Untuk yang baru nak survey ttg Unit Amanah


Semalam saya jumpa new prospect, dia minta saya explain ttg pelaburan guna KWSP. Saya pun explain punya explain, lepas tu dia call kawan dia untuk tanya pendapat kawan dia dulu.

Kawan dia tu cakap dia pernah invest, dah jual dan untung. Bila tanya sebab apa jual , katanya sebab adiknya rugi, jadi dia takut rugi juga lah.

Jadi akak tu pun mcm takut2 lerr nak invest, tapi lepas cerita kenapa org boleh rugi dan explain mcm mana nak untung, dia pun setuju nak invest.

Alahaiii…dalam apa2 bisnes atau pun pelaburan, memanglah ada yang rugi dan ada yang untung. Kalau kita nak mula biz, pastu pergi tanya org yang pernah rugi, sampai bila2 pun kita takkan mula bisnes kita tu. Padahal ramai dah org jadi kaya raya dengan buat bisnes, dan ramai juga yang kaya kerana pelaburan.

Saya kesian dgn bangsa sendiri, terlalu takut nak ambil risiko, terlalu  ikut2 cakap org, mcm mana lah nak berjaya wahai bangsa2 ku?

Padahal risiko UT ni bukan lah besar mcm main saham atau pun nak start bisnes sendiri (kecuali jadi agent untuk apa2 biz atau MLM).

UT ni orang Cina ramai yang masuk, kalau kita nak buat biz atau pun apa2 pelaburan, kita tgk ramai tak org Cina yang buat biz atau pelaburan tu.

Yang peliknya biz2 yang menjanjikan untung dalam sekelip mata, xde risiko kerugian langsung (katanya), berani pula nak masuk, padahal yang masuk semuanya Melayu! Akhirnya…dgn modal2 semuanya hangus!

Kesian kan?

Image

Kalau nak pulangan yang tinggi dari biasa, nak tak nak mmg kita kena amik risiko lah sikit, yang mana risiko UT ni adalah turun naik harga unit , which is perkara biasa dan menandakan market yang sihat..cuba bayangkan kalau lah harga UT ni naik aje..best lah org kaya buat duit dgn UT ni, letak aje berbillion2 dlm UT ni, tiap2 bulan goyang kaki makan untung dr UT ni je.

Kalau tak sanggup nak ambil risiko, pulangan yang layak untuk anda hanya setakat 6% saja. Tahu tak inflasi kat Msia ni setahun lebih dari 8%?

Image

 

Kalau UT ni terlalu berisiko, kerajaan takkan benarkan kita invest duit persaraan yang berharga tu di UT, betul tak? Ikut strategi, jangan ikut emosi,  insyaAllah untung!

 

Jadi mcm mana nak untung dlm UT:

– Make sure ada objektif, utk persaraan ke, pendidikan anak ke, haji ke, melancong ke?

– Target untuk simpan paling kurang 3 ke 5 tahun

– Top up masa harga rendah, especially masa kegawatan ekonomi.

– Amalkan dollar cost averaging, iaitu pelaburan secara disiplin dgn nilai yang sama.

– Review Portfolio pelaburan at least setahun 2 kali, make sure fund kita masuk tu tiap2 tahun ada dividen.

– Sabar, dan jangan ikut emosi.

– Dengar ckp agent, jgn dengar cakap kawan yang tak pernah invest atau yang pernah rugi! Kalau rasa ragu2 dgn agent sendiri, tanya pendapat beberapa agent lain. Kalau agent tu ikhlas, dia akan jawab pertanyaan anda walaupun anda bukan lah klien dia sendiri.

 

Saya tgk record past record di fund local, kalau invest lebih 10 tahun , mmg tak rugi walaupun tgh gawat.

Selamat melabur ya!🙂

 

p/s: Takde budget nak mula dgn RM1k? Promo fund baru yang mula dgn RM100 tu dilanjutkan sampai 30 June ye, jgn terlepas. Lepas 30 June kena mula dgn RM1000 macam biasa (permulaan sahaja, monthly minimum RM100)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s