Cara Bisnes Online Facebook

Sekarang ni dah ramai rakyat Malaysia mula buat bisnes online kan. Terutamanya wanita, ramai yang mengidamkan pekerjaan yang boleh buat di rumah saja, sambil melihat anak membesar depan mata. Ada yang jual melalui Facebook, ada yang melalui website ecommerce sendiri, instagram dan macam2 lain lah. Tapi ramai yang mula sendiri dan hasil pun tak berapa masyuk.

Bisnes online yang paling mudah dan boleh mula secara percuma adalah melalui Facebook. Daripada kita buang masa chatting atau scroll newsfeed kita tu sampai berjam2, baik lah kita kita fikirkan untuk tambah pendapatan melalui Facebook. Betul tak?

Secara umumnya, ini adalah cara untuk mulakan bisnes online Facebook:

Bisnes Online Facebook

1- Fikirkan barang apa yang kita nak jual.

Biasanya produk yang laris di Facebook adalah produk kecantikan, kesihatan, barangan bayi dan kanak2, baju wanita, & tudung. Yang tu anda kena buat kajian lanjut lah.

Kemudian kita kena fikir nak jual barang sendiri atau guna sistem dropship. Kalau jual barang sendiri bermakna kita kena ada modal untuk beli barang secara pukal. Kalau anda ada modal memang bagus. Tapi banyak kerja kena buat sendiri, bungkus barang pos barang dan sebagainya. Mungkin untuk permulaan saja, biasanya bila bisnes dah masyuk, peniaga2 online ni akan cari staff untuk bantu mereka.

Sistem dropship ni kita tak perlu keluarkan modal. Kita tolong promote barang orang lain saja. Bila ada orang beli, kita simpan komisen. Lepas tu kita order barang dengan supplier dengan harga agent, supplier akan terus hantar barang ke customer. Mudah kan? Tak perlu susah2 keluar modal borong barang, bungkus barang, pos barang..sesuai lah untuk beginner kan. Cuma anda kena sendiri alert saja sekiranya ada order masuk. Maknanya kena sentiasa online internet lah. Macam mana nak cari supplier dropship ni? Google aja..”dropship Malaysia”. Macam2 ado……cumanya kena hati2 lah sebab tak semua supplier bagus, cekap, mudah kerjasama dan mudah dihubungi. Kalau nak tahu supplier dropship yang boleh diharap, anda kena lah berguru dengan orang berpengalaman. Kalau main redah sendiri, pastinya kita akan lalui macam2 kesilapan..normal lah tu 🙂 Kalau anda tak nak penat, dan nak cepat berjaya, seriously anda perlu cari cikgu.

2- Sign Up Facebook

semestinya ini perkara pertama lah 🙂 Kalau takde Facebook macam mana nak berniaga di Facebook ye?

3- Lepas tu anda kena login Facebook bina Fan Page.

4-Dapatkan LIKES sebanyak mungkin.

cara bisnes online facebook

Anda kena pastikan orang yang like page anda tu adalah pembeli target anda. Contohnya, kalau ada jual barang2 baby, tentulah kena target likers anda tu di kalangan ibu2.Jarang lah bapak2 nak belikan baju online untuk anak2. hehe.. Cara dapatkan likes banyak dan target customer yang betul? Haa…musykil juga tu. Yang tu pun anda kena berguru dengan pakar.

5- Guna Facebook Ads. Kalau nak tingkatkan lagi sales, anda kena belajar buat iklan melalui Facebook Ads. Yang ni pun anda kena berguru juga.

So bila dah ada ramai yang likes page kita, dapat pulak likers yang memang kita target, anda promote lah barang anda tu, pastinya ada jualan.

Saya cerita secara umum saja ni, kalau nak cerita detail dua hari dua malam pun tak habis taip kat sini ..hehe

Susah ke? Mana ada cara senang nak dapat duit. Tapi percaya lah bisnes online Facebook ni sangat mudah berbanding anda kerja hari2 mengadap bos anda yang garang tu hehe. Mungkin mula2 macam susah, lama2 akan jadi mudah. Belajar dengan pakar, kalau tak faham, tanya lah pakar tu. InsyaAllah berjaya.

Mudahnya Berniaga di Facebook

Tapi jangan lah berharap kaya dengan sekelip mata je bila buat bisnes online ni, kena usaha lah juga. Kalau ikut cara yang betul insyaAllah bulan pertama dah dapat hasil. Saya nasihatkan kalau anda ada niat nak berhenti kerja untuk mulakan bisnes online, jangan berhenti kerja terus, buat secara part time dulu, bila nampak hasil, boleh lah kita buat perancangan untuk berhenti kerja.

Untuk pengetahuan anda, biasanya orang yang berjaya dengan Facebook ni , diorang pergi kursus untuk belajar bisnes online Facebook ni. Setakat google2 je, memang lambat dan ambil masa lama.

Nak belajar bisnes Online Facebook secara serious, tapi tak ada masa nak pergi kursus? Acu tengok sini, kot2 boleh bantu anda.

All the best ya!

Buat Duit Tanpa Modal – Boleh Ke ?

Assalamualaikum

Selama ni saya asyik cerita tentang pelaburan saja kan, tapi kalau tak ada duit lebih, mcm mana nak melabur ye tak?

Memandangkan GST pun akan dilancarkan tak lama lagi, pastinya ramai yang resah gelisah. Ye lah, harga barang naik, tapi gaji tak naik2 juga. Nak buat bisnes pun tak ada modal ye tak?

Tapi boleh ke sebenarnya nak jana duit tanpa modal?

Jawapannya, SANGAT BOLEH.

Satu2nya cara untuk buat duit tanpa modal adalah melalui bisnes affiliate secara online.

Apa itu affiliate?

Affiliate maksudnya agent. Agent ni tolong promosi produk orang lain. Bila orang beli melalui link affiliate kita, kita diberi komisen. Biasanya kita tak perlu menjual pun, orang beli dengan rela hati. Yang menjual adalah owner produk tersebut.

So, di mana nak letak link affiliate kita tu?

Kita boleh letak di mana2 laman sosial seperti blog, Facebook, Instagram dan banyak lagi.
Biasanya orang guna blog/website untuk bisnes affiliate ni.

Tapi, kalau tak kena cara, susah juga nak dapatkan orang beli barang dari link kita tu. Seperti juga bisnes2 lain, kita perlu ada ilmu kalau betul2 mahu serius.

Panduan Lengkap Bisnes Affiliate

Secara kasarnya, ini adalah langkah2 yang perlu anda buat kalau nak mulakan bisnes tanpa modal ini.

1- Pilih Niche/Subjek yang anda minat, tapi mempunyai pasaran yang tinggi juga. Contohnya niche “Nak Kurus”.
2- Bina blog tentang niche tersebut. Guna blogspot atau wordpress, percuma saja.
3- Cari “keyword emas” yang biasa orang ramai type di Google. Contohnya, kalau orang nak kurus, ada yang type “cara kurus cepat”. Ada kaedah tertentu utk pastikan keyword mana yang patut anda fokus, supaya mudah orang jumpa blog anda.
4- Tulis artikel tentang “keyword emas” tersebut.
5- Cari banyak lagi “keyword emas”, dan buat artikel banyak2 lagi.

Saya tak boleh nak hurai semua ni sebab panjang sangat nak cerita. Saya dah explore bisnes ni sejak 2006 lagi dan saya sendiri pernah merasa, cuma market saya dulu orang US, bukan orang Malaysia. Sbb dulu orang Malaysia ni masih kurang shopping online. Sekarang ni dah ramai orang Malaysia shopping online dan guna google untuk cari maklumat. Market masih luas. Percaya lah, kalau anda mula sekarang, anda akan rasa hasilnya 3 ke 4 bulan dari sekarang.

Saya rasa rugi kalau kita tak ada blog. Sebab blog ni seolah-olah seperti “rumah di alam maya”. Berjuta orang dapat pendapatan pasif melalui bisnes rumah sewa dan jual beli rumah, yang memerlukan modal yang tinggi, tapi percaya tak kita juga boleh dapat pendapatan pasif melalui “rumah maya” kita ni. Malah kalau kena caranya dan istiqamah, anda boleh dapat pendapatan pasif lebih banyak dari rumah alam maya ini berbanding rumah yang betul-betul tu. Yang paling best, tak perlu keluar modal, tak perlu nak pening melayan karenah penyewa, tak perlu kalut layan pelanggan, tak perlu kalut pos barang.

Kalau anda redah sendiri untuk buat duit melalui blog ni, mungkin anda tak dapat 1 sen pun dari blog anda. Nak berjaya anda mesti belajar dari orang yang dah berjaya.

Tapi saya nak ingatkan, bisnes affiliate ni memerlukan kesabaran dan fokus. Bukan skim cepat kaya ya. Kalau anda betul-betul belajar dari pakar, sabar dan istiqamah, insyaAllah anda akan mendapat hasil dalam bulan ke 3 atau 4. Jangan mudah distract dengan tawaran bisnes lain di alam maya ini, anda akan kecundang. Ini adalah kesilapan utama orang ramai yang tak dapat buat duit di internet. Fokus satu-satu sampai berjaya. Bisnes Affiliate melalui blog adalah bisnes yang anda wajib terokai sebelum bisnes lain, sebab ia mampu memberi anda pendapatan secara autopilot, walaupun anda tengah “melabur” di dalam tandas. Bisnes lain, seperti dropship, facebook, bukan tempat terbaik utk memberi anda pasif income.

Panduan Lengkap Bisnes Affiliate