Unit Trust Sesuai Untuk Siapa?


Unit amanah (unit trust), atau dikenali sebagai amanah saham adalah pilihan pelaburan khas untuk mereka yang tidak mempunyai masa, tiada ilmu pelaburan saham dan berminat untuk melibatkan diri dengan saham dengan  modal yang sedikit untuk mendapatkan keuntungan yang lebih dari tempat simpanan wang yang biasa seperti Fixed Deposit , Tabung Haji atau ASB.  Setiap dana unit amanah diuruskan oleh Pengurus Dana profesional dan berpengalaman dalam bidang pelaburan mengikut portfolio dana tersebut.

 

Untuk mendapat untung yang berbaloi dalam UT,  anda perlu faham tentang konsep UT, dan menganggap turun naik harga sebagai “kawan” anda, bukan “musuh” anda.  Anda juga perlu ada target , contoh nak kumpul 1 juta dalam 10 tahun atau 20 tahun. Minimum 3 tahun. Kemudian anda perlu bersabar dan tidak mudah panik. Sekiranya anda jenis yang terlalu conservative dan terlalu takut dengan risiko, UT bukan pelaburan yang sesuai untuk anda. Bagi golongan conservative, anda tidak boleh expect mendapat untung yang banyak dari pelaburan yang anda masuk, seperti Tabung Haji, dan Fixed Deposit. Hati2 dengan skim2 pelaburan yang menawarkan untung yang tinggi dan mengatakan pelaburan tersebut  “zero risk”, kerana hakikatnya pelaburan seperti itu sebenarnya  mempunyai risiko yang lebih tinggi  dari pelaburan UT. Biasanya orang yang terlibat dengan skim2 cepat kaya ni adalah dari golongan yang conservative, kerana mereka diberitahu pelaburan tersebut tiada risiko. Pilihlah tempat pelaburan yang selamat yang diluluskan oleh kerajaan dan mempunyai latar belakang yang kukuh.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s