walaupun saya tak konfem lagi nak keje atau tak nnt..Dan saya juga tak pandang rendah pada wanita yg kuat bekerja..semuanya terpulang pada kemampuan masing2, kalau boleh bekerja & uruskan rumahtangga dgn baik..mmg sy tabik spring & jeles dgn org mcm tu..mcm saya ni jenis yg cepat stress & kurang sabar..so risau jugak kalau penat keje nnt anak2 & suami jadi mangsa pulak..

Hasben pulak tak paksa saya keje..terpulang pd saya..apa2 pun dia lagi minat sy buat biz..especially biz hartanah..huhuhu..mana la saya ada duitt..akhir2 ni duk survey2 nak buat apa terjumpa dgn satu kerjaya ni..iaitu unit trust agent/consultant..modal almost zero, masa fleksible..Tak yakin sgt boleh buat sebenarnya..sbb saya ni bukan lah jenis yg pandai bercakap atau berani sgt..even adik laki sendiri pun penah join & quit..tapi saya ni jenis yg suka mencuba…Mana lah tau ada rezeki saya dalam bidang ni kan..

Agent insurans pun saya pernah terfikir, ramai kawan & sedara hidup mewah dgn kerjaya ni tapi saya mcm lebih berminat dgn UT nampaknya..apa2 pun niat saya bukan lah nak income yg byk sgt pun..sekadar isi masa lapang…tambah kawan..tambah pengalaman..leh dpt rm 1k sebulan pun dah syukur sgt2:)

Rasa sgt excited nak join kelas & amik test bulan July ni kalau takde aral insyaAllah..skrg ni pun tgh study sikit2 pasal pelaburan UT ni..ada yg suka ada yg tak suka..biasalah tu..setiap produk tu mesti ada org yg suka /tak suka..mmg lumrah berniaga mcm tu kan…

Lps dah lulus test nnt, disamping menayang gambar2 yg saya shoot, insyaAllah sy akan gunakan blog ni juga utk introduce beberapa product unit trust khususnya dr Public Mutual..soalan popular tentang unit trust, dan apa2 saja maklumat ttg unit trust. Untuk pengetahuan, UT ni sgt terkenal dikalangan org cina utk menggandakan wang mereka, dikalangan org Melayu masih lagi kurang sambutan, kerana perasaan takut rugi & tak faham betul tentang pelaburan. InsyaAllah hasben saya sendiri akan jadi client sy yg pertama nnt..hehe..terima kasih pada en hasben yg sentiasa memberi sokongan pada saya..

Apa2 sy buat pun sy harap saya still dapat jalankan tugas sbg isteri/ummi dgn baik…dan x jadi org yg lupa diri…amiin..

Nak share satu video ni…harap menjadi sumber inspirasi pada kita utk terus berusaha mencapai impian kita..

PerancanganNya mengatasi segalanya..

Assalamualaikum wrt..so..saya dah kembali ke tanahair…setelah 2 bulan ‘bercuti’ dr dunia fotografi…

Spt yg ramai dah tahu, saya sekeluarga & kawan2 di Jepun mengalami saat yg agak genting selepas kejadian Tsunami & Gempa bumi.. Walaupun tak seteruk org2 di kawasan Miyagi & Sendai, tapi apa yg sy lalui membuatkan saya rasa trauma dengan gegaran & goyangan..Saya dah buat keputusan utk kembali ke tanahair lebih awal dari yg dirancang..Sungguh..rancangan Allah mengatasi segalanya.. Saya bercadang utk ‘enjoy’ sakura terakhir di sana, tapi tak kesampaian nampaknya..tak apalah, nak buat mcm mana kan..redha saja dgn ketentuan Allah.

Sms gempa bumi sebesar 9M melanda Miyagi & Sendai pada jam 2:45 pm waktu Jepun, saya sedang melayan anak2 bermain komputer..terasa gegaran kecil saja..mula2 buat tak tau sbb dah biasa dgn gegaran kecil..tapi tiba2 saya rasa lain, gegaran kecil tu agak lama, dan tak semena2 gegaran bertambah kuat sehingga jatuh cd2 dan buku2, lalu saya bawa anak2 berdiri di atas katil memandang rumah saya tak ada meja utk kami berlindung. Gegaran berlaku agak lama, saya hanya tahu mengucap & istighfar, dan berdoa agar gegaran berhenti segera..tapi 3 minit ia berlaku..terasa sgt lama! Terasa spt bangunan saya tu seakan2 mahu runtuh…anak2 turut panik dan menangis melihat saya menangis ketakutan..Lepas gegaran berhenti, saya cepat2 bawa anak2 turun bawah, tak sempat dah nak tgk rumah..mmg berterabur, habis brg2 semua jatuh..saya pun tak sempat nak capai tudung dan kasut…turun je bawah alhamdulillah ada org Arab pinjamkan jaket dia yg ada hood..kelihatan dah ramai ada kat bawah..mungkin mereka turun masa gegaran kuat tgh berlaku tu..bayangkan lah cuaca masa tu bawah 5 C..sejuknya masyaAllah..beberapa ketika lepas tu suami pulang dari lab, masa keadaan tenang sekejap dia naik atas ambil selipar & jaket kami, tapi masa suami turun dr tingkat 5 tu..kebetulan takde elektrik so elevator tak berjalan…berlaku lagi sekali gegaran besar..dan saya boleh nampak bangunan 7 tingkat saya tu bergoyang…tak boleh nak bayang kiamat macam mana dasyatnya..suami sedang turun ke bawah , dia ckp rasa mcm tgh berlakon dalam movie pulak..bergoyang2 masa turun tangga tu..aduhai sempat buat lawak pulak..

Kami kesejukan kat luar tu lama jugak, dalam 3 jam..lepas tu kami di arahkan utk di evacuate di nursery budak2..sbb ada saluran gas & paip bocor, eletrik takde selama 2-3 hari jugak..tapi air mmg 2 minggu lebih kot takde..lepas kejadian tu mmg kami duk mengangkut air dr bangunan lain , guna tangga sbb elevator tak boleh digunakan lagi..Just imagine lah nak basuh berak anak (dan sendiri pun ) mcm mana..basuh pinggan,,mandi semua mmg susah lah masa tu..terpaksa tumpang bilik kawan2 yg ada air..

Ditambah pula dgn krisis nuklear di FUkushima tu..tempat kami dlm 160km dr situ, so kami dinasihatkan oleh embassy & universiti suami utk pulang bercuti selama sebulan utk keselamatan..

Saya tak boleh bayang kalau kejadian sedahsyat tu berlaku di tempat lain..agaknya berapa ramai yg terkorban..sedangkan di Jepun ni mereka sentiasa buat latihan utk bersedia dgn bencana alam spt ini..rumah2 juga dibina dgn kukuh, walaupun mereka terkenal dgn kebijaksanaan dan kecanggihan teknologi tapi masih tak dapat melawan kekuasaan Allah..10 ribu org terkorban dan 10 ribu lagi tak dapat dijumpai..kalau berlaku di negara lain?? Aduhaii….

Org Jepun saya lihat mereka sangat tabah..takde nampak mereka meraung2..ada pakcik mangsa tsunami setelah di selamatkan di rumahnya apabila diinterview dia cakap,’ tak apa, kita bina semula.’ Sambil tersenyum pulak tu! Tenangnya..aduhai…sedangkan mereka ni jarang2 yg ada agama…

Di saat genting takde makanan & transport, diorg tak pentingkan diri sendiri..makanan di bagi2..masa beli brg di kedai atau menunggu bas mereka masih beratur spt biasa …yg takde transport di ajak utk pulang sama2..org yg stuck dlm train masa kejadian sgt susah nak balik masa tu sbb elektrik takde..ada yg berjalan kaki pulang ke rumah dr tempat kerja..ambil masa 8 jam hingga sehari utk sampai ke rumah..gara2 takde transport & eletrik..

