Resepi Doh Roti Pizza Homemade Mudah, Sedap Dan Lembut


Lamanya tak makan pizza homemade. Dulu masa di Jepun rajin jugak lah menguli, kali ni ada bibik rajin masak2, bagi saja resepi roti ke kek ke esok lusa mesti terhidang depan mata😀 Sebelum ni saya pernah share resepi pizza homemade mudah, sedap dan lembut kat sini, tapi dalam bahasa Inggeris, jadi kali ni saya translate lah sebab ada yang komen minta dalam bahasa Melayu. Hihu. Dan saya nak share tips tambahan nak bagi pizza tu jadi lebih sedap. Kalau nak cerita pasal resepi pizza paling simple, sebenarnya ada resepi yang lagi mudah guna roti je, tak payah penat menguli, tapi tak real la kan hehe. Mula2 rasa leceh menguli tapi lama2 jadi seronok. Kalau nak resepi pizza simple, anda skip je mana2 cara kat bawah yang anda rasa remeh. Contoh, doh tu lepas uli tak payah tunggu kembang dah, terus taruk sos, sayur , sosej, cheese, dan bakar..tapi tak jamin lembut & sedap lah kan. Kalau nak sedap memang kena ikut resepi bawah ni ok😉

resepi doh roti pizza homemade mudah dan sedap

Resepi doh roti pizza homemade

By the way sk= sudu kecik, sb= sudu besar,nnt kang ada yang tak faham pulak

1/2 sk dry yis (mauripan)
60ml susu UHT
45 ml air suam
1 sk gula
1 sk tepung biasa (untuk tabur masa menguli)

180g tepung biasa
1/2 sk gula
1/2 sk garam
1/2 sb marjerin

Filling :

2 – 3 sb puri tomato.

Potong kurus2 :

1/2 lada benggala merah
1/2 lada benggala hijau
1 tin kecik nenas
1 paket buah zaitun
1 bawang besar
2 batang sosej
1 tin kecik mushroom butang
ayam mince secawan
Serbuk lada hitam
sos bbq

bahan2 di atas ni kita goreng sekejap, tak perlu lama nnt nak bakar dengan pizza kan

* Boleh buang mana2 yang uolls tak berkenan kat atas. dan tambah apa2 sayur yang uolls suka*

Resepi istimewa cheese sauce

2 sb tepung
1 sk butter
2 cwn susu uht,
2 – 3 keping slice cheese
garam & lada hitam

Masak atas api kecik sambil kacau2, dah pekat tutup api

Cara2:

Untuk doh pizza:

1-masukkan yis dalam air suam, campur secubit gula dengan secubit tepung, biarkan dalam 10-12 minit.

2- Ayak tepung ke dalam mangkuk, tambah gula dan garam dalam tepung, gaul2 dan buat lubang di tengah2.

3-Tuang campuran yis di tengah tu, campur susu sekali dan marjerin. Uli sampai adunan lembut. Biarkan dalam bekas yang sesuai dan tutup dengan tuala lembap. Mangkuk tu jangan lah sama besar je dengan doh tu nnt kan doh tu akan mengembang, so letak dalam bekas besaq sikit na.😀

Rahsia Roti, Pau dan Bun

4- Bila doh dah kembang dua kali ganda, tumbuk2 doh tu sampai angin semua terkeluar, pas tu biar lagi 10-15 minit.

5- Tabur tepung atas tempat menguli, ratakan doh dengan batang penguli tu sampai saiz jadi dalam 3 mm. Lepas tu letak lah doh tu dalam tray bakar yang disapu butter sikit. Ratakan doh dalam tray tu, cucuk2 doh tu dengan garpu supaya doh tu kembang cantik nanti.

6-Sapu tomato puri atas doh tu.

7- Tuang cheese sauce atas puri

8- Tuang ayam & sayur yg digoreng tu

9- Tabur cheese mozarella dan apa2 mayonis yang uolls suka, kalau suka tabur italian herbs mcm oregano ke parsley ke

10- Bakar 180 darjah selasa 15- 20 minit.

Yey siap…sedapnya!

Selamat menguli yek!

Rahsia Roti, Pau dan Bun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s