Unit Trust: Mengapa ada yang untung, dan ada juga yang rugi?


Assalamualaikum wrt,

 Lamanya saya tak berkongsi di sini. Atas sebab2 tertentu saya tak dapat menulis untuk beberapa bulan yang lalu.
Minggu lepas saya berkongsi tentang tajuk di atas dengan klien2 saya melalui email. Jadi hari ni saya nak berkongsi dengan orang luar juga.
Sepanjang saya berada di dalam industri Unit Amanah ini, saya pernah berjumpa dengan pelabur yang sedih@marah kerana rugi,  dan pernah juga berjumpa dengan pelabur yang gembira kerana telah untung. Kalau semua pelabur rugi atau untung sikit2 sahaja, takkan industri unit amanah masih kukuh sehingga kini, dah lebih 30 tahun pun..betul tak? Ini bermakna unit amanah ada peminat tersendiri dan mereka berjaya memperoleh keuntungan dengan unit amanah ini.
Di sini saya ingin bertanya kepada Tuan/Puan, kalau dilihat orang yang berbisnes, adakah semua bisnes mereka ini mengaut keuntungan? Ada tak yang rugi?
Ya, betul, ada yang berjaya dan meraih keuntungan, ada yang gagal dan kerugian.
Jadi mengapa ada yang berjaya dan mengapa ada yang gagal dalam berbisnes?
Tuan/Puan tahu jawapannya, iaitu tidak ada strategi, tidak ada ilmu & pengalaman.
Sama juga dengan Unit Amanah@ Unit Trust, jika kita melabur kerana ajakan agent semata2, atau kerana mengikut kawan2, atau ahli keluarga, Tuan/Puan boleh rugi. Kalau melabur tanpa ada ilmu, tanpa strategi, juga boleh rugi.  UTC (agent) juga memainkan peranan penting untuk memastikan klien2 memperoleh keuntungan, iaitu menasihat apa yang perlu 3-6 bulan sekali, bukan sekadar meminta melabur setiap 3bulan sekali.
Ada 3 strategi penting yang perlu kita ikut untuk memastikan keuntungan di Unit Amanah, tak kira bila kita melabur, sekiranya kita ikut 3 strategi ini, insyaAllah kita akan untung lebih baik dari ASB.
1- Melabur untuk jangka masa sederhana, 3-5 tahun.
 Ini kerana Unit Amanah bukanlah skim cepat kaya, tetapi lebih sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana ke panjang. Tempoh ini juga membolehkan pelabur2 mengumpul free unit yang diperoleh daripada dividen setiap tahun.
2- Ringgit Cost Averaging dan Asset Allocation
Tuan/Puan pernah ke Sogo tak? Saya pasti kebanyakan kita pernah ke sana. Di Sogo, selalu didapati mereka mengadakan “Mega sale”.  Jika kita ke sana dan mendapati ada Mega sale, mesti  kita akan ambil peluang untuk shopping, betul tak? Kalau tak shopping masa Megasale, lain kali pergi lagi mungkin dah habis Mega Sale, rugi lah kita ..Sama juga dalam industri UT ini, kadang kala ada Mega Sale, (iaitu harga unit jadi murah), cuma kita tak dapat nak jangka bila terjadinya Mega Sale ini.. Jadi semasa terjadinya “Mega Sale”, kita mesti menggunakan peluang untuk beli unit pada masa itu.
Kesimpulannya, RCA adalah satu cara untuk kita ambil kesempatan ketika harga murah untuk menambah pelaburan.
Untuk klien yang melabur secara lump sum, contohnya ada yang ingin melabur RM100k, saya akan bertanya kepada klien tersebut, adakah mereka boleh menambah pelaburan sekiranya terjadi Mega Sale ini? Jika mereka kata ada duit lain, saya akan letak 100% duit tersebut di Equity Fund, kerana hanya di Equity Fund kita mampu memperoleh keuntungan yang banyak. Sekiranya klien tersebut tidak mempunyai duit lain, saya akan membuat Asset Allocation, iaitu membahagikan RM100k kepada 2 fund, iaitu Equity Fund dan Bond Fund. Ketika berlakunya Mega Sale, saya akan pindahkan dari Bond FUnd ke Equity Fund untuk mengambil peluang membeli unit ketika Mega Sale tersebut.
3- Switching bila perlu.
Mengapa switching? Pertama, jika tahun pertama kita dapati fund yang kita masuk tak perform atau tak ada dividen. Contohnya, ada yang masuk fund China pada 2007, lepas setahun tengok fund itu tak bagi dividen, dan tak meningkat, sedangkan fund2 lain meningkat dengan baik, jadi agent perlu lah menasihati klien untuk switch ke fund lain.
Kedua jika mendapati kita telah untung banyak dan ingin secure keuntungan tersebut.
Ketiga, memindahkan semula keuntungan ke equity fund ketika market sedang meningkat.
Mudah saja kan?🙂
Itu saja perkongsian saya pada hari ni, semoga bermanfaat, saya harap Tuan/Puan semua jelas, Sebarang persoalan berkenaan artikel ini atau berkenaan unit amanah, boleh ajukan di bawah. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s