Company No.1?


Hari tu saya ada terbaca satu blog ni, kata penulis tu jangan terpengaruh sangat dengan slogan “Company No. 1” sebab yg number 1 tu tak semestinya yang terbaik.

Betul. Saya setuju sangat dengan kata beliau.

Sama dengan company yang saya wakilkan ni, terkenal dengan slogan “No.1 Company in UT Industry”, tapi no. 1 dari segi apa? Dari segi sharenya, dalam banyak2 share UT tu, 40% dipegang oleh company ini, yang selebihnya dikongsi oleh lebih 40 buah company UT yang lain.

Dari segi fund performance? Saya akui company ini bukan lah yang terbaik tapi performance nya stabil. Ramai yang pilih company ini sebab company ini dah lama bertapak di Malaysia dan mempunyai banyak pengalaman.  Company yang saya wakili ini, dah bertapak di Malaysia selama 30 tahun. Untuk pengetahuan, kebanyakan pelabur adalah dikalangan orang Cina, jadi tahu2 aje lah, golongan ini takkan melabur dalam company ni kalau tak buat untung untuk mereka. Orang Melayu belum cukup ramai ..mungkin sebab lebih suka pada pelaburan lain yang lebih aggressive seperti saham, property, emas, etc..atau takut dengan pasaran yang turun naik (hakikatnya keadaan pasaran menaik lebih banyak dari pasaran menurun),  jadi lebih prefer dengan ASB, atau mereka ni lebih suka dengan skim Pak Man Telo yang kononnya boleh bagi pulangan lebih cepat dan banyak, yang akhirnya..dot dot dot…tak main lah dengan UT yang slow ni hehehe

Saya pernah berjumpa dengan agent2 Chinese, ada antara mereka ni yang jadi agent hanya kerana ingin menjaga akaun mereka sendiri. Kebanyakan mereka dah invest beratus2 ribu. Bila ditanya “dah lama ke invest?’, mereka jawab “dah 10 tahun lebih dah..untung pun suda banyak….”🙂 Sejak dari itu saya pun berazam nak simpan sikit2 di Company ni, sambil ajak orang lain invest juga, kalau takde orang nak invest pun saya akan invest sendiri dan jaga akaun sendiri🙂

Fund pertama yang bermula pada tahun 1981, kini total return selepas 30 tahun adalah mencecah 1082%. Ini bermakna, orang yang invest RM100k pada tahun 1982 tu, kini nilai RM100k dia dah jadi RM1.2 juta.  Ini adalah rekod sebenar, bukan prediction. Itu baru moderate fund ni..kalau letak di aggressive equity fund, lagi banyak boleh dapat. Tapi , umur 50-60 lah dapat merasa duit tu. Habis tu, apa  tujuan kita melabur kalau bukan untuk hari tua kan? Just imagine, kalau setahun dapat dividen 8%, setahun anda dapat RM96k, bermakna duit RM1.2M anda tu akan “bekerja” untuk memberi RM8k sebulan kepada anda. Macam duit pencen lah juga.

Tapi, mana nak dapat RM100k tu? Kalau tak ada RM100k, mula lah sikit2, lama2 kan boleh jadi bukit..🙂

So itu saja lah celoteh saya pada petang ini..hari ni bersemangat sikit nak tulis sebab baru2 ni ada orang ckp dia suka baca blog saya ni..maceh..maceh..hehe

p/s: terima kasih pada yang contact saya untuk memulakan simpanan dengan fund baru yang hanya bermodalkan RM100 sebagai permulaan. Tapi promosi hanya sampai 29 April saja ya. Lepas tu macam biasa lah, kena mula dengan RM1000.

Disclaimer: Prestasi lalu tidak melambangkan prestasi masa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s