Ketika kita dan rakyat Jepun lain yg risau ttg keadaan radiasi di sana..terfikir bagaimana pula perasaan pasukan penyelamat di reaktor nuklear sana? Ya..kita boleh ckp itu sudah tugas diorg…kalau kita di tempat diorg..adakah kita akan setia dgn pekerjaan tu..atau cabut lari aje..aduhaii…

Skrg ni ada yg predict gempa besar & tsunami 10m akan melanda lagi..cuma tak tahu bila..ada yg terfikir bagaimana nak menyelamatkan diri kalau benda ni berlaku lagi..ada yg kata nak elakkan naik train takut stuck dalam tunnel masa kejadian..tapi bagaimana pula dgn pemandu train tu…adakah dia fikir benda yg sama….aduhaii…

Pengalaman yg sukar utk saya lupakan sampai bila2..byk benda yg boleh dipelajari..Satu pengajaran penting yg boleh saya ambil…kita tak boleh terlalu rasa selesa dgn keadaan kita skrg..seolah2 kita boleh hidup lama lagi..padahal..kalau Allah nak..sekelip mata dia boleh ambil harta & nyawa kita..kita ni hanyalah hambaNya yg kerdil..sgt kerdil..so..tak perlu tangguh2 utk bertaubat dan berubah menjadi lebih baik..sy bersyukur diberi peluang utk merasa ‘kiamat kecil’ ni…alhamdulillah kami dan semua rakyat Msia di sana dlm keadaan selamat..T

Terima kasih yg tak terhingga buat teman2 yg byk membantu, Sister Sarah dr Egypt yg pinjamkan jaket sejurus selepas sy turun dr bangunan, Inkara dari Kazakhstan yg pinjamkan saya selimut di kala saya & anak2 kesejukan di luar sms hari kejadian, Daliza, Kak Suhaila & Kak Nat sekeluarga yg benarkan kami guna air di rumah mereka dan masak utk kami sepanjang ketiadaan air di rumah kami, Atuk yg tlg angkatkan air, Kak Su lagi yg tlg uruskan penempahan tiket pulang ke Msia, mba eva & mba mirna yg bagi makanan dan menjadi teman setia di Ichinoya sana, Kak Su, Amal, Hawa & Fariha yg tlg bantu tgkkan budak2 & angkut brg di airport…bantuan yg nampak kecil tapi mudah2an keikhlasan mereka membantu akan menjadi penghapus dosa & penyebab utk Allah melimpahkan rahmat kepada mereka di akhirat nnt..amin

Skrg di kampung kat Tganu pun, everytime lori besar lalu depan rumah , rumah akan bergegar..dan saya masih rasa berdebar..seolah2 gempa akan berlaku kat sini juga..nauzubillah minta dijauhkan negara tercinta kita ni dari segala bencana..dan smg keadaan Jepun kembali kepada sediakala…dan smg semakin ramai org di Jepun bertemu cahaya hidayah…dan smg suami tercinta berjaya menamatkan phd dgn lancar dan slmt dr segala bahaya ..dan semua org Islam dan jepun di sana juga..amin..2 bulan setengah je lagi..ganbare walid!

So..ini lah ‘sakura’ saya di Malaysia…my only niece ..for the time being ..first time jumpa dia=)






30……

Pertama sekali, sy nak ajak kawan2 semua utk mendoakan keselamatan saudara2 kita di Egypt sana.. Saya simpati pada mereka, tapi saya yakin ada byk hikmah disebalik semua yg berlaku ini…

Selamat tahun baru juga saya ucapkan pd kawan2 yg berbangsa cina..

Alhamdulillah hari ini 5 Feb saya dah masuk usia 30. Masa saya lahir dulu kebetulan masa tu pun CNY. Syukur masih diberi peluang oleh Allah utk menghirup udara segar atas muka bumi ini, syukur diberi kesihatan olehNya, syukur kerana masih diberi peluang utk melihat wajah manis suami & wajah comel anak2..syukur dgn segala nikmat yg Allah kurniakan sehingga hari ini alhamdulillah ..

