Perbezaan Unit Trust Consultant (UTC) dgn Unit Trust Investor


Terpanggil untuk buat entry ni bila terbaca statement seseorang ..yg bunyinya mcm ni..” buat apa nak invest UT ..bukan investor yang kaya pun..agent yang kaya cepat..”

Saya kesian sbb dia tak faham apa beza UTC dgn pelabur UT. Saya sedih sbb ada org yang mempunyai “hati busuk” sesama org Islam sendiri, atau pada kawan2 sendiri yang jadi agent ni. Seolah2 ada perasaan dengki dengan org yg jadi agent ni. Tapi saya tahu bukan semua org mcm ni..segelintir lah kot..

Agent atau konsultan unit trust ni , sama seperti peniaga2 lain. Beza nya cuma, peniaga lain menjual produk fizikal atau service. UTC jual produk kewangan dan juga service. UTC memberi ilmu kepada org ramai tentang unit trust, tentang pentingnya menabung dan memulakan pelaburan dari awal. Company memerlukan khidmat agent supaya boleh membantu para pelabur dari segi memantau pelaburan para pelabur, menguruskan proses untuk memulakan atau menambah atau menjual pelaburan dan mcm2 lagi. Dengan kata lain agent ni orang yang buat kerja, sepanjang pelabur tu melabur agent adalah orang yang mesti berkhidmat kepada pelabur tersebut. Agent Unit Trust ni dikategorikan sebagai usahawan atau bisnesman/woman juga. Makin rajin kerja, makin ramai customer makin bertambah incomenya. Sama saja seperti peniaga lain. Makin kuat berniaga semakin byk income. Berbeza dgn makan gaji, makin kuat kerja, income mungkin bertambah tapi tak sebanyak orang yg buat bisnes. Kalau anda beli satu pensil dari kedai, peniaga akan untung beberapa sen saja. Kalau anda beli beribu2 pensil peniaga akan untung byk juga. Sama juga dengan agent unit trust, kalau pelabur invest sikit, sikit lah yang UTC dapat, kalau pelabur invest byk..cthnya ratus2 ribu atau juta2 ringgit..UTC boleh untung byk juga. Sbb tu UTC yg konsisten dengan kerjaya ni boleh jadi kaya sbb biasanya lama kelamaan dia akan berjumpa dengan org yang mahu invest jumlah yang besar, terutamanya apabila UTC tersebut dah semakin dipercayai kerana mampu memberi servis yang baik. Tapi UTC yang selalu tidur incomenya pun tidur juga lah:) Sbb tu kalau nak invest, pilihlah agent yang sentiasa konsisten dan bersemangat mcm saya ya..hehe (ada masa lemah smgt juga.. nasib baik ada team yang sentiasa memberi semangat&sokongan kepada saya;) ) Tapi tak semua agent Unit Trust kaya ya, hanya yang bersungguh2 buat kerja saja yang boleh jadi kaya. Jadi kalau anda jumpa UTC yang kaya, jgn ingat mereka senang2 boleh capai ke tahap itu. Kalau nak tahu kena lah jadi UTC juga:) Yang bestnya jadi UTC ni ialah masa kita sangat flexible, nak cuti boleh cuti bila2 masa, tak perlu minta sign boss. Nak buat part time pun boleh…sbb tu alhamdulillah setakat ni saya rasa seronok jadi unit trust konsultan ni. Bila rasa malas kita ada team atau kawan2 yg bg semangat, kalau kerja biasa..kalau rasa malas..mesti kena marah dengan boss kan..ngeeee:D Tapi UTC ni kalau byk sgt cuti pun..tak kemana juga:P

Pelabur pula adalah golongan yang menyerahkan wang mereka kepada pihak yang berpengalaman untuk melaburkan wang mereka. Mereka serah duit dan kemudian buat kerja rutin (makan gaji) seperti biasa. Sebab itu lah mereka kaya lebih lambat dari UTC. Sbb itu kami UTC selalu nasihat orang ramai , dengan melabur di Unit trust orang ramai boleh jadi kaya tapi perlukan masa yang lama, perlukan kesabaran dan sikap istiqomah dalam melabur. Ini kerana mereka hanya menyerah wang kepada orang untuk menggandakan wang mereka. Tapi, daripada tak pernah kaya langsung seumur hidup, paling kurang kita kaya di hari tua kan? Kalau kita jenis yang investment pun tak minat, buat bisnes pun tak minat atau tak ada masa nak buat..mmg sampai bila2 pun takkan kaya..Unless ada duit 1 juta jatuh tiba2 dari langit.

Walaupun produk kewangan di Malaysia masih belum dpt diterima sepenuhnya, tapi saya yakin satu hari nanti bila ramai yang dah sedar tentang kepentingan perancangan kewangan, produk kewangan akan menjadi produk yang sangat di cari2 oleh orang ramai. Contohnya smlm, ketika roadshow di satu shopping complex, saya mendapat seorang client muda yang bersungguh2 mahu memulakan pelaburan sebanyak RM20k. Katanya memang dah tahu tentang Unit Trust dan nak melabur untuk jangka masa panjang. InsyaAllah lepas ni saya akan jumpa ramai lagi orang yang macam ni..

Yang baik semua dari Allah, yang tak baik tu dari saya..wallahua’lam..

Hubungi saya jika ada persoalan tentang pelaburan unit trust atau jika anda ingin menjadi agent unit trust.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s