Peniaga Pasar Malam Mampu Menyimpan RM1200 sebulan


Assalamualaikum,

Maaf lama tak update blog ni. Walaupun begitu ada juga yang masih menghubungi saya bertanya tentang unit trust @ unit amanah @ saham amanah ni. Ini menunjukkan unit trust ni semakin mendapat tempat di hati orang ramai 🙂 Terima kasih banyak saya ucapkan kepada pengunjung blog saya yang tak seberapa ni.

Baru2 ni saya dihubungi oleh seorang peniaga pasar malam bertanyakan tentang unit trust. Saya respect sangat pada beliau ni, walaupun beliau hanya belajar setakat SPM, tapi ketika usia 32 beliau mampu menyimpan sebanyak RM1200 sebulan untuk masa depan. Tahniah saya ucapkan ya. Tak ramai orang muda yang mampu menyimpan sebanyak ini.

Tapi sayangnya sekarang ni beliau hanya menyimpan di bank biasa sahaja. Kerana prihatin tentang tempat simpanan yang sesuai maka beliau menghubungi saya.

Pada mulanya saya agak terkejut kerana beliau hanya menyimpan di bank biasa. Sayang sangat sebenarnya sebab bank hanya boleh bagi 3-4% setahun. Lagi2 pula beliau mmg nak menyimpan RM1200 sebulan selama 20 tahun. Kalau di bank biasa dengan simpanan sebanyak itu beliau hanya dapat kumpul dalam RM300k-400k saja lepas 20 tahun. Ketika itu, berapa lama RM400k tu boleh bertahan? Masa tu barang2 pun dah naik harga..nasik lemak mungkin dah RM5 sebungkus di gerai biasa. ( sekrang ni di utara masih RM1-2). Jadi RM400k tu mungkin boleh bertahan beberapa tahun saja.

Sebab itu lah kita kena letak duit di tempat yang sesuai utk simpanan masa depan kita. Ketika muda kita bekerja keras mencari duit, tapi kita sangat rugi jika tidak asingkan sebahagian wang hasil usaha keras kita untuk bekerja semula untuk masa depan kita. Cara membuat duit bekerja kuat untuk kita adalah dengan melaburkan duit kita,bukan sekadar letak di bank biasa, sebab pulangan di bank biasa sgt rendah.

Mengikut prestasi yang lalu, simpanan RM1200 sebulan di Unit Trust boleh memberi kita RM700k-RM1juta setelah 20 tahun. Bergantung kepada keadaan pasaran ketika mana pelabur menjual kembali pelaburan. Untuk pelaburan 20 tahun, pelaburan tersebut sudah cukup matang dimana, walaupun menjual kembali ketika market tak berapa baik, masih mampu memperolehi keuntungan yang lebih baik dari bank biasa mampu bagi. Apa lagi jika jual ketika keadaan market yang bagus. Memang mampu mencecah 1 juta. Walaubagaimana pun, adalah tanggungjawab saya juga untuk memberitahu yang prestasi lalu tidak mencerminkan prestasi masa depan. Ini sama untuk mana2 pelaburan pun. Tidak ada pelaburan yang memberi jaminan , termasuk lah bank, sebab itu bank ada membeli insuran daripada PIDM.

JIka anda ingin melabur di Unit Trust, pilihlah syarikat yang telah lama dalam bidang ini. Syarikat yang telah lama berdiri menunjukkan syarikat tersebut sangat kukuh dan telah masak dengan segala permasalahan serta banyak pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Syarikat yang saya wakili ini telah 30 tahun berdiri teguh dalam bidang Unit Trust 🙂

Selamat bekerja & merancang kewangan untuk semua 🙂

Leave a comment