Resepi Doh Roti Pizza Homemade Mudah, Sedap Dan Lembut

Lamanya tak makan pizza homemade. Dulu masa di Jepun rajin jugak lah menguli, kali ni ada bibik rajin masak2, bagi saja resepi roti ke kek ke esok lusa mesti terhidang depan mata ๐Ÿ˜€ Sebelum ni saya pernah share resepi pizza homemade mudah, sedap dan lembut kat sini, tapi dalam bahasa Inggeris, jadi kali ni saya translate lah sebab ada yang komen minta dalam bahasa Melayu. Hihu. Dan saya nak share tips tambahan nak bagi pizza tu jadi lebih sedap. Kalau nak cerita pasal resepi pizza paling simple, sebenarnya ada resepi yang lagi mudah guna roti je, tak payah penat menguli, tapi tak real la kan hehe. Mula2 rasa leceh menguli tapi lama2 jadi seronok. Kalau nak resepi pizza simple, anda skip je mana2 cara kat bawah yang anda rasa remeh. Contoh, doh tu lepas uli tak payah tunggu kembang dah, terus taruk sos, sayur , sosej, cheese, dan bakar..tapi tak jamin lembut & sedap lah kan. Kalau nak sedap memang kena ikut resepi bawah ni ok ๐Ÿ˜‰

resepi doh roti pizza homemade mudah dan sedap

Resepi doh roti pizza homemade

By the way sk= sudu kecik, sb= sudu besar,nnt kang ada yang tak faham pulak

1/2 sk dry yis (mauripan)
60ml susu UHT
45 ml air suam
1 sk gula
1 sk tepung biasa (untuk tabur masa menguli)

180g tepung biasa
1/2 sk gula
1/2 sk garam
1/2 sb marjerin

Filling :

2 โ€“ 3 sb puri tomato.

Potong kurus2 :

1/2 lada benggala merah
1/2 lada benggala hijau
1 tin kecik nenas
1 paket buah zaitun
1 bawang besar
2 batang sosej
1 tin kecik mushroom butang
ayam mince secawan
Serbuk lada hitam
sos bbq

bahan2 di atas ni kita goreng sekejap, tak perlu lama nnt nak bakar dengan pizza kan

* Boleh buang mana2 yang uolls tak berkenan kat atas. dan tambah apa2 sayur yang uolls suka*

Resepi istimewa cheese sauce

2 sb tepung
1 sk butter
2 cwn susu uht,
2 – 3 keping slice cheese
garam & lada hitam

Masak atas api kecik sambil kacau2, dah pekat tutup api

Cara2:

Untuk doh pizza:

1-masukkan yis dalam air suam, campur secubit gula dengan secubit tepung, biarkan dalam 10-12 minit.

2- Ayak tepung ke dalam mangkuk, tambah gula dan garam dalam tepung, gaul2 dan buat lubang di tengah2.

3-Tuang campuran yis di tengah tu, campur susu sekali dan marjerin. Uli sampai adunan lembut. Biarkan dalam bekas yang sesuai dan tutup dengan tuala lembap. Mangkuk tu jangan lah sama besar je dengan doh tu nnt kan doh tu akan mengembang, so letak dalam bekas besaq sikit na. ๐Ÿ˜€

Rahsia Roti, Pau dan Bun

4- Bila doh dah kembang dua kali ganda, tumbuk2 doh tu sampai angin semua terkeluar, pas tu biar lagi 10-15 minit.

5- Tabur tepung atas tempat menguli, ratakan doh dengan batang penguli tu sampai saiz jadi dalam 3 mm. Lepas tu letak lah doh tu dalam tray bakar yang disapu butter sikit. Ratakan doh dalam tray tu, cucuk2 doh tu dengan garpu supaya doh tu kembang cantik nanti.

6-Sapu tomato puri atas doh tu.

