Apa itu Islamic Unit Trust?


Ada orang kata, asal nama islamik je..org ingat betul2 islamik..padahal bukan lah islamic sgt pun. Islamic Unit Trust ni..adakah betul2 islamic? Ke nama nya aja letak Islamic kat depan tu..spy org Islam terpengaruh untuk melabur?

Ok skrg mari kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan Islamic Unit Trust. Ia bukan sekadar letak nama Islamic je kat depan tu, tapi prosedur semua dibuat berdasar kehendak syariah.

———————————–

Memahami Unit Amanah Islam

Peningkatan kekayaan pelabur yang berminat untuk melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-profuk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang. Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah bertambah kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia.

Ciri-ciri Unit Amanah Islam
Ciri utama yang membezakan pengurusan dana Islam daripada pelaburan konvensional ialah pematuhannya kepada undang-undang Syariah. Dana-dana Islam mesti mematuhi aktiviti ekonomi yang patuh Syariah dan melabur hanya dalam syarikat-syarikat yang memenuhi kehendak Syariah. Di samping itu, dana-dana Islam tidak boleh melabur dalam bank-bank konvensional yang menawarkan produk dengan kadar faedah tetap tetapi boleh melabur dalam sekuriti Islam dan institusi kewangan Islam. Dana-dana Islam juga mesti menghindari daripada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam produk-produk yang dilarang oleh undang-undang Islam seperti arak, tembakau, daging khinzir, perjudian dan pornografi.

Setelah menyingkirkan syarikat-syarikat dengan aktiviti perniagaan utama yang tidak mematuhi keperluan Syariah, penyaring kuantitatif, dalam bentuk nisbah kewangan, digunakan untuk memastikan syarikat patuh Syariah menjanakan pendapatannya dengan sumber kewangan yang mencukupi dan tanpa hutang yang berlebihan. Selain itu, dana Islam hanya boleh bergiat dalam pengumpilan melalui penggunaan instrumen kewangan Islam dan tidak boleh mendapatkan atau menyediakan pinjaman konvensional mahupun melabur dalam produk-produk berfaedah konvensional, termasuk sekuriti hutang konvensional. Tunai yang dipegang oleh sesuatu dana hanya boleh dilaburkan dalam produk pelaburan jangka pendek patuh Syariah, misalnya instrumen pasaran wang.

Daya Tahan Dana Islam
Oleh yang demikian, dana Islam didapati lebih berdaya tahan daripada unit amanah konvensional kerana pulangannya lazimnya kurang meruap. Sementara itu, melabur menurut “etika” ini juga menawarkan kelebihan lain. Sebagai contohnya, dana Islam tidak begitu terjejas oleh skandal yang melanda syarikat-syarikat seperti Enron dan WorldCom beberapa tahun dahulu kerana kunci kira-kira syarikat tersebut yang amat berkeumpilan menghindari dana-dana Islam daripada melabur dalamnya. Tambahan pula, penyaring kuantitatif menambahkan lagi sifