About

Salam , konnichiwa and good day!

Nama timangan saya Liya.

Saya peminat photography, online business, internet marketing, Unit Trust, perancangan kewangan, pelaburan, blogging, dan baking. Saya wujud di alam maya ni sejak tahun 2002 lagi, masa tu saya sedang belajar di Jepun. Medium pertama yang saya guna untuk blogging adalah Fotopages. Lepas kahwin, rasa dah boring dengan Fotopages, lalu saya memulakan blog wordpress ini, sejak tahun 2007 lagi. Masa saya di Jepun, saya jatuh cinta dengan kamera DSLR, dan lens2 yang besar tu. Jadi masa tu saya suka isi masa saya dengan dengan mengambil gambar, dan upload gambar di blog, cerita pasal anak2 dan pasal tempat menarik di Jepun.

Sepanjang di Jepun, saya juga buat bisnes Online, menggunakan sistem dropship dan affiliate marketing. Best tau dapat duit online. Hehe. Dengan hasil duit online juga saya beli beberapa lens Nikon yang besar gedabak itu. Tapi saya menyesal sangat tak simpan hasil kerja keras saya di alam maya tu di Unit Trust.

Tahun 2011, lepas gempa bumi kuat melanda Jepun, saya pulang ke Malaysia. Kiranya saya ni satu dekad jugak lah bermastautin di Jepun. Sejak itu, saya bertugas sebagai seorang Perunding Unit Amanah / Unit Trust Consultant di salah syarikat UniT Trust No 1 di Malaysia. Kini saya telah menguruskan pelaburan klien2 dari seluruh Malaysia dan luar negara.

Objektif @ Matlamat saya:

1-Untuk memastikan pelabur2 saya faham tentang Unit Amanah.

2- Untuk memastikan pelabur2 saya mencapai matlamat kewangan mereka.

3-Melakukan kerjaya ini secara santai & tidak memaksa orang ramai untuk melabur.

4- Melakukan kerjaya ini kerana minat untuk membantu orang ramai memulakan simpanan & pelaburan, dan mencapai matlamat kewangan mereka dan bukan untuk mengkayakan diri sendiri semata-mata.

 

Mengapa melabur melalui saya? Klik sini.

Selain dari itu, antara topik yang saya minat adalah photography, kesihatan, bisnes online @ internet marketing, blogging, dan lain2. Di masa lapang saya update juga blog ini untuk berkongsi ilmu.

Selain berkongsi tentang unit trust, saya juga minat untuk berkongsi bagaimana menambah pendapatan secara online. Sebab saya rasa rugi sangat kalau kita online di internet tapi tak buat duit, sedangkan kita jumpa ramaaiii orang di internet ni. Nanti ada duit lebih hasil bisnes online bolehlah melabur di Unit Trust ya?

 

Hubungi saya di sini untuk temujanji & konsultasi percuma tentang perancangan persaraan, pendidikan anak, dan apa saja yang anda ingin capai untuk jangka masa sederhana atau panjang. Konsultasi diberi secara percuma.

Anda juga boleh hubungi saya sekiranya anda sedang mencari peluang kerjaya sebagai ejen sama ada secara sambilan atau sepenuh masa. Anda juga boleh hubungi saya sekiranya anda pernah melabur dan ejen anda tidak aktif lagi. Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dan ingin memulakan pelaburan, saya sedia berkhidmat untuk anda walau di mana jua lokasi anda. Hubungi saya di sini untuk keterangan lanjut.

Salam mesra,

Liya

Me!

11 thoughts on “About

  1. Hi Liya,

    I accidentally saw your blog thru allthatmatters2rei blog. Understand that currently you and your family is residing in Japan.
    I wonder if you can help me.
    I’m a Malaysian who residing in Australia. I’m interested in pastries and even intend to take up pastries course in Japan. However, as I do not understand Japanese, I have problem of serching the pastries school thru internet.
    Do you have any idea how can I obtain this information?

    I am so sorry to trouble you cos I do not have any friend in Japan.

    Thanks in advance.

    Jae

    1. Hi Jae, Sorry for late reply, how can I contact you? You can contact me via email liya51[@]yahoo.com.
      Lets discuss in email:)

  2. Liya

    Your husband’s name is Fendi kan? Pls pass this message to him:

    Fendi, ini Abg Azizi. I visited you and Dzul (Jabatan Perancang) sometime in 2003 ingat tak? I was with another friend, Azhar. Masa tu you bujang lagi. Happy to note that you are now on to your PhD.

    Saya dulu ex-Tsukuba Dai juga under monbusho. Buat masters in Environmental Science. So your photos bring back the good memories of my 3 years stay di Tsukuba with my famuily. In fact our last 2 years were at Ichinoya. We loved that place and we cherish our Japanese experience till today.

    More pics of the campus and Ichinoya area please.

    visit my blog – http://seri-kepayang.blogspot.com/

    Azizi Ahmad Termizi
    Putrajaya

    1. Salam Abg Azizi, minta maaf saya baru approve komen ni sbb masuk spam, so saya tak sedar. My husband still ingat Abg Azizi, insyaAllah nnt upload gambar di Tsukuba byk2:)

  3. assalamualaikum, liya! lamer tak dengar khabar… link ke japanese decor and gifts mana? rasanya the link dah broken. all the best! hopefully will try to make the chocolate cake using you recipe… nampak sedap gell!
    your kids are really kawaii!!! sapu krim kat muke umar frequently. insyaAllh will be ok.
    take care.

    1. Salam Dr Tini:)

      Apa kabar..keje mana skrg? sorry link to mmg dah takde lah..nape Tini nak cari souvenir Jepun ke?
      Choc Cake tu mmg sedap..cuba lah ek!

      Kitorg mmg hari2 sapu krim kat muka Umar tapi ade steroid lah..time muka dia jadi licin tu benti kejap pastu nnt dia garu2 naik balik merah2 terpaksa sapu lagi steroid tu..pegi 3 klinik pakar kat sini semua bagi krim yg ade steroid..takut jugak ade effect tapi nak buat camne , kalau tak letak krim nnt muka Umar jadi teruk sgt..Tini ada suggestion ubat yg takde steroid?

      1. assalamualaikum,
        liya, saya sambung blaja lagi di universiti malaya plak… hehe.. life is an endless journey of knowledge.
        setakat nih takleh nak pikir other options for umar. steroid creams ada byk strength. pakai yg dia ada skang nih ok laa… asalkan pakai sparingly, it should be ok. if i remember what other options, i’ll tell you. dah jumpe pakar kulit ke? the main thing is to keep the skin clean and not dry. pakai aqueos cream yg takde steroid pun bleh pada mase lain. setakat nih i can’t think of effect of steroid on skin laa.. tapi kalo makan steroid tuh yg bleh menyebabkan byk effects.

        bkn nak cari souvenir jepun, tapi nak saje2 nak melayar website… best ape dpt websurf.

        ok laa.. take care. slamat hari raya! maap zahir batin.

  4. Hi.

    I was a “Tsukuban” myself.. came back in 2004. yes.. i know Fendi. Found your link through Chui’s. Am a photgraphy freak myself. Entry level!. hehehehe.. Used to own only P&S… and now… with Chui’s help.. she helped me to get my 1st EOS fr Kakaku.com… am so grateful….

    Your photos on Autumn.. makes me wanna go back to Japan!!.. hahaha….

    Keep snapping…. looking forward to seeing your blog & photos!!….

    1. Salam Kak Ita,

      Sihat ke? kami sihat2 je kat sini..terima kasih jengok blog saya, kdg2 ppegi jugak blog akak…tapi tak tahan tgk makanan sedap2..saya tgh ade virus malas skrg ni hehe..Akak angkat lah DSLR sebijik insyaAllah gambar jadi cantik;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s