7- Tuang cheese sauce atas puri

8- Tuang ayam & sayur yg digoreng tu

9- Tabur cheese mozarella dan apa2 mayonis yang uolls suka, kalau suka tabur italian herbs mcm oregano ke parsley ke

10- Bakar 180 darjah selasa 15- 20 minit.

Yey siap…sedapnya!

Selamat menguli yek!

Rahsia Roti, Pau dan Bun

Resipi Karipap Pusing

Spiral Curry Puff

Spiral Curry Puff

KARIPAP PUSING

Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin…sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.

Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Source & Step by Step pics HERE =)
Thank you Rinn Chan!

Resepi pizza homemade

My homemade pizza

My homemade pizza

Dah byk recipe pizza melalui internet yg saya cuba, tapi saya rasa resepi ni yg terbaik lah. Lembut dan gebu. Resipi ni sesuai jugak utk buat roti nan, just canaikan dan goreng dgn sedikit butter/margerine atas pan, api sederhana. Hasilnya adalah nan yg lembut, bila dipotong dua akan terbukak spt roti kebab, so resipi ni boleh jugak diguna utk buat kebab:) Saya ikut hampir semua resipi ni kecuali margarine saya ganti dgn shortening tumbuh2an, dan saya tambah nanas utk topping.

Terima kasih kepada Kak Nani utk resipi yg best ini.

Rahsia Bisnes Bun, Pizza, dan Pau

Pizza Stuff Crust

Dough Base :

1/2 tsp dry yis (mauripan)
60ml UHT milk
45 ml lukewarm water
1tsp sugar
1tsp plain flour

180g plain flour
1/2tsp sugar
1/2tsp salt
1/2 tbsp margarine

Filling :

2 – 3 tbsp tomato paste

Slice thinly :

1/2 red capsicum
1/2 green capsicum
1 Bombay onion, sliced thinly into rings
2 chicken sausages, sliced
1 can of button mushroom sliced
3-4 slices beef pepperoni
200g grated mozzarella cheese
Dash of ground black pepper
Dash of Italian Herbs

Method:

To Make dough base, sprinkle yeast granules over lukewarm water. Add a sprinkling of sugar an a little flour and set aside for about 10 – 12 minutes.

Sift flour into mixing bowl. Add sugar nd salt to mix. make a well in the centre, pour in the frothy yeast mixture and add in the milk. Mix together and knead until a smooth dough is formed. Leave aside and cover with a damp tea towel.

When the dough doubles in size, punch down the dough and leave aside again for 10 to 15 minutes. Remove dough onto lightly floured surface. Roll out dough into a round piece about 3mm thick. Put the piece of round flat dough onto a lightly greased baking tray. Prick the base of the dough with a fork.

Brush the base of the dough with the tomato paste. Spread the sliced vege around the dough. Add sliced sausage and ham and sprinkle liberally with grated mozarella cheese. Sprinkle with ground black pepper and Italian herbs.

Bake pizza in a preheated oven at 180’C for about 15 to 20 minutes or until golden brown in colour. Remove pizza from oven, cut with a pizza cutter and serve immediately.

Resipi: Bala Hesyam

Kali ni resipi kuih Bala Hesyam..sejenis dessert dr Egypt. Terima kasih Kak Fahah tlg tanyakan resipi dgn Sister Nermeen. Kirim salam saya dgn dia ye:)

Dessert ni sgt manis, saya buat 2/3 dr resipi ni dpt satu besen kecil kuih ni, 2 hari je habis saya n fendi makan..anak2 pun suka. Disbbkan sgt manis, saya kurangkan sikit jumlah gula dan air tu. Husband saya cakap, balik Msia jual kat Kelantan ni mesti laku, tapi kena tukar nama jadi “Bala Gop@l” ke, “Bala Krishn@n” ke, nnt org Mesir ckp tiru resipi diorg plak..hehehe

Bala Hesyam- Egypt Dessert

Bala Hesyam- Egypt Dessert

Saya copy paste aje dr email Kak Farhah ni:)

bahan-bahan doh
1. 1 cawan air
2. 1/4 cawan minyak
3. 3 biji telur-(sy guna 2 telur saiz L je)
4. 1 1/2 cawan tepung (sy letaj 1 3/4 cwn, sbb lebih prefer kuih tu keras sikit)
5. 1 sudu kecil esen vanilla

cara-cara
1. didihkan air dan minyak..bila dah mendidih padamkan api dan masukkan tepung, kacau sampai doh terbentuk lembut dengan hand mixer (bukan electric mixer yer)
2. lepas tu masukkan telur sebiji2..kacau betul2 sampai sebati
3.masukkan sedikit esen vanilla
4.masukkan doh dlm piping bag with star shape
5.goreng dlm minyak yg banyak

bahan-bahan sirap gula
1. 2 cawan air
2. 2 cawan gula

cara-cara
1. masak campuran gula dan air atas api selama lebih kurang 10 minit
2. tunggu hingga suam then boleh la mix kan dgn kuih td
3.simpan dulu dalam fridge b4 dihidang

Hmm..rasa nak buat lagi esok lusa ni:)

Resipi Kuah Kacang

Rabu lepas kami join Indonesian punya Eid party. Terima kasih kepada warga Indonesia yg sentiasa mengundang kami menghadiri majlis mereka dan menganggap kami seperti keluarga sendiri.

Eid Food

Eid Food

Saya cuma sediakan kuah kacang. Di sini saya kepilkan resipi kuah kacang seperti yg diminta. Kalau ada embak2 yg tidak faham boleh bertanya di comment box ya:)

Bahan2 yg perlu di blender
Bawang besar 1 1/2 biji
Bawang Putih 3 Ulas (kalau tak di taruh pun tak apa2)
Halia 1 Inci
Lengkuas 1 Inci
Serai 2 batang ( Saya suka taruh lebih:) )
Cili Kering 20 batang (terpulang tahap kepedasan yg anda suka)
Udang Kering (2 sudu makan)

Bahan2 lain
Serbuk Jintan 1 teaspoon
Serbuk Ketumbar 1 teaspooon
Kacang tanah 500 gm
Kerisik 2 sudu makan (dibuat daripada kelapa, kalau tak ada pun daijoubu:))
Santan pekat 2 cawan (kalau tidak diletak pun tak mengapa, supaya tidak mudah basi)
Gula kabung (gula hitam yg keras tu, ada dijual di Jepun juga) atau gula putih juga boleh quantity terpulang pada tahap kemanisan yg disukai.
Garam mengikut citarasa anda:)
Asam gelugur 1 keping ( Boleh juga diletak air asam jawa)
Minyak 2 Senduk Besar

Cara2
1) Panaskan minyak, kemudian ditaruh semua bahan yg diblender, jintan dan ketumbar dan di tumis sehingga wangi dan naik minyak nya.
2) Kalau suka, masukkan santan dan dimasak sehingga mendidih.
3) Masukkan kacang, kacau hingga sebati.
4) Masukkan gula, garam dan kerisik.
5) Masukkan asam keping.
6) Boleh ditambahkan air kalau mahu lebih cair.
7) Biar sehingga mendidih sambil di kacau adunan sekali sekala.
8 ) Sedia utk di makan

Selamat mencuba! ๐Ÿ˜‰

Ini photo2 yg sempat saya snap, saya minta maaf kalo ada gambar sesiapa yg tidak tersiar di sini:)

With Indonesian Friends

With Indonesian Friends

Kepada embak2 yg mau gambar beramai2 itu, boleh di copy di sini.

Umar & Falah

Umar & Falah

Other Cute Kiddos

Other Cute Kiddos

Gambar anak2 pak sidiq lucu sekali ๐Ÿ˜€ kalau mau gambar2 nnt inform sama saya ya:)

Jazakallahu Khair sekali lagi kepada semua warga Indonesia. Semoga Ukhuwah kita berterusan, insyaAllah.