ESSENTIAL OILS: Kenapa saya pilih Plant Therapy


Saya nak cerita kenapa saya pilih syarikat Plant Therapy ni.

1- Perkara pertama yang buat saya jatuh cinta dengan Plant Therapy adalah kerana kids safe range mereka. Iaitu mereka mencipta blend yang sesuai untuk kanak2 yang mana tidak mengandungi “thieves” oils seperti oregano, clove, etc dan eo yang tinggi kandungan 1’8 cineole seperti eucalyptus dan peppermint, tetapi masih sangat berkesan walaupun untuk orang dewasa.

2- Untuk orang Malaysia dan Singapura boleh dapat Free Shipping jika order lebih dari $50. Kalau di USA sana order banyak mana pun Free Shipping. Best kan? Tapi kalau korang beli less than $50 pun shipping cost masih berbaloi tau.

3- Harga produk yang mampu milik tapi kualiti masih bagus. Kalau korang tak percaya boleh baca sendiri review di website Plant Therapy atau di Amazon. Ramai sangat pengguna YL dan Doterra beralih ke Plant Therapy.

4- Ada report GCMS. Yang ni sangat penting tau sbb dengan report ni boleh tahu Essential oil diorang asli atau tiruan. Korang boleh download report diorg di page setiap produk.

5- Yang lebih meyakinkan, bisnes mereka di konsult oleh Robert Tisserand iaitu pakar aromaterapi yang famous dan berpengalaman di USA. Setiap GCMS report di teliti dan dikomen oleh Robert Tisserand dulu sebelum diapprove untuk dijual.

6- Ada money back guarantee. Yang ni saya pernah cuba minta refund untuk blend Nighty Night sebab saya nampak mcm tak berkesan untuk anak saya yg susah tidur. Dan memang mereka refund semula dalam akaun saya dan saya beli pulak eo lain hehe. Nighty night tu pula mereka kata tak perlu hantar semula sbb taknak menyusahkan saya..baik gila kan?? Huhu. Tapi sekarang saya rasa bersalah pulak minta refund sebab nya saya perasan anak saya dah lebih mudah tidur berbanding dulu. Dulu kalau dia tidur siang , malam memang susah nk tidur amik masa dlm 2 jam dia duk cakap sorang2 n nyanyi tgh gelap tu. Skrg tak sampai sejam pun dia dah tidur walaupun dia dah tidur siang. Tapi takpalah at least kita tahu yang depa memang kotakan apa yang mereka kata. Apa2 pun nak habaq bau nighty nighttu sangat besttt..mat salleh pun ramai suka. Antara blend yang paling ramai sambutan rasanya.

7- Mereka ada support group . Dalam tu ada staf2 mereka yang terdiri dari certified aromatherpist yang akan menjawab segala persoalan kita.

8- PT ni ia adalah syarikat daripada USA. Kenapa tak pilih syarikat Malaysia saja..dah ada macam2 jenama eo kat Msia ni. Sebabnya tak ada report GCMS. Kemudian kita tak ada persatuan atau kelab mcm orang US yang mana pengguna boleh hantar eo mereka untuk di test keasliannya. Kalau di USA sana, ada satu page yang dikenali sbg Essential Oil University yang dikendalikan oleh Dr Robert Pappas (expert dlm bidang ini juga) , pengguna2 boleh hntr eo mereka Dr Pappas ni untuk di check keaslian nya. Essential oil Plant Therapy dan banyak kali di check alhamdulillah result tidak mengecewakan pengguna Plant Therapy.

9- Dr Robert Pappas pernah buat poll di page beliau untuk mengkaji syarikat mana paling diminati oleh likers page beliau. Keputusan menunjukkan PT adalah top ten pilihan mereka dan ranking PT lebih tinggi dari Young Living dan Doterra. Bukan nak kata YL dan DT tak bagus..bagus juga sebenarnya cuma mungkin ramai lebih prefer harga yang murah.

10- Sebab terakhir, saya suka dengan botol2 mereka sebab ada sticker di atas botol jadi senang nak cari essential oil yang saya nak guna hehe.

Ok itu saja lah. Apa lagi korang pi try usha website Plant Therapy ok. Ada apa2 nak tanya boleh wasap saya😍

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s