Video Penerangan Ust Zaharuddin tentang ASB


Saya nak kongsi video penerangan Ust Zaharuddin tentang hukum ASB. Apa yang anda akan dapat dari video ni:

1-beberapa fatwa yang berbeza tentang hukum ASB

2-fatwa yang mana satu paling tinggi authority nya,  selama ni ramai yang cakap confuse nak ikut fatwa mana satu kan, jawapan nya ada dalam video ni.

3-Di mana ASB menyalurkan pelaburannya? Yang ni sangat penting dan semua pelabur ASB mesti ambil tahu.

4- Apa nak buat dengan hasil pendapatan ASB.

Saya tak ada niat nak memburuk2an produk lain,  just rasa bertanggungjawab untuk sampaikan. kalau tiba2 ASB diishtihar dah xde terlibat dalam kaunter yang haram, saya akan poskan juga di sini. Saya share untuk menyelamatkan anda dari hasil pendapatan yang tak halal. Bila rezeki tak halal menjadi darah daging, jadi tak berkatlah kehidupan kita. Bila tak berkat, hidup jadi tak tenteram, anak2 buat perangai macam2, rumahtangga porak peranda..nauzubillah ini yang kita takut. Yang paling kita takut adalah azab api neraka yang akan membakar cebisan2 daging kita akibat memakan sumber rezeki yang haram.

Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Perang Terhadap Pengamal Riba

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan menjauhi saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang itu), jika benar kamu orang-orang yang beriman. Sekiranya kamu tidak mahu melakukannya, maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka untuk kamu modal pokok harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak menganiaya (kepada sesiapa) dan kamu juga tidak teraniaya”.

(QS Al-Baqarah: 278~279)

Saya sendiri dibesarkan dengan duit ASB. Tapi masa zaman mak ayah kita dulu belum ada fatwa lain tentang ASB. Yang mereka tahu ASB ni kerajaan buat untuk bantu orang Melayu, tentunya lah halal. Tapi sekarang ni kita dah tahu, tepuk dada tanya lah iman..berhijrahlah…
Antara beberapa pilihan yang ada untuk menggandakan duit anda adalah:

Tabung Haji – Short term
Islamic Unit Trust – Medium- Long Term
Emas – Long term
Property- Long Term
Saham – Boleh untung short term kalau ada ilmu. Kalau tak boleh rugi 100% juga.
Semua pilihan di atas ada risiko. Ada ke pelaburan yang tak ada risiko? Jawapannya, tak ada. Kalau ada, pelaburan tu tak halal.
“Perolehan keuntungan adalah dengan menghadapi risiko”
[al-Qawaid al-Fiqhiyyah, al-Nadawi, Dar al-Qalam]

Keuntungan mesti dengan menghadapi risiko
[Hadis riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud. al-Suyuti dan Albani mengatakan “hasan”]
Yang ni pun Ust Zaharuddin ada explain dalam website beliau. Boleh rujuk di sini: Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan
Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s