Cuci2 mata


Kali ni saya tempekkan gambar2 bunga yg saya ambil di taman yg berdekatan rumah semalam….sementara Walid duk main ngan hero2 kami, saya pun ambil chance utk “menyenep” gambar bunga2 kat situ.. Fresh lagi gambar2 ni:) Org lain raya gi beraya rumah org..kite gi taman pulak. Raya pertama kami gi embassy, raya kedua buat jamuan raya kat Tsukuba ni, raya ke 3 gi taman, hari ni raya ke 4 insyaAllah ade jamuan dgn sahabat indonesia pulak..Raya tahun ni kena tarikh cuti 4 hari kat sini, alhamdulillah sgt2..

Subhanallah, indahNya ciptaan Allah...

Subhanallah, indahNya ciptaan Allah...

Gambar2 bunga ni saya snap guna lens macro kesayangan saya, iaitu nikkor 105mm f2.8. Mahal. tapi disebabkan minat yg mendalam saya pun minta husband belikan utk besday saya..betapa saya ni bukan seorang isteri yg solehah..sebab suruh suami belikan benda yg mahal2..huhuhu..insafler, lepas ni saya nak cuba cari duit sendiri utk beli lens2 idaman saya..:)

Masa usrah hari tu dgn kawan2 disini membincangkan tajuk “Niat” dalam hadith 40 Imam Nawawi, saya ajukan soalan “kalau suka ambik gambar mcm saya ni mcm mana nak niatkan kerana Allah ye?” Huhu..susah sebenarnya..Saya cuma berharap dgn “menyenep” dan menempek gambar2 ciptaan Allah ini akan membuatkan saya dan org yg melihatnya berasa semakin kagum dgn kebesaran Allah swt. Saya ni mmg suke ambik gambar sejak dtg Jepun lagi, tapi minat ni semakin menjadi2 bila dapat DSLR pada July 2008.

################################
Riak

Apa itu riak?

Riak merupakan perasaan yang suka menunjukkan kehebatan diri kepada orang lain walau tidak diberi tahu kepda orang. .Ringkasnya, riak adalah:

1. Melakukan sesuatu bukan kerana Allah SWT

2. Meninggalkan sesuatu juga bukan kerana Allah SWT

Rasulullah berpesan elak menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana menyamai syirik

RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Riak ialah memperlihat atau menyempurnakan ibadat dengan tujuan mendapat pujian serta perhatian orang lain seperti solat dan puasa.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya kerana melihat seseorang memandangnya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata: "Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu."

Ada insan yang ketika beribadah secara bersendirian kualiti amalannya tidak sehebat ketika orang lain memandangnya. Contoh seseorang yang solat bersendirian maka solatnya tidak sepanjang atau bacaan dalam solat tidak dilagukan atau dinyaringkan.

Apabila di depan orang ramai, solat menjadi panjang dan suaranya dikuatkan supaya orang lain mendengar bacaan yang berlagu. Tasbihnya pula dibiarkan di tangan sambil mulut terkumat-kamit agar dilihat orang.

Begitu juga boleh dianggap riak jika seseorang memakai pakaian seperti ulama iaitu berjubah dan serban besar bertujuan menampakkan dirinya sebagai alim dan kuat beribadah. Ada juga individu sengaja menghitamkan dahi dengan menggosoknya menggunakan objek keras supaya kelihatan seperti yang kuat mengerjakan solat dan lama bersujud..

Kerisauan Baginda SAW terhadap sifat riak disebabkan penyakit hati ini mudah menyerang setiap insan kerana jiwa manusia memiliki kecenderungan suka menerima puji dan kedudukan tinggi di hadapan orang lain. Al-Muhasibi menjelaskan penyebab riak: "Senang dipuji dan takut dicela, tunduk kepada dunia dan tamak kepada perkara dimiliki orang lain."

Sumber: http://al-fikrah.net/News/article/sid=555.html

###################################

Kadang2 takut juga timbul perasaan riak bila tayang2 gambar ni, kononnya gambar kita cantik (selalu syok sendiri je..padahal biasa je byk lagi org lain yg boleh tangkap gambar cantik2..)

InsyaAllah saya cuba betulkan niat, upload gambar2 ni sekadar utk share apa2 yg saya rasa boleh menyejukkan atau menenangkan mata2 yg memandang, juga utk meningkatkan kemahiran, dan saya juga tak mengharapkan pujian, cuma kritikan positif atau negatif yg membina sgtlah saya hargai:)

Semoga kita semua dijauhi dr sifat riak ni, na’uzubillah.

One thought on “Cuci2 mata

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s