Buat Duit Tanpa Modal – Boleh Ke ?


Assalamualaikum

Selama ni saya asyik cerita tentang pelaburan saja kan, tapi kalau tak ada duit lebih, mcm mana nak melabur ye tak?

Memandangkan GST pun akan dilancarkan tak lama lagi, pastinya ramai yang resah gelisah. Ye lah, harga barang naik, tapi gaji tak naik2 juga. Nak buat bisnes pun tak ada modal ye tak?

Tapi boleh ke sebenarnya nak jana duit tanpa modal?

Jawapannya, SANGAT BOLEH.

Satu2nya cara untuk buat duit tanpa modal adalah melalui bisnes affiliate secara online.

Apa itu affiliate?

Affiliate maksudnya agent. Agent ni tolong promosi produk orang lain. Bila orang beli melalui link affiliate kita, kita diberi komisen. Biasanya kita tak perlu menjual pun, orang beli dengan rela hati. Yang menjual adalah owner produk tersebut.

So, di mana nak letak link affiliate kita tu?

Kita boleh letak di mana2 laman sosial seperti blog, Facebook, Instagram dan banyak lagi.
Biasanya orang guna blog/website untuk bisnes affiliate ni.

Tapi, kalau tak kena cara, susah juga nak dapatkan orang beli barang dari link kita tu. Seperti juga bisnes2 lain, kita perlu ada ilmu kalau betul2 mahu serius.

Panduan Lengkap Bisnes Affiliate

Secara kasarnya, ini adalah langkah2 yang perlu anda buat kalau nak mulakan bisnes tanpa modal ini.

1- Pilih Niche/Subjek yang anda minat, tapi mempunyai pasaran yang tinggi juga. Contohnya niche “Nak Kurus”.
2- Bina blog tentang niche tersebut. Guna blogspot atau wordpress, percuma saja.
3- Cari “keyword emas” yang biasa orang ramai type di Google. Contohnya, kalau orang nak kurus, ada yang type “cara kurus cepat”. Ada kaedah tertentu utk pastikan keyword mana yang patut anda fokus, supaya mudah orang jumpa blog anda.
4- Tulis artikel tentang “keyword emas” tersebut.
5- Cari banyak lagi “keyword emas”, dan buat artikel banyak2 lagi.

Saya tak boleh nak hurai semua ni sebab panjang sangat nak cerita. Saya dah explore bisnes ni sejak 2006 lagi dan saya sendiri pernah merasa, cuma market saya dulu orang US, bukan orang Malaysia. Sbb dulu orang Malaysia ni masih kurang shopping online. Sekarang ni dah ramai orang Malaysia shopping online dan guna google untuk cari maklumat. Market masih luas. Percaya lah, kalau anda mula sekarang, anda akan rasa hasilnya 3 ke 4 bulan dari sekarang.

Saya rasa rugi kalau kita tak ada blog. Sebab blog ni seolah-olah seperti “rumah di alam maya”. Berjuta orang dapat pendapatan pasif melalui bisnes rumah sewa dan jual beli rumah, yang memerlukan modal yang tinggi, tapi percaya tak kita juga boleh dapat pendapatan pasif melalui “rumah maya” kita ni. Malah kalau kena caranya dan istiqamah, anda boleh dapat pendapatan pasif lebih banyak dari rumah alam maya ini berbanding rumah yang betul-betul tu. Yang paling best, tak perlu keluar modal, tak perlu nak pening melayan karenah penyewa, tak perlu kalut layan pelanggan, tak perlu kalut pos barang.

Kalau anda redah sendiri untuk buat duit melalui blog ni, mungkin anda tak dapat 1 sen pun dari blog anda. Nak berjaya anda mesti belajar dari orang yang dah berjaya.

Tapi saya nak ingatkan, bisnes affiliate ni memerlukan kesabaran dan fokus. Bukan skim cepat kaya ya. Kalau anda betul-betul belajar dari pakar, sabar dan istiqamah, insyaAllah anda akan mendapat hasil dalam bulan ke 3 atau 4. Jangan mudah distract dengan tawaran bisnes lain di alam maya ini, anda akan kecundang. Ini adalah kesilapan utama orang ramai yang tak dapat buat duit di internet. Fokus satu-satu sampai berjaya. Bisnes Affiliate melalui blog adalah bisnes yang anda wajib terokai sebelum bisnes lain, sebab ia mampu memberi anda pendapatan secara autopilot, walaupun anda tengah “melabur” di dalam tandas. Bisnes lain, seperti dropship, facebook, bukan tempat terbaik utk memberi anda pasif income.

Panduan Lengkap Bisnes Affiliate

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s