PerancanganNya mengatasi segalanya..


Assalamualaikum wrt..so..saya dah kembali ke tanahair…setelah 2 bulan ‘bercuti’ dr dunia fotografi…

Spt yg ramai dah tahu, saya sekeluarga & kawan2 di Jepun mengalami saat yg agak genting selepas kejadian Tsunami & Gempa bumi.. Walaupun tak seteruk org2 di kawasan Miyagi & Sendai, tapi apa yg sy lalui membuatkan saya rasa trauma dengan gegaran & goyangan..Saya dah buat keputusan utk kembali ke tanahair lebih awal dari yg dirancang..Sungguh..rancangan Allah mengatasi segalanya.. Saya bercadang utk ‘enjoy’ sakura terakhir di sana, tapi tak kesampaian nampaknya..tak apalah, nak buat mcm mana kan..redha saja dgn ketentuan Allah.

Sms gempa bumi sebesar 9M melanda Miyagi & Sendai pada jam 2:45 pm waktu Jepun, saya sedang melayan anak2 bermain komputer..terasa gegaran kecil saja..mula2 buat tak tau sbb dah biasa dgn gegaran kecil..tapi tiba2 saya rasa lain, gegaran kecil tu agak lama, dan tak semena2 gegaran bertambah kuat sehingga jatuh cd2 dan buku2, lalu saya bawa anak2 berdiri di atas katil memandang rumah saya tak ada meja utk kami berlindung. Gegaran berlaku agak lama, saya hanya tahu mengucap & istighfar, dan berdoa agar gegaran berhenti segera..tapi 3 minit ia berlaku..terasa sgt lama! Terasa spt bangunan saya tu seakan2 mahu runtuh…anak2 turut panik dan menangis melihat saya menangis ketakutan..Lepas gegaran berhenti, saya cepat2 bawa anak2 turun bawah, tak sempat dah nak tgk rumah..mmg berterabur, habis brg2 semua jatuh..saya pun tak sempat nak capai tudung dan kasut…turun je bawah alhamdulillah ada org Arab pinjamkan jaket dia yg ada hood..kelihatan dah ramai ada kat bawah..mungkin mereka turun masa gegaran kuat tgh berlaku tu..bayangkan lah cuaca masa tu bawah 5 C..sejuknya masyaAllah..beberapa ketika lepas tu suami pulang dari lab, masa keadaan tenang sekejap dia naik atas ambil selipar & jaket kami, tapi masa suami turun dr tingkat 5 tu..kebetulan takde elektrik so elevator tak berjalan…berlaku lagi sekali gegaran besar..dan saya boleh nampak bangunan 7 tingkat saya tu bergoyang…tak boleh nak bayang kiamat macam mana dasyatnya..suami sedang turun ke bawah , dia ckp rasa mcm tgh berlakon dalam movie pulak..bergoyang2 masa turun tangga tu..aduhai sempat buat lawak pulak..

Kami kesejukan kat luar tu lama jugak, dalam 3 jam..lepas tu kami di arahkan utk di evacuate di nursery budak2..sbb ada saluran gas & paip bocor, eletrik takde selama 2-3 hari jugak..tapi air mmg 2 minggu lebih kot takde..lepas kejadian tu mmg kami duk mengangkut air dr bangunan lain , guna tangga sbb elevator tak boleh digunakan lagi..Just imagine lah nak basuh berak anak (dan sendiri pun ) mcm mana..basuh pinggan,,mandi semua mmg susah lah masa tu..terpaksa tumpang bilik kawan2 yg ada air..

Ditambah pula dgn krisis nuklear di FUkushima tu..tempat kami dlm 160km dr situ, so kami dinasihatkan oleh embassy & universiti suami utk pulang bercuti selama sebulan utk keselamatan..

Saya tak boleh bayang kalau kejadian sedahsyat tu berlaku di tempat lain..agaknya berapa ramai yg terkorban..sedangkan di Jepun ni mereka sentiasa buat latihan utk bersedia dgn bencana alam spt ini..rumah2 juga dibina dgn kukuh, walaupun mereka terkenal dgn kebijaksanaan dan kecanggihan teknologi tapi masih tak dapat melawan kekuasaan Allah..10 ribu org terkorban dan 10 ribu lagi tak dapat dijumpai..kalau berlaku di negara lain?? Aduhaii….

Org Jepun saya lihat mereka sangat tabah..takde nampak mereka meraung2..ada pakcik mangsa tsunami setelah di selamatkan di rumahnya apabila diinterview dia cakap,’ tak apa, kita bina semula.’ Sambil tersenyum pulak tu! Tenangnya..aduhai…sedangkan mereka ni jarang2 yg ada agama…

Di saat genting takde makanan & transport, diorg tak pentingkan diri sendiri..makanan di bagi2..masa beli brg di kedai atau menunggu bas mereka masih beratur spt biasa …yg takde transport di ajak utk pulang sama2..org yg stuck dlm train masa kejadian sgt susah nak balik masa tu sbb elektrik takde..ada yg berjalan kaki pulang ke rumah dr tempat kerja..ambil masa 8 jam hingga sehari utk sampai ke rumah..gara2 takde transport & eletrik..

