Nak jadi Unit Trust Agent / Consultant, ok tak? ;)


Beberapa hari lepas saya ada letak status tentang wanita yg berpelajaran tinggi tapi hanya jadi surirumah saja..ada yg ckp “rugi lah mcm tu belajar tinggi2”..just nak luahkan perasaan bukan nak timbulkan kontroversi lah ..tapi hangat juga perbincangan utk status saya tu..saya sedih jugak bila org ckp mcm tu..seolah2 jadi surirumah ni mcm sesuatu yg tak bernilai..walaupun saya tak konfem lagi nak keje atau tak nnt..Dan saya juga tak pandang rendah pada wanita yg kuat bekerja..semuanya terpulang pada kemampuan masing2, kalau boleh bekerja & uruskan rumahtangga dgn baik..mmg sy tabik spring & jeles dgn org mcm tu..mcm saya ni jenis yg cepat stress & kurang sabar..so risau jugak kalau penat keje nnt anak2 & suami jadi mangsa pulak..

Hasben pulak tak paksa saya keje..terpulang pd saya..apa2 pun dia lagi minat sy buat biz..especially biz hartanah..huhuhu..mana la saya ada duitt..akhir2 ni duk survey2 nak buat apa terjumpa dgn satu kerjaya ni..iaitu unit trust agent/consultant..modal almost zero, masa fleksible..Tak yakin sgt boleh buat sebenarnya..sbb saya ni bukan lah jenis yg pandai bercakap atau berani sgt..even adik laki sendiri pun penah join & quit..tapi saya ni jenis yg suka mencuba…Mana lah tau ada rezeki saya dalam bidang ni kan..

Agent insurans pun saya pernah terfikir, ramai kawan & sedara hidup mewah dgn kerjaya ni tapi saya mcm lebih berminat dgn UT nampaknya..apa2 pun niat saya bukan lah nak income yg byk sgt pun..sekadar isi masa lapang…tambah kawan..tambah pengalaman..leh dpt rm 1k sebulan pun dah syukur sgt2:)

Rasa sgt excited nak join kelas & amik test bulan July ni kalau takde aral insyaAllah..skrg ni pun tgh study sikit2 pasal pelaburan UT ni..ada yg suka ada yg tak suka..biasalah tu..setiap produk tu mesti ada org yg suka /tak suka..mmg lumrah berniaga mcm tu kan…

Lps dah lulus test nnt, disamping menayang gambar2 yg saya shoot, insyaAllah sy akan gunakan blog ni juga utk introduce beberapa product unit trust khususnya dr Public Mutual..soalan popular tentang unit trust, dan apa2 saja maklumat ttg unit trust. Untuk pengetahuan, UT ni sgt terkenal dikalangan org cina utk menggandakan wang mereka, dikalangan org Melayu masih lagi kurang sambutan, kerana perasaan takut rugi & tak faham betul tentang pelaburan. InsyaAllah hasben saya sendiri akan jadi client sy yg pertama nnt..hehe..terima kasih pada en hasben yg sentiasa memberi sokongan pada saya..

Apa2 sy buat pun sy harap saya still dapat jalankan tugas sbg isteri/ummi dgn baik…dan x jadi org yg lupa diri…amiin..

Nak share satu video ni…harap menjadi sumber inspirasi pada kita utk terus berusaha mencapai impian kita..

3 thoughts on “Nak jadi Unit Trust Agent / Consultant, ok tak? ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s