Orange Almond Cake


Hai lamanya tak berkungfu kat dapo hehe..tetiba rasa nak buat kek lain so terjumpe resipi ni kebetulan ade almond powder sket. Resipi ni guna buah oren sunkist tu, termasuk kulit , so sesapa yg tak biasa makan kulit oren tu akan rasa pahit sket kot, tapi setengah org mmg suke rasa pahit kulit oren tu. Satu tips utk kurangkan pahit ialah dgn buang dulu pith orange (benda putih antara isi dgn kulit tu). Resipi ni mmg guna tepung yg sikit sbb guna almond powder gak kan, then takde guna butter pun, so good for health , kurang kolestrol..and very moist;)

Orange Almond Cake 1
Orange Almond Cake 2

Sumber: MyResipi.com

Bahan-bahan ( Untuk 1 biji )–kite wat separuh je sbb tak cukup bahan

* 2 biji oren(jenis Navel-tak sure Navel tu jenis ape tapi saya guna orange sunkist tu)
* 5 biji telur
* 1 1/4 cawan gula kastor
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2x110g paket serbuk badam
* 1/4 cawan tepung gandum–Kite guna tepung roti je sbb tak sedar tepung gandum dah abis..sib baik jadik je;)
* 1 sudu kecil baking powder
* gula ising,untuk hiasan —kite tak hias pun..tak sompat!
* double thick krim,untuk hiasan

Cara-cara

1. Masukan oren dan air dlm periuk.Jumlah air cukup pada paras menutupi oren.Masak pada api yg sedikit kuat pada permulaan.Selepas 10 -15 minit,sederhana kan api dan renih perlahan.Tutup periuk dan masak selama 45 minit.Tambah air jika perlu,masak hingga betul betul lembut.Tapis kan oren dan biarkan sejuk.Cincang kasar dan masukan oren ke dlm pengisar.Kisar hingga hancur.
2. Panaskan oven dengan suhu 160c.Lapik kan acuan dengan kertas minyak.Dengan menggunakn electric mixer,pukul telur bersama gula dan esen vanilla hingga kembang.Masukan oren dan serbuk badam.Ayak tepung+baking powder.Dengan menggunakn sudip/sudu besi,kaup perlahan bancuhan kek tersebut.
3. Tuang bancuhan kek ke dlm acuan dan bakar selama1 jam 15 minit (160C) atau sehingga kek masak betul bila di test dgn lidi.Rehatkn kek selama 30 minit sebelum di keluarkan dari acuan.Hiaskan dengan gula ising dan dihidang dengan sedikit thick krim ataupun yoghurt.
4. Jika suka coklat,boleh mkn dgn coklat sos..pun sedap jugak.Utk coklat sos,coklat masakan(dark)+thick krim+sedikit gula.Double boil 3 bahan tersebut,guna sudu besi utk kacau.Elakan guna kayu.coz sudip kayu yg lembab boleh rosakan kelembapan coklat.

Selamat mencuba;))

3 Comments Add yours

  1. Azizi says:

    Nice cake.

    Tapi tujuan ni nak caklap dengan Fendi. Saya abg Azizi pernah datang ke Tsukuba 2003 and met you dengan Dzul. Ingat tak lagi?

    Nampaknya you’re still in tsukuba & dah ada famili pun, tahniah!

    Azizi
    (ex-Tsukuba dai, Kankyo Kagaku 1994-97)

    http://seri-kepayang.blogspot.com/

  2. kak farhah says:

    salam liya..nih kak farhah hitachi..
    sebenarnya husband akak nk mintak tolong dptkan emel suami liya fendi sebab ada kawan dia nak tanya pasal phd kt univ tsukuba..
    kalau x keberatan emelkan pada akak yer..farhah_muzni@yahoo.com
    TQ..wassalam

    1. liyafendi says:

      Salam Kak Farhah..emel husband saya awerojan{at}yahoo.com. Ganti {at} dgn @

Leave a comment