Ketika kita dan rakyat Jepun lain yg risau ttg keadaan radiasi di sana..terfikir bagaimana pula perasaan pasukan penyelamat di reaktor nuklear sana? Ya..kita boleh ckp itu sudah tugas diorg…kalau kita di tempat diorg..adakah kita akan setia dgn pekerjaan tu..atau cabut lari aje..aduhaii…

Skrg ni ada yg predict gempa besar & tsunami 10m akan melanda lagi..cuma tak tahu bila..ada yg terfikir bagaimana nak menyelamatkan diri kalau benda ni berlaku lagi..ada yg kata nak elakkan naik train takut stuck dalam tunnel masa kejadian..tapi bagaimana pula dgn pemandu train tu…adakah dia fikir benda yg sama….aduhaii…

Pengalaman yg sukar utk saya lupakan sampai bila2..byk benda yg boleh dipelajari..Satu pengajaran penting yg boleh saya ambil…kita tak boleh terlalu rasa selesa dgn keadaan kita skrg..seolah2 kita boleh hidup lama lagi..padahal..kalau Allah nak..sekelip mata dia boleh ambil harta & nyawa kita..kita ni hanyalah hambaNya yg kerdil..sgt kerdil..so..tak perlu tangguh2 utk bertaubat dan berubah menjadi lebih baik..sy bersyukur diberi peluang utk merasa ‘kiamat kecil’ ni…alhamdulillah kami dan semua rakyat Msia di sana dlm keadaan selamat..T

Terima kasih yg tak terhingga buat teman2 yg byk membantu, Sister Sarah dr Egypt yg pinjamkan jaket sejurus selepas sy turun dr bangunan, Inkara dari Kazakhstan yg pinjamkan saya selimut di kala saya & anak2 kesejukan di luar sms hari kejadian, Daliza, Kak Suhaila & Kak Nat sekeluarga yg benarkan kami guna air di rumah mereka dan masak utk kami sepanjang ketiadaan air di rumah kami, Atuk yg tlg angkatkan air, Kak Su lagi yg tlg uruskan penempahan tiket pulang ke Msia, mba eva & mba mirna yg bagi makanan dan menjadi teman setia di Ichinoya sana, Kak Su, Amal, Hawa & Fariha yg tlg bantu tgkkan budak2 & angkut brg di airport…bantuan yg nampak kecil tapi mudah2an keikhlasan mereka membantu akan menjadi penghapus dosa & penyebab utk Allah melimpahkan rahmat kepada mereka di akhirat nnt..amin

Skrg di kampung kat Tganu pun, everytime lori besar lalu depan rumah , rumah akan bergegar..dan saya masih rasa berdebar..seolah2 gempa akan berlaku kat sini juga..nauzubillah minta dijauhkan negara tercinta kita ni dari segala bencana..dan smg keadaan Jepun kembali kepada sediakala…dan smg semakin ramai org di Jepun bertemu cahaya hidayah…dan smg suami tercinta berjaya menamatkan phd dgn lancar dan slmt dr segala bahaya ..dan semua org Islam dan jepun di sana juga..amin..2 bulan setengah je lagi..ganbare walid!

So..ini lah ‘sakura’ saya di Malaysia…my only niece ..for the time being ..first time jumpa dia=)






9 thoughts on “PerancanganNya mengatasi segalanya..

  1. wahh…bagusnya artikel nih…teruskan menulis dan berfotografi ye. alhamdulillah Allah masih pjgkan umur kita semua. segala kesusahan yg kita alami tu akan menghapuskan dosa2 kita insyallah.

    Allah tu Maha Penyayang.

  2. liya, welcome back to blogging. i understand how feel, back then and now. mesti trauma tuh ade lagi kan. alhamdulillah u and family semua selamat. doakan moga your husband pon selamat and cepat2 habis dia nyer study, huhuhu..

  3. Liya

    welcome back to Malaysia. Semasa Hanshin earthquake di Kobe in 1995 Abg Azizi & famili berada di Tsukuba. Jisshin berlaku waktu subuh kami terasa sedikit aje sebab Tsukuba jauh dari Kobe.

    salam to Fendi.

    1. ABg Azizi, masa Kobe dulu brp org terkorban ye? isk tgh subuh..semua tgh tido..camne lah nak lari tu..nauzubillah..anyway thanks for your thought=) Fendi kirim salam juga..

  4. Alhamdulillah… Ujian Allah swt datang dlm berbagai-bagai cara, kita menerima dengan redha dan insyAllah.. Allah swt beri kita kekuatan utk menempuhinya… Semuga Suami Liya selamat dan selamat kembali ke tanah air.. dan semuga semua yang berada diJepun dilindungi Allah swt sentiasa.. Amin…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s