Duit KWSP anda bukan untuk joli2


Assalamualaikum

 

Terima kasih kpd pembaca dan pelawat  blog saya ni..saya sebenarnya byk terima respon dr pembaca mengatakan mereka suka baca blog saya ni dan dapat byk dpt info berguna dari blog saya. Alhamdulillah syukurr. Saya tak tahu cara mana yg membolehkan saya menambah nilai atau add value kepada orang ramai di luar sana, kecuali dengan memberi maklumat berguna  kepada orang ramai dengan sedikit ilmu dan pemahaman yang saya ada ini, dan dengan cuba memberi service terbaik kepada klien2 saya. Ada juga yang menghantar sms mengatakan blog saya telah memberi kesedaran kepada mereka untuk memulakan simpanan dengan lebih awal. Alhamdulillah saya syukur tak terkata.

 

manfaat

 

Hari ni saya nak share tentang duit KWSP.

Anda tahu kan duit KWSP tu untuk apa? Ya, untuk perbelanjaan ketika hari tua nnt. Sebab pada masa tu kita dah tak kuat dan tak mampu untuk kerja mencari rezeki sepertimana ketika usia muda kita. Masa tu juga adalah masa yg terbaik untuk kita berehat2 dan menyediakan diri untuk bertemu Allah. Bukanlah maksud saya tua2 baru nak buat ibadah, maksud saya tua2 tu masa utk kita lebihkan lagi lah ibadah, kan.

 

Ramai yang bertanya saya, kalau invest dari KWSP ke Unit Trust, pulangan yang dapat nanti, boleh ke di keluarkan, dan dipakai? Kalau lah boleh di pakai, apa guna lah kerajaan benarkan anda melabur duit KWSP tu. Anda kena faham, tujuan anda dibenarkan untuk melabur di Unit Trust adalah untuk menggandakan simpanan hari tua anda. Kalau anda dibenarkan untuk pakai pulangan nya, maka tak tercapailah objektif asal. Saya terfikir apa lah nak jadi dengan kehidupan warga tua di Malaysia ni kalau tak ada duit KWSP atau , kalau duit KWSP tu boleh dikeluarkan sesuka hati. Saya rasa ramai orang tua akan jadi homeless di Malaysia ni.

 

OKB (org kaya baru) 

 

Saya pernah berjumpa dengan seseorang untuk ajak dia melabur di UT. Dia kata dia tak mau, sebab nak pencen dah. Ok fine saya pun tak kisah,  lagi2 bila dapat tahu yg balance akaun 1 yg dia ada mmg tak cukup pun untuk dilaburkan ke Unit Amanah. Tapi  yang membuatkan saya terkilan sangat bila dengar cerita dia, dia kata anak2 dia dah tak sabar2 nak tunggu dia dapat keluarkan duit KWSP dia yg tak sampai RM200k pun. Sorang anak duk sibuk suruh beli motor, yang anak lain pulak ada lah plannya yang lain. Saya terkedu dengar…anak dia tak tahu ke yang duit KWSP ibu dia tu adalah untuk kegunaan ibunya di hari tua?

 

Anda tahu tak wang KWSP rakyat Malaysia, biasa dalam 3 tahun dah lesap. Sedangkan kita berkemungkinan hidup lagi 20 ke 30  tahun lepas kita bersara? Ada 1 juta pun belum tentu cukup kalau tak control betul2…Tahu2 saja lah mcm mana perasaan bila dapat duit beratus ribu tu…rasa mcm OKB sekejap kan?

 

Pengurusan duit KWSP.

 

Saya juga kenal dengan seseorang yg dah bersara, duit KWSP bernilai 1 juta lebih digunakan untuk dilaburkan ke GENEVA. Anda tahu kan apa berlaku pada syarikat tersebut? Skrg beliau ada masalah duit yg sangat teruk, terkial2 pinjam duit sana sini utk mulakan bisnes utk dapat duit persaraan, sampai tahap menipu orang. Sedangkan saya kenal dia sebagai seorang yg kuat Tabligh dan kaki masjid. Scary kan? Itu lah padah nya kalau anda tak pandai control duit anda, dan tak ada ilmu tentang perancangan kewangan.

 

Itu lah pengalaman yang saya nak cerita hari ni. Kalau anda nak dapat ilmu pasal pengurusan kewangan, anda cuba lah dapatkan buku AZIZI ALI yg bertajuk “Jutawan dari Planet Jupiter”. Buku tu akan membuka mata anda betapa pentingnya perancangan kewangan, bahkan katanya “PERANCANGAN KEWANGAN BUKANLAH SUATU PILIHAN”.

 

Saya harap entri hari ni berguna untuk anda. Jgn lupa like Fb Page saya ya🙂  https://www.facebook.com/pelaburanislamik

 

Trivia: Tahukah anda, anda boleh  cipta sistem PENCEN  dgn menggunakan duit KWSP anda melalui  Unit Trust,  seolah2 anda ada duit pencen setiap bulan, sepertimana orang kerajaan ada pencen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s