Gaji akan naik…nak beli apa lagi ya???


Assalamualaikum wrt,

Pagi tadi saya ke sebuah hospital utk berjumpa dengan seorang teman yang juga doktor di sana yang ingin memulakan pelaburan beliau. Dalam perjalanan saya sempat dengar perbincangan pagi di IKIM..tajuknya..HUTANG: BEBAN YANG TIADA KESUDAHAN” .

Saya terlupa siapa yang dijemput, tapi salah satu perkara yang beliau utarakan ialah ..apa yang kita akan buat dengan kenaikan gaji kita tak lama lagi…dah tentu ramai yang fikir nak tukar kereta baru..aksesori kereta, beli handbag baru , perabot baru dan segala mcm lagi..akhirnya kenaikan gaji menyebabkan bertambah lagi hutang2 kita..

Cadangan beliau adalah, cuba gunakan kenaikan gaji baru untuk mempercepatkan bayaran hutang terutama untuk kereta dan personal loans yang mana interestnya tinggi. Kalau biasa bayar RM500 sebulan tambahlah jadi RM600 atau 700 sebulan. Lebih cepat habis hutang lebih aman hidup kita..dan makin jimat duit kita. Yang selebihnya jangan lupa utk buat saving utk bekalan di hari susah nnt.

Ada pendengar yang mengajukan soalan tentang loan ASB. Kata panel tersebut, buat loan ASB skrg dah jadi trend..byk bank yang menyediakan penkhidmatan loan utk org yg nak melabur di ASB ni. Tapi katanya, kalau kita invest dgn duit loan..untungnya bukan byk mana pun, akhirnya untung yang kita dapat terpaksa di bahagikan dengan pihak bank. Just imagine, tiap2 bulan kita duk bayar ke bank, jadi untung yang pelabur dapat bukanlah untung bersih sebenarnya. Adalah lebih baik kalau tiap2 bulan tu kita simpan dan labur terus daripada bayar kepada bank.

Pelan Persaraan bersama Unit Amanah Unit Trust

Dalam artikel yg saya petik dari Majalah Anis bulan ni, penulis menyatakan paling kurang kita kena asingkan sedikit daripada gaji kita untuk masa depan. Kata orang puteh “Pay Yourself First”. Cari tempat pelaburan yang mampu memberi pulangan 10% lebih kepada anda. Salah satu nya adalah dengan Unit Trust. Unit Trust adalah salah satu jenis asset yang boleh memberi keuntungan dalam jangka masa panjang, sama dengan anda membeli rumah, dan tanah. Cuma rumah & tanah ni memerlukan modal yang besar, pulangan nya juga besar maka risiko nya juga besar. Dengan Unit Trust anda boleh memulakan pelaburan hanya dengan RM1000 utk permulaan dan bulanan sebanyak RM100 sebulan. Jadi , kenyataan orang ramai yang menyatakan Unit Trust ni hanya untuk orang kaya2 sahaja adalah tidak benar sama sekali..

Saya bersyukur kerana saya terlibat dalam satu bisnes yang menggalakkan orang ramai menyimpan dan membiakkan duit , bukan menggalakkan orang untuk menghabiskan duit🙂

Selamat menguruskan kenaikan gaji dengan baik:)

One thought on “Gaji akan naik…nak beli apa lagi ya???

  1. Suka sangat cara dengan artikel ni Liya. Betul sangat apa yang Liya cakap, unit trust bukan untuk orang kaya je.

    Seronokkan bila kerja kita adalah mengajak orang ke arah kebaikan.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s