Bingka Daging Berkeju/ Cheesy Malaysian Lasagna


Cheesy Malaysian Lasagna
Cheesy Malaysian Lasagna

Hari tu sempat buat bingka daging bercheese ni utk bukak posa..agak remeh sebenarnya sbb kena kacau dlm periuk selalu supaya tak berketul, tapi sbb saya ni hantu cheese maka saya pun sanggup lah berkungfu kat dapo utk buat benda ni..so kepada hantu2 cheese yg lain spt saya, boleh lah dicuba nanti ye hehe..dapat resepi ni dr Chef Diana dlm email yahoogroups 3 tahun yg lepas.

#############################
BINGKA DAGING BERCHEESE

Bahan A
300 gram daging cincang
3 sudu teh jintan putih
4 sudu teh lada putih
1 sudu teh minyak sayuran
1 sudu teh garam
(kalau nak pedas leh tambah serbuk cili or cili padi or rempah kari..sesuka hati anda)

Bahan B
250 gram tepung gandum
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa (perah untuk mendapatkan 750 ml – 150 ml untuk digunakan untuk Bahan C)
100 gram mentega, dicairkan
5 biji telur
1 sudu teh garam

Bahan C
150 ml santan (dari lebihan perahan 1/2 biji kelapa tadi)
75 gram cheddar cheese, diparut
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Hiasan
1 batang lada merah, dihiris halus
1/2 cawan bawang goreng
daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara untuk Bahan A
Panaskan minyak masukkan daging dan taburkan jintan, lada putih dan garam dan masak sehingga ia bertukar warna dan airnya kering. Sedia untuk digunakan.

Cara untuk Bahan B
Gunakan food processor ataupun blender. Mesti bersihkan dari segala bau-bauan seperti sambal, belacan dll. Cuci dengan sabun dan isi air dan kemudian blender kasi blender itu betul2 bersih dan tidak berbau.

Masukkan santan, garam dan telur, blender rata. Kemudian masukkan tepung, blender hingga sebati. Last masukkan mentega cair yang telah disejukkan dan blender rata. Gunakan periuk non-stick dan juga senduk kayu ataupun whisk. Masak adunan tepung diatas api yang kecil dan hendaklah adunan dikacau selalu tidak boleh ditinggalkan. Ini penting kerana jika tidak adunan akan bergentel.

Masak adunan tepung sehingga sedikit pekat (pekatnya sama macam Macaroni and Cheese – cheese tu pekat macam gitu rupanya). Kemudian angkat dari atas api dan campurkan dengan 100 gram daging cincang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Gunakan loyang springform 9 inci tak payah lapik dengan aluminium foil. Lenser loyang dengan 2 sudu besar mentega, ini perlu untuk mendapatkan tepi bingka yang berwarna kuning emas lagi garing nampak menarik. Tuang adunan tepung kedalam loyang dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 40 – 45 minit. Kemudian sediakan Bahan C.

(note: Saya kacau selalu pun still berketul jugak, so bila agak2 dah pekat tu saya blender adunan tu lagi utk settlekan masalah tepung yg berketui2 itew..)

Cara untuk Bahan C
Campur tepung bersama santan dan gaul rata supaya tidak bergentel. Kemudian masukkan cheddar cheese dan masak atas api yang sederhana sehingga ia pekat sedikit. Sedia untuk digunakan.

Bila bingka telah masak, tuang Bahan C dan ratakan. Tabur lebihan daging, bawang goreng, daun sup/ daun bawang dan terakhir cili merah. Tekan sikit kasi daging tu melekat kat Bahan C. Dan sambung bakar selama 10 minit. Bila keluarkan dari oven, biarkan ia sejuk selama 10 minit, baru buka loyang springform, sedia untuk dihidang. Sedap makan panas-panas bersama cili sos.
##################################

Saya juga nak ambil kesempatan ini utk ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua yg mengenali diri saya, sama ada di alam nyata atau maya, minta halal makan minum, minta maaf kalau ada terkasar bhs ke, termengumpat ke..sesungguhnya saya ini insan biasa huhu..

Sudi2 kan lah terima kad raya dr saya ni 🙂

One Comment Add yours

  1. tenkiu k.liya kad raya tu…
    waa menawan hatinya tengok bingka tuu…
    dok berangan2 jugak nak buat, tp ntah bila ntah hihi

Leave a comment