FAQ: Membuat Overdraft dari Pelaburan Unit Trust


FAQ:

Q: Bolehkan pelabur membuat overdraft dari pelaburan Unit Trust?

A:Setiap pelabur (dengan pelaburan tunai melebihi RM10,000) boleh buat overdraft (pinjaman dengan Public Bank) dengan mencagarkan (pledging) pelaburan unit trust mereka.

Syarat-syarat :

-Pelaburan tunai

-Nilai pelaburan lebih RM10,000

-Pelabur perlu dapatkan penyata pelaburan terkini (dari Public Mutual) dan sertakan dokumen untuk buat pinjaman seperti salinan ic, salinan slip gaji 3 bulan dan surat pengesahan majikan

-Proses mengambil masa dalam 2-3 minggu

-Maksimum loan adalah 80% dari nilai pelaburan

-Interest rate : BLR – 1%

-Berurusan di bahagian pinjaman Public Bank

-Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke mana-mana bahagian pinjaman Public Bank.

Q: Adakah kita masih boleh mendapat dividen dari membuat overdraft?

A: Overdraft adalah mencagarkan simpanan @ pelaburan untuk membuat pinjaman dari bank. Duit yang diperolehi dari overdraft boleh digunakan untuk menambah pelaburan atau untuk keperluan lain. Overdraft tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pelaburan kita, dan kita akan dapat dividen seperti biasa.

Q: Berapakah jangkamasa yang diperlukan untuk membayar kembali pinjaman tersebut?

A: Jangkamasa yang diberi tu bergantung kepada pelabur. Sama seperti kita memohon untuk membuat pinjaman, pelabur boleh tentukan berapa lama jangkamasa untuk membayar kembali overdraft tersebut. Berapa jumlah pinjaman yang diterima dan juga tempoh pembayaran adalah bergantung kepada budi bicara pihak bank berdasarkan status kewangan pelabur.

Q: Apakah kelebihan membuat overdraft dari pelaburan Unit Trust?
A:
1. Untuk pelabur yang ingin melabur lebih banyak. Jadi, labur, pinjam dan labur lagi. Walaubagaimana pun ini tidak digalakkan untuk pelabur yang mempunyai keadaan kewangan yang tidak kukuh. Juga tidak digalakkan untuk pelabur yang harapkan dividen atau kenaikan harga untuk bayar ansuran.

2. Untuk pelabur yang ingin menggunakan wang untuk perkara lain tapi sayang nak jual pelaburan.

3. Untuk pelabur yang pelaburan dia dalam keadaan negatif, tapi memerlukan duit pada ketika itu. Jadi, pelabur tersebut tidak perlu menjual pelaburan pada ketika itu.
Pinjam dulu, harga dah naik baru jual dan bayar. Atau, bayar guna duit lain.

Hubungi saya untuk memulakan pelaburan unit trust anda:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s