Pelaburan “Lump Sum” Vs “Direct Debit” (Regular Saving), Mana Lebih Baik?


Saya sering mendapat pertanyaan ini dari bakal client saya. Jadi mana yg lebih baik, invest “lump sum” (sekaligus) duit yg anda ada, atau buat regular saving (DDI/Direct Debit Instruction).

Menurut kajian saya melalui software yang disediakan oleh syarikat, pelaburan “lump sum” memberi purata pulangan yg lebih baik dari membuat “regular saving”.

Ini adalah contoh pulangan lepas utk 4 jenis dana di syarikat xxx, (minta maaf saya tak boleh letakkan nama dana di dalam blog atas permintaan pihak syarikat)

Invest 10k in may 2003 in Fund A,

Unit Trust Value as at 3/1/2012 : RM24045, average return approx 15% per year

Invest 10k in Feb 2006 in Fund B ,

Unit Trust Value as at 3/1/2012 :RM18346, average return approx 14% per year

Invest 10k in june 2005 in Fund C ,

Unit Trust Value as at 3/1/2012 : RM20348, average return approx 15% per year

Invest 10k in april 2002 in Fund D ,

Unit Trust Value as at 3/1/2012: RM24001, average return approx 14% per year

 

Kalau buat regular saving dalam tempoh kurang dari 10 tahun, biasanya boleh dapat dalam 7-10% average return, kalau lebih 10 tahun, boleh dapat sehingga 15% setahun.

Tapi kalau anda ingin membuat pelaburan “lump sum” dan inginkan pulangan yg lebih 10%, anda haruslah seorang yang aggressif. Anda harus pilih dana yang aggressive yg mana pulangan nya tinggi tapi risikonya juga tinggi. Apa yg dimaksudkan di sini adalah, bila harga jatuh , boleh jatuh byk, bila harga tgh naik, boleh naik byk. Maka apabila dalam keadaan ekonomi yang kurang baik, misalnya ketika kegawatan ekonomi, nilai pelaburan anda akan kelihatan menyusut (on paper sahaja), anda tidak akan rugi sekiranya anda tidak menjual pelaburan anda ketika itu. Jika anda mampu mengawal emosi risau anda , mampu bersabar melihat nilai wang anda yg berkurang ketika itu dan anda terus biarkan pelaburan anda sehingga ekonomi pulih, harga unit akan meningkat dan pelaburan anda meningkat kembali, maka anda boleh mendapat purata pulangan lebih dari 10% setahun berdasarkan prestasi yang lepas.

Regular Saving , atau Ringgit Cost Averaging sesuai utk org yg sentiasa risau dengan keadaan ekonomi yang turun naik. Kita juga bukan ahli nujum yang boleh mem”predict” harga unit sama ada semakin naik atau turun pada esok hari. Anda tak perlu pantau harga selalu, teruskan sahaja melabur jumlah yg konsisten setiap bulan tanpa mengira keadaan ekonomi dan insyaAllah matlamat kewangan anda akan tercapai selepas beberapa tahun. Cara ini boleh mempuratakan kos harga unit anda. Regular Saving sesuai utk anda yang mempunyai matlamat kewangan tertentu. Contohnya jika anda target utk mempunyai RM200 ribu selepas 10 tahun, anda perlu membuat simpanan bulanan sebanyak RM900-1100 sebulan. Jika anda ingin mencapai jumlah RM200 ribu dalam masa 10 tahun dengan pelaburan lump sum, anda perlu melabur RM70ribu-RM90 ribu sekaligus dan biarkan selama lebih kurang 10 tahun. Jika anda tidak mempunyai wang sebanyak itu, maka pilihan yang ada adalah dengan membuat pelaburan secara regular saving. Satu lagi pilihan adalah dengan membuat pinjaman dengan institusi perbankan tetapi cara ini tidak digalakkan oleh syarikat terutamanya jika anda mengharapkan keuntungan pelaburan utk membiayai bayaran bulanan pinjaman tersebut.

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang Ringgit Cost Averaging disini:

http://www.publicmutual.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=MJDgRz5Nlg8%3d&tabid=86″>

Jika anda tidak mempunyai matlamat kewangan dan hanya ingin menggandakan sejumlah wang yang anda ada , maka anda boleh lah membuat pelaburan “lump sum”.

Jadi dengan penerangan ini diharap anda dapat membuat keputusan utk memilih cara pelaburan yang mana yang sesuai dengan citarasa anda🙂

“If I have noticed anything over these 60 years on Wall Street, it is that people do not succeed in forecasting what’s going to happen in the stock market.”
– Benjamin Graham, author of “The Intelligent Investor”

“Save little save often – dollar (ringgit) cost averaging works, if you stick to it.”
– Paul Clitheroe, “Ten Key Steps to Wealth”, 2002.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s