Kenapa mesti melabur sehingga RM120k?


Walaupun sesetengah orang tak dapat nak melabur sekaligus sebanyak RM100k, saya galakkan anda simpan sikit2 sampai cukup jumlah pelaburan menjadi RM120k, dan sekaligus melayakkan anda mendapat status VIP di syarikat yang saya wakilkan ini.

KLIK SINI untuk membaca kelebihan status VIP yang saya maksudkan.

Yang paling saya suka, ada free insurance coverage untuk personal accident, yang akan diberi kepada pewaris, sekiranya berlaku kemalangan pada pelabur. Cthnya, sekiranya jumlah pelaburan telah mencapai RM120k, sekiranya pelabur terlibat dalam kemalangan (kemalangan jalan raya, terjatuh bilik air, dll) dan meninggal dunia atau berlaku kecacatan kekal, pewaris boleh mendapat insurans sebanyak RM120k atau kurang, bergantung pada jenis kecacatan, di samping mengekalkan pelaburan yang sedia ada di syarikat. Walaubagaimana pun, insurans tersebut valid sehingga RM500k saja, dan sampai umur 74 saja, dan tidak valid untuk kes kematian yang disebabkan penyakit2 mcm sakit jantung ke, kencing manis ke, darah tinggi ke..sebab rata2 rakyat Msia mmg ada penyakit2 ni bila dah lanjut usia, boleh bankrap syarikat insurans kalau cover  seumur hidup & cover semua penyakit  ..dah lah free kan..huhu

Lagi satu yang saya suka, boleh buat wasiat free of charge melalui Public Bank (syariah). Wasiat ni bukan murah ye.. service charge nya mahai..lebih kurang RM500 gitu.

Jadi, simpan lah sikit2 sampai jumlah pelaburan mencecah RM120k. Untuk kebaikan anak2 kita juga kan🙂, bila dah capai RM120k, cepat2 minta agent bagi borang untuk layakkan diri untuk dpt free insurans tu dan cepat2 buat wasiat. Sebenarnya wasiat ni lagi cepat buat lagi bagus, sebab mati tak mengenal usia, kan? Nabi Muhammad SAW pun dalam hadith sahih nya ada menyebut:

Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seperti yang kita tahu, terlalu banyak kemalangan yang berlaku di Msia setiap hari, kalau bukan berlaku sebab kecuaian kita, ia boleh terjadi disebabkan kecuaian orang lain. Saya sendiri pernah terlibat dalam kemalangan yang disebabkan kecuaian orang lain, Alhamdulillah Allah masih memberi peluang hidup untuk kami..

Ni lah keadaan kereta yang melanggar kereta kami masa CNY 2013. Alhamdulillah penumpang2 semua masih hidup, pemandu patah kedua pinggul. Kami anak beranak pula dengan kuasa Allah, alhamdulillah hanya bengkak2 sikit saja..

Ni lah keadaan kereta yang melanggar kereta kami masa CNY 2013. Alhamdulillah penumpang2 semua masih hidup, pemandu patah kedua pinggul. Kami anak beranak pula dengan kuasa Allah, alhamdulillah hanya bengkak2 sikit saja..

Sebaik2nya berdoalah supaya kita dijauhi daripada segala kemalangan, jangan minta nak dapat kemalangan pulak disebabkan ada insurance ni….insurance ni just untuk kurangkan beban ahli keluarga kita sekiranya berlaku apa2 pada kita, sebab malang tak berbau kan? Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa solat sunat musafir, baca doa naik kenderaan, ayat kursi, bismillahitawakkaltu a’laLlah, bismillahillazhi laa Yadhurru.., dan banyakkan berzikir sepanjang perjalanan..

Sekian celoteh saya pada pagi ini, semoga Allah melindungi kita semua daripada segala kemalangan yang tak diduga ..aamiin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s