Resipi Kuah Kacang


Rabu lepas kami join Indonesian punya Eid party. Terima kasih kepada warga Indonesia yg sentiasa mengundang kami menghadiri majlis mereka dan menganggap kami seperti keluarga sendiri.

Eid Food
Eid Food

Saya cuma sediakan kuah kacang. Di sini saya kepilkan resipi kuah kacang seperti yg diminta. Kalau ada embak2 yg tidak faham boleh bertanya di comment box ya:)

Bahan2 yg perlu di blender
Bawang besar 1 1/2 biji
Bawang Putih 3 Ulas (kalau tak di taruh pun tak apa2)
Halia 1 Inci
Lengkuas 1 Inci
Serai 2 batang ( Saya suka taruh lebih:) )
Cili Kering 20 batang (terpulang tahap kepedasan yg anda suka)
Udang Kering (2 sudu makan)

Bahan2 lain
Serbuk Jintan 1 teaspoon
Serbuk Ketumbar 1 teaspooon
Kacang tanah 500 gm
Kerisik 2 sudu makan (dibuat daripada kelapa, kalau tak ada pun daijoubu:))
Santan pekat 2 cawan (kalau tidak diletak pun tak mengapa, supaya tidak mudah basi)
Gula kabung (gula hitam yg keras tu, ada dijual di Jepun juga) atau gula putih juga boleh quantity terpulang pada tahap kemanisan yg disukai.
Garam mengikut citarasa anda:)
Asam gelugur 1 keping ( Boleh juga diletak air asam jawa)
Minyak 2 Senduk Besar

Cara2
1) Panaskan minyak, kemudian ditaruh semua bahan yg diblender, jintan dan ketumbar dan di tumis sehingga wangi dan naik minyak nya.
2) Kalau suka, masukkan santan dan dimasak sehingga mendidih.
3) Masukkan kacang, kacau hingga sebati.
4) Masukkan gula, garam dan kerisik.
5) Masukkan asam keping.
6) Boleh ditambahkan air kalau mahu lebih cair.
7) Biar sehingga mendidih sambil di kacau adunan sekali sekala.
8 ) Sedia utk di makan

Selamat mencuba! πŸ˜‰

Ini photo2 yg sempat saya snap, saya minta maaf kalo ada gambar sesiapa yg tidak tersiar di sini:)

With Indonesian Friends
With Indonesian Friends

Kepada embak2 yg mau gambar beramai2 itu, boleh di copy di sini.

Umar & Falah
Umar & Falah
Other Cute Kiddos
Other Cute Kiddos

Gambar anak2 pak sidiq lucu sekali πŸ˜€ kalau mau gambar2 nnt inform sama saya ya:)

Jazakallahu Khair sekali lagi kepada semua warga Indonesia. Semoga Ukhuwah kita berterusan, insyaAllah.

5 Comments Add yours

  1. ::: lawaaaa laaa liya semua gambar2 nih.. liya / fendi mmg photographer professional ye?
    ::: every second ada ajer dirakamnyer.. saya sukeee semua shots terutama bila dikolajkan..
    ::: Selamat Hari Raya Aidilfitri liya / fendi & keluarga.. maaf zahir batin.. πŸ˜€

    1. liyafendi says:

      salam Zul, lama tak bersua ye, dah tukar rumah jugak ke?
      Isk ada ke plak profesional, amateur pun tak tentu lagi hehehe, main snap aje gambar2 sy tu..gambar2 zul pun apa kurang, semuanya mcm pro πŸ˜‰
      Selamat hari raya juga kpd Zul maaf zahir dan batin:)

      1. ::: salam liya.. [huhu] terima kasih balas komen.. eh dah lama saya pindah
        ::: cuma saya tak war2kan kpd yg lain.. sumer gambar2 lama dari FP saya
        ::: buat entry baru dlm blogspot.. eiisshh saya amik gambar biasa jer..
        ::: liya mesti pakai kamera DSLR kan..? saya pakai simple snapshot jer..
        ::: liya nak link kan url saya, dipersilakan.. thank u liya..

        ~ keep on shooting! πŸ˜€ πŸ™‚ πŸ˜›

  2. Sita says:

    Kak Lia, terimakasih resep kuah kacangnya…. kelihatannya tidak terlalu sulit membuatnya ya, nanti dicuba ahh….
    Foto-fotonya bagus…sayang saya sudah pulang duluan jadi tidak bisa ikut foto bersama. Tapi ada foto baby saya :).
    Hayyoo…kak Lia ingat saya yang mana tidak… πŸ˜‰

    salam,
    sita

    1. Liya says:

      Salam Embak Sita, terima kasih berkunjung ke sini. Saya ingat Embak Sita yang mana.Oh Embak Sita pulang duluan ya, Zannen tak dapat berfoto bersama. Foto baby Embak Sita kawaii sekali :)Kuah kacang itu mmg tidak sulit, main ingredients cuma bawang, cili, jintan, ketumbar, kacang, gula dan garam saja..selamat mencuba ya!

Leave a comment