Pelaburan Islam Terbaik


Tertanya2 tentang pelaburan Islam yang terbaik?

Kalau anda tanya agent unit trust, mereka akan kata unit trust yang terbaik. Kalau tanya agent emas, mereka kata emas lah yg terbaik. Kalau tanya pakar saham, mereka kata saham lah yang terbaik. Kalau tanya org ASB,mereka kata ASB lah yg terbaik.

Sebenarnya kan, tak ada istilah pelaburan terbaik. Setiap pelaburan ada pro & cons dan kita kena pilih pelaburan yang sesuai dengan jiwa kita dan tahap risiko yang sesuai dengan kita. Dan penting untuk anda faham apa itu pelaburan dan mengapa semua orang perlu melabur seawal yang mungkin.

Macam kami sendiri, hartanah pun ada, unit trust pun ada, emas pun ada beli juga. Dengan kata lain, kami pelbagaikan. Semua nya kami buat untuk long term.
Sekarang tengah fikir nak belajar main saham pula.

UNIT TRUST

Secara jujurnya, dalam banyak2 pelaburan islamik yang saya ada, memang unit trust yang paling simple dan tak pening kepala. Tapi bukan saya kata UT adalah pelaburan yang terbaik untuk anda ya. Cuma, saya rasa, untuk orang yang sangat busy, tak suka nak pening2 kepala, dan pentingkan yang ISLAMIK, maka Unit trust islamik lah yang terbaik. Dan potential return nya pun bagus dari tempat simpanan lain. UT ni kiranya mcm alternatif kepada bank biasa, Tabung Haji, EPF & ASB. Bank biasa bagi hanya 2-3%, TH pula 6%, ASB 7-9%, UT pula 8-20% purata setahun, bergantung kepada strategi yang anda gunakan. Kalau nak simpan di UT, pastikan matlamat pelaburan adalah untuk jangka masa panjang untuk mendapat pulangan yang terbaik. Masa harga rendah, jangan lah panic melulu, tambah lagi pelaburan masa tu, anda dengar nasihat saya ni, insyaAllah anda akan senyum lepas 10-20 tahun nanti.

“Apa ingat prepaid ke asik nak suruh topup2?? ” Ada juga orang yang degil dan eksyen mcm ni. Anda nak tambah atau tak, terpulang pada andalah, sebagai UTC, saya nasihat saja kepada klien2 untuk top up jika harga rendah. Mana nak cari duit utk top up? Kan saya dah kata, pelbagaikan pelaburan. Tabung Haji letak juga, ASB letak juga kalau yakin. Masa harga rendah tu amiklah sikit duit dari TH atau ASB tu untuk topup di Unit Trust. Kata orang, nak seribu daya, kalau anda nak untung lebih, anda kena usaha lah juga sikit.

Sebab apa saya kata UT ni simple, sebab kita boleh menyimpan sambil melabur dengan membuat pelaburan tetap setiap bulan, bermula RM100 saja minimum. Market turun ke market naik ke, just invest mcm biasa. Sebab apa? Ni sebabnya:

pelaburan islam terbaik

Ya, mmg susah nak predict bila market paling rendah. Jadi yang terbaik, kita invest secara tetap setiap bulan. Bila kita sedar je market tengah rendah atau berlaku kegawatan ekonomi, atau ada masalah dalam syarikat tertentu (yg anda labur duit disitu), masa tu orang ramai takut nak letak duit banyak..memang lumrah mcm tu, tapi sebenarnya, masa tu lah kita kena tambah duit lebih dari biasa:

Jangan pulak gatai pergi jual pelaburan masa harga rendah tu ya…sebab…

Lepas dah ikut strategi yang atas ni, anda stay dengan satu lagi strategi penting iaitu:

Satu lagi yang saya suka tentang pelaburan unit amanah atau unit trust ni, adalah, ada fund yang bagi kita life takaful percuma. Pulangan pun ok setakat ni 12% purata pulangan setahun (3 tahun performance). Jadi kalau kita meinggal dunia, waris kita akan dapat jumlah yang sama dengan jumlah pelaburan kita. Contoh, kalau kita ada RM50k dalam fund tersebut dan kita meninggal, waris kita akan dapat takaful RM50k juga, disamping wang pelaburan masih boleh dikekalkan. Berbeza dengan anda letak duit di TH atau ASB, anda tak ada coverage macam ni rasanya.

Nak tahu tentang fund tu?

Kelebihan UT ni adalah:
– Diuruskan oleh fund manager yang berpengalaman luas
– Di kawal selia oleh pihak trustee
– Diluluskan bank negara
– mudah dicairkan, boleh jual bila2 masa hari bekerja.
– ada free life takaful (tak semua fund & syarikat yang tawarkan takaful percuma ni)
– modal RM1000 saja untuk permulaan.
– potensi keuntungan sehingga 20% purata setahun.
– Ada dividen dan kenaikan harga.

Kekurangan UT:

– Ada risiko turun harga (sama mcm pelaburan lain juga , semua ada turun naik), orang yang faham konsep UT mcm saya suka bila harga turun🙂
– Ada service charge (bergantung pada syarikat- semua investment pun ada charge2 tertentu, bukan UT sahaja)

HARTANAH:

HARTANAH ni pelaburan long term yang sangat baik, tapi perlu belajar juga untuk elak kerugian2 tertentu. Anda kena pilih lokasi yang sesuai, dan belajar untuk dielakkan drpd ditipu daripada pihak developer, lawyer atau bank. Lepas tu anda kena decide, nak invest real estate ni utk capital gain atau untuk dapatkan income.

Kalau anda serius nak invest dalam hartanah, saya suggest anda belajar membeli hartanah lelong untuk dapatkan harga yang murah.

Pelaburan property ni kalau main sewa pada orang, kadang2 rasa leceh nak layan penyewa yang banyak karenah. Tapi kalau ada byk, mmg berbaloilah. Macam ayah saya sendiri, walaupun dah pencen, tapi income dia skrg lagi byk dari zaman dia kerja dulu, 2 kali ganda kot. Sebab dia ada byk rumah yang disewakan. Memang masyuk, tapi kadang2 ada juga penyewa yang sampai 3 bulan pun tak bayar2 sewa. Kena hati kering lah utk halau penyewa tu. Kalau jenis yg mudah kesian, memang susah.

Potensi keuntungan utk hartanah juga tinggi lebih kurang mcm UT juga kalau kena caranya.

EMAS

Pelaburan emas pulak, nak kena fikir nak simpan kat mana, yang sememangnya kena bayar cas juga. Kelebihannya, kalau simpan longterm, mmg tinggi pulangannya, tapi mmg kena betul2 long term ya. Saya dapati, emas ni kalau dia turun, lama nak tunggu harga naik semula, tapi bila dah naik, dia naik cepat. Berbeza dengan UT, kalau turun pun, paling lama nak tunggu setahun saja, lepas tu dia naik balik.

Saya sendiri ada beli emas 4 tahun dulu, kalau saya jual 2 tahun lepas, mmg untung, tapi saya tak jual. Lepas tu harga skrg still rendah tak naik2 lagi, kalau jual skrg mmg rugi. Tapi saya tak menyesal lah, sebab mmg niat nak simpan long term.

Emas ni tak macam UT, keuntungan dia melalui kenaikan harga sahaja, tak ada dividen mcm UT. Dan ada juga risiko besar seperti dirompak, anda perlu tahu di mana nak simpan emas tu.

Kalau anda serius nak invest dalam emas, anda boleh belajar melalui ebook ini.

SAHAM

Saham ni risiko sangat tinggi tapi potensi keuntungan juga sangat tinggi iaitu lebih 100%. Anda perlu ada masa untuk pantau harga, dan perlu ada ilmu untuk pilih syarikat yang terbaik dan macammana untuk elak kerugian. Tapi kalau anda betul2 nak main saham , pastikan anda betul2 ada duit extra, jgn guna duit emergency fund atau duit yang kita nak simpan untuk anak2 atau retirement kita, maknanya, kalau duit tu hangus pun kita tak rasa menyesal atau sakit jantung.

Kalau anda serius nak belajar saham, anda boleh pegi banyak course2 yang ditawarkan di luar sana, dan kalau anda prefer untuk belajar di rumah, anda boleh belajar dari ebook ini.

AKHIR KATA

Pilihlah mana2 pelaburan yang anda rasa sesuai dengan jiwa anda. Smart investors tak buat satu pelaburan saja, dia letak duit dia di beberapa tempat. Yang penting kita faham apa yang kita buat, kena ada matlamat, ok!

Bidang saya adalah unit trust, kalau anda nak belajar ttg UT, boleh lah hubungi saya, sampai bulan June ni ada promosi permulaan dengan RM100 saja untuk buka akaun. Biasanya RM1000, jgn terlepas ya:-)

2 thoughts on “Pelaburan Islam Terbaik

  1. Assalamualaikum.. Saya tengah survey unit trust. Ada org nasihat, time ringgit tgh jatuh, is a good time to invest in UT..
    Ada suggestion tak UT yg terbaik..

    Tq🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s