Terima kasih yg tak terhingga saya ucapkan pada mama & papa yg melahirkan & membesarkan saya…smg Allah mengampunkan dosa mereka sebagaimana mereka telah melahirkan & membesarkan saya dr kecil hingga dewasa.

Terima kasih juga pada suami yg menemani hidup saya sejak 6 tahun yg lalu…alhamdulillah..walaupun begitu, baru 6 tahun..perjalanan masih jauh..smg Allah kurniakan kesabaran pada kita utk menghadapi cabaran yg mendatang..

Seperti tak percaya dah masuk angka 30.MasyaAllah. Sebenarnya takut, makin meningkat usia makin hampir diri kita kepada kematian..:(

Hari ini jugak adik ke3 saya akan bernikah di Johor..sedih tak dapat hadir semua majlis pernikahan & persandingan semua adik saya…:( Apa2 pun saya doakan majlis berjalan lancar semuanya..

Tahun ni juga bulan May kami sekeluarga akan pulang ke Msia, for good insyaAllah..setelah hampir 10 tahun merantau di bumi matahari terbit ni..akhirnya tiba masanya utk pulang ke tanahair tercinta…

=========================

Saya nak share satu nasihat berguna dr prof muhaya ni..katanya sedeqah boleh mengelak bala…. Dalam beg kalau boleh selalu sediakan wang kecil atau minuman botol atau makanan utk diberi kpd golongan yg kita nampak susah spt pencuci tandas, pak guard , peminta sedeqah dll.

lagi satu katanya, kalau kita rasa ada bala yg menimpa keluarga/ diri kita, cth kecurian, byk bebanan hutang, anak2 yg tak “menjadi”, hidup tak bahagia walaupun ada duit..check macam mana hubungan kita dgn Allah. Check solat kita adakah sempurna. Check rezeki kita adakah disalurkan ke jalan yg betul, check dr mana hasil rezeki kita.

Semoga bermanfaat =)

===========================

Tak habis lagi dgn gambar autumn..actually blog saya ni macam album saya..bila boring2 saya akan telek balik gmbr2 kat sini..Gmbr pun jarang cuci dah skrg..almaklumlah zaman digital kan. Gmbr jalan2 dalam Tsukuba university dgn parents =)

Laluan berapi..subhanallah, jalan ni sgt cantik masa ni..pokok semua jadi warna orange mcm api!

Dalam area Tsukuba University, antara top u di Jepun..sape2 nak sambung study di sini sgt2lah di alu2kan. Kawasan yang tenang, jauh dr hiruk pikuk bandar..Dalam 1 jam je dr Tokyo=)

Favourite subject saya, utk photography..balik Msia mana nak carik daun2 nih..huhuhu..tapi insyaAllah keindahan alam ciptaan Allah ni di mana2 saja..bukan di Jepun aje kan =)

Yang ada gambau saya tu mak saya lah yg amik tu..katanya segan sbb asyik gambar dia je kena ambik..terer jugak dia guna dslr saya tu hehe..well done mama =)

My beloved mama..suka betul dia dgn daun2 yg warna warni tu..sama cam saya gak..siap kutip utk dibawa balik sebagai souvenir lagi hehe

Ok ni last, sorry byk benau gambau..huhu…
gmbr saya dgn daun bawah ni mama saya amik…my fav shot 😉

Sekian terima kasih wassalamualaikum 😉

Disney Sea & Mujahadah Hati

Sepanjang 9 tahun kat Japan ni first time kami pergi DisneySea yg sgt lah glemer di sini..
Disneyland pun saya pegi sekali je masa tahun 2002 dulu..hasben saya dah pi Disney land tu 3-4 kali dah masa bujang dulu..melampau sungguh hehe

Apa tak nya..sekali masuk tu 5800 yen sorang..lebih kurang RM200 sorang..

Hati rasa serba salah jugak nak pegi sbb Disney kat product Israel..tapi saya rasa tu last kot pegi tempat2 Disney nih…kami takde lah boikot 100% sbb belum mampu nak elak beli brg diorg sbb byk sgt kan…so apa yg boleh kami elak, kami elak..

Kat sini boleh lah elak makan McD KFC burger king pe semua sbb mmg tak leh makan, balik Msia nnt tak tahu lah boleh tahan tekak ke tak.. kekadang rasa teringin jugak..haiyyoh…tapi kalau ada burger ramli sebelah kedai McD tu saya prefer pi burger ramli jek hehe…cuma saya rasa sy nak cdgkan Ramli buat produk beef burger mcm McD punya sbb tu sy punya fav =)

Apa2 pun Disney Sea boleh dikatakan best lah jugak compare dgn Disneyland..scenery cantek..attraction cam lagi best…saya nak sgt masuk rumah hantu ( yg sebelah gmbr globe kat atas tu ) tapi org sgt lah ramai so tak dapek nak masuk…

Dalam byk2 attraction The Magic Lamp Theater lah yg paling hampeh..haiiyyoh…sgt x best..borink…yg best Raging Spirits – a thrilling roller-coaster ride.
Indiana Jones Adventure – Temple of the Crystal Skull
Saya naik roller coaster together gether dgn parents…hasben tunggu anak2..isk isk:D
Journey to the Center of the Earth…roller coaster gak…yg ni saya naik ngan mama, hasben naik ngan papa..boleh tahan sporting lah dorang..berani ajak dorangnaik sbb dorang takde masalah kesihatan so far..alhamdulillah..

Storm Rider pun best jugak…papa ckp naik 2 kali pun boleh hehe

Malam tgk acara bunga api yg tak berapa best banding ngan acara bunga api kat Tsuchiura ni..

Masa dah nak maghrib jumpa mascot bob & bini dia..lawak tul…si bob tgk falah sedap tdo dalam stroller, dia pun buat aksi pam dada falah, konon nak surprise kan falah, tapi falah tak bangun2 jugak..sampai tepuk dahi si bob ni…hehehe..rugi tak dapat rakam video masa tu…tak expect something funny would happen masa tu..so tak ready lah video cam nya…

===============================

Akhir2 ni suka sgt dgr ikim, saya baru tahu boleh dgr ikim online Paling suka hari rabu punya slot ” Islam Itu Indah” dr Prof Muhaya..Hari Isnin punya slot pun best jugak dr Prof Harlina Harliza, masanya jam 10-11 am Msia..Ada masa jom dgr, sgt bagus utk self motivation siapa2 saja..

ni antara yg dirakam oleh hamba Allah , tajuk dia bersyukur..dgr byk kali pun xpe benda2 mcm ni..mujahadah hati….

Kita akan ditanya nanti…

Gambar Umar plak,,kat Doho Park juga, semua gambar ada peace..sbb masa ni dia mmg ada mood utk bergambar, siap dia yg suruh saya amik gmbr dia =)

Kat Jepun ni byk betul taman2 diorg sediakan utk orang ramai luangkan masa bersama keluarga..bersih , cantik. tapi dalam byk2 park yg saya pegi saya paling tertarik dgn satu park dekat Fukushima yg saya pergi baru2 ni..permainan byk & kalerful, comel2 lak tu.. dapat amik gambar budak2 mmg best kat situ..Kalau kat Msia sebelum saya datang Japan ni, rasanya tak byk taman2 besar camni, tak tahu lah skrg,,harapnya dah banyak..dulu masa kecik2, nak main kat padang kat rumah pun takut sbb byk anjing liar..kena kejar ngan sekumpulan anjing pun pernah, ngeri bila teringat kisah masa kecik dulu ..kat Jpn ni anjing liar takde, semuanya anjing yg dibela..najis anjing pun takde sbb tuan anjing biasanya akan kutip najis anjing masing2 & bawak balik rumah..kalau diorg nak biar je diorg boleh je buat bodoh biarkan najis anjing diorg tu merata2, tapi sbb ada kesedaran civic utk jaga kebersihan, diorg buat lah apa yg patut utk kemudahan & keselesaan pengguna2 taman yg lain.. camtu lah org jepun ni..dia akan fikir utk kepentingan pengguna2 lain..

Cuma ada satu tu pengalaman pahit masa berpicnic dengan kawan kat tepi sungai masa summer yg lepas, anjing tu dilepaskan & dibiarkan lari2 dan dtg kearah kawan yg sedang solat di situ..lalu terpaksa lah disamak sejadah & bahagian badan yg kena, itu pun tuan anjing tu bukan Jepun tapi org foreigner juga, kalau tak silap dr Brazil. Kalau ikutkan hati yg marah nak je pukul anjing tu tapi kawan yg tgh solat tu ckp ” eh mana boleh sakitkan anjing tu, dia tak salah, yg salah tuan dia gi lepaskan..”..oh insaf sekejap saya..betul juga kata2nya..itu lah kalau org perempuan ni biasanya kurang rasional bila marah, org laki akan berfikir panjang dulu ..

Kali ni nak share satu video yg sangat menyentuh hati bagi saya….membuatkan saya terfikir apa yg saya dah buat utk bantu org bukan Islam mengenali Islam…kita semua akan ditanya nnt apakah usaha kita dalam menyeru manusia kepada Islam…saya tengok video ni sampai habis 2 kali…kata2 dr seorang student dia yg belum masuk Islam (di awal video kedua di bawah) membuatkan saya gementar sikit.. tersentuh sampai menangis tgk semangat CHinese Muslim ni dalam berdakwah..masyaAllah..insyaAllah aman lah dia di akhirat sana sbb berusaha menyambung usaha Nabi SAW dlm menyebarkan Islam…student2 dia pun sgt semangat nak belajar tentang Islam..di kala mereka sedang dahaga ilmu tentang Islam, anak2 muda di msia pula nampaknya semakin menjauhi Islam..nauzubillah..

kalau ada masa tengok ya..

Sedangkan lidah lagi tergigit….

Last week ada satu hari tu takde letrik kat rumah, so saya ajak Mba Eva kuar gi jalan2 kat tasik area tsukuba center tu..sambil2 amik gmbr anak2..ni lah hasilnya 😀

Pastu gi makan takoyaki kat jusco lak..thanks Mba Eva for your time!

==================================================================
My rumblings…..

Bila saya chat saya suke guna icon “:D” atau “:)” atau “;)” spy nampak mesra ngan kawan2..seolah2 setiap hari tu happy je kan padahal salu je ada masalah..kadang2 tgh bad mood sbb salah faham ngan hasben pun saya salu je guna icon2 tu atau taip “hehehe hahaha”.. tapi jgn ingat kami ni bahagia & senang sentiasa takde masalah langsung..mana ada family & suami isteri yg tak pernah ada masalah/salah faham..sedangkan lidah lagi tergigit..ini kan pulak suami isteri…

Saya nak share satu link ni mungkin bermanfaat buat kawan2 yg bakal berkahwin atau sudah berkahwin:

Wahai Suamiku Jua Isteriku…

Agak panjang, kalau malas baca, ni antara petikan yg menyentuh hati saya:

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup
menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari
bahtera mereka hingga ke akhir hayat…
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas…
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka…

“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman
kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api
cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu…”

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya…
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya…

Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.
Isteri WAJIB beri peringatan…
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka…

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali
gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami…
Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu…’
Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah…’
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan
ber’terima kasih’ kerana menyedarkanya dari kelalaian itu…
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan…Biarkan dia berbantah…
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan…

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu
dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?”

“Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum
berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak
merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan
Allah…pasangan anda meninggal dalam tidur”

Paragraph terakhir tu yg paling saya takut…….tapi saya ni seorang isteri yg jauh tak tertanding dgn isteri2 Nabi SAW, yg sentiasa membuat kesilapan…..:(
Andaikata saya meninggal dunia dalam tidur dalam keadaan tidak berpuas hati dgn suami saya, insyaAllah saya akan sentiasa memaafkan dia..dan saya harap dia berniat begitu juga, sesungguhnya hanya dia suami yg saya cintai dunia & akhirat…