Melabur di Unit Trust boleh rugi ke?


Ini adalah antara soalan yang sering saya terima daripada prospek2 klien saya.

Jawapannya, tak akan rugi kalau tak kelam kabut jual masa market crash. Boleh rugi kalau baru 3,4 tahun invest, tiba2 market down, terus panic dan mengambil keputusan nak jual balik masa tu, sedangkan objektif asal nak simpan untuk persaraan atau pendidikan anak. Maka tak tercapailah objektif dia tu. Boleh juga rugi kalau dia masuk fund yg dah 2,3 tahun takde perkembangan, maksudnya takde distribution dan tak ada turun naik harga mcm biasa.

Sama lah macam iman kita pun, sekejap turun, sekejap naik, hidup kita pun, sekejap di atas, sekejap di bawah, orang yang buat bisnes pun, sebelum nak berjaya, mcm2 jatuh bangun kehidupan yang dia lalui sebelum nak capai punjak kejayaan tu.

Cuba anda bayangkan, betapa bestnya kalau Unit Trust ni harganya sentiasa naik je….senang lah hidup org kaya macam tu..letak je berbillion2 duit kat UT ni (lain dengan ASB, di Unit Trust ni takde limit utk invest duit kita, dan simpan byk mana pun boleh..di ASB kalau tak silap limit sampai RM200k saja), setiap bulan makan keuntungan daripada kenaikan harga tu…wahh bestnya kan?? Tapi , itu lah yang dinamakan skim cepat kaya🙂

Hakikatnya dalam dunia ni, takde cara utk dapat duit dengan mudah, semua nya ada risiko. Menipu dan mencuri nampak mcm mudah, tapi ada risiko besar sebenarnya, betul tak?

Jadi, apa2 pelaburan atau bisnes pun, kalau ada ilmu dan buat dengan cara yang betul, insyaAllah anda tak akan rugi. Di UT ni kalau nak untung ada beberapa prinsip yang perlu anda ikut:

i) Mesti ada objektif melabur untuk apa, ctnya persaraan, pendidikan, haji etc, dan target berapa lama nak melabur.

ii) Invest utk medium to long term utk pulangan optimum, preferably lebih 5 tahun, lagi lama lagi berbaloi, sebab boleh kumpul banyak free unit daripada income distribution setiap tahun.

iii) Dollar cost averaging / asset allocation.

iv) Sentiasa berhubungan dengan agent utk bertanya perkembangan pelaburan. Paling kurang setahun 2 kali. Saya berhubungan dengan klien 3-4 kali setahun untuk menghantar report terkini pelaburan.

v) Jual bila dah capai target

vi) Sabar dan jangan mudah panik

So mcm mana kita nak tahu fund tu bagus atau tak bagus? Biasanya kita tgk past performance kalau fund tu dah lama, kalau fund tu baru, kita tgk di negara mana atau di syarikat/industri mana fund tu laburkan duit kita. Di Unit Trust kita rasa lebih selamat sebab fund manager yang tolong laburkan duit kita tu dah ada ilmu dan pengalaman yang luas dlm bidang ini.

Seperti yang saya pernah cerita sebelum ni, saya pernah jumpa beberapa pelabur Chinese yang dah sampai taraf “Elite” yang mana paling minimum jumlah pelaburan adalah RM500k. Kalau tak boleh untung takkan lah Chinese ni boleh simpan banyak macam tu di Unit Trust? FIkir2kan lah ya🙂

Ok sampai sini dulu, harap menjawab persoalan anda. Lepas ni saya nak ke Public Bank untuk submit beberapa investment klien di fund baru, yang boleh mula dengan RM100 sahaja. Promotion ni sampai 29 April saja ya, lepas tu kena start dengan RM1000 mcm biasa. Jgn terlepas tau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s