Proses Perancangan Harta


Saya nak share sedikit ilmu yang saya perolehi dari pembacaan saya melalui buku Pewaris Jutawan tulisan Ahmad Tarmizi Jusoh, seorang peguam sivil dan syariah.

Dalam hal perancangan harta, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Gunakanlah lima sebelum lima,
1.MUDA SEBELUM TUA.
2.SIHAT SEBELUM SAKIT.
3.KAYA SEBELUM PAPA.
4.LAPANG SEBELUM SIBUK.
5.HIDUP SEBELUM MATI.”

Oleh yang demikian, semasa sihat inilah kita patut merancang kerana badan dan minda kita juga masih sihat.

Bagaimana merancang? Proses perancangan harta hendaklah seperti berikut:

1- Apa yang baik hendaklah dihimpun- proses awal di mana seseorang bekerja keras mengumpul harta semasa hidupnya.

2-Apa yang dihimpun hendaklah dilindungi – Melindungi harta tersebut untuk memastikan ia terpelihara daripada segala bentuk kecelakaan seperti mati mengejut atau penyakit kronik yang menghalang anda utk meneruskan pencarian rezeki. Risiko ini dapat dihindari melalui perlindungan insurans.

3- Apa yang dilindungi perlu dikekalkan – iaitu melalui pelaburan, supaya harta yang sudah disimpan tidak menyusut setelah digunakan. Kebanyakan jutawan melatakkan moto *simpan dan labur sebanyak mungkin* terhadap harta mereka, bukannya “membeli kereta atau rumah mewah semahal yang mungkin”.

4- Apa yang dikekalkan hendaklah dibahagikan – wasiat. Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya (menangguhkannya) bermalam sehingga dua malam, melainkan hendaklah ia segera menulis wasiat itu”. Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim

Satu lagi yang saya nak tambah:

5- Pembersihan harta – melalui zakat dan sedeqah:)

InsyaAllah kalau kita amalkan kelima2 ini, kita tidak akan ada masalah kewangan di masa depan kelak.

 

hasliahassan@gmail.com
014-5281089

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s