Apa itu pelaburan ?


Ada juga orang tanya soalan ni melalui Mr Google. Hehe

Meh saya bercerita sikit.

Pelaburan adalah kaedah untuk menggandakan duit dengan mengambil risiko tertentu. Kata mat salleh,
“no pain, no gain” lah kan.

Atau dengan kata lain, pelaburan adalah kaedah menggandakan duit dengan membuat duit tu bekerja pada kita. Kita kerja kuat untuk cari duit, lepas tu kita buat duit tu kerja kuat semula untuk kita. Lagi kuat bekerja, lebih banyak pulangannya.

Ada orang takut melabur, sebab takut rugi. Tapi ada pakar kewangan kata, orang yang tak pernah melabur lagi rugi dari orang yang melabur.

Sebenarnya kalau anda faham konsep dan strategi yang betul, anda takkan rugi dalam pelaburan.

Jika nak buat pelaburan, jangan letak setempat je, dan jangan lah labur semua duit kita. Letak sebahagian di tempat yang tiada risiko, dan sebahagian lagi yg ada risiko.

Pelaburan yang berisiko ni, biasanya short term tak ada hasil pun, tapi long term, hasilnya berbaloi2, malah pulangannya bersifat exponential.

Apa itu pelaburan
Saya bagi contoh, ibu bapa yang letak RM1000 untuk anak yang baru lahir, ketika anak tu umur 2 tahun, mungkin nilai duit RM1000 menjadi negative RM900. Ye, rugi dulu. Ketika dia umur 4 tahun, RM1000 menjadi RM1200. Ketika umur 10 tahun, menjadi RM2500. Ketika umur 25 menjadi RM10,000, ketika umur 40, menjadi RM40,000 dan ketika anak itu berusia 60, RM1000 tadi boleh jadi RM500 ribu. Ini lah yang di namakan kuasa kompaun (compound interest).

Tapi sayangnya ramai orang Msia masih tak ada kesedaran untuk melabur awal, kemudian tak sabar nak tgk pulangan (nak untung cepat).

Anda yang muda2 ni, rugi tau kalau tak mula melabur dari awal.

Jadi, apakah pelaburan yang terbaik?

Nanti kita sambung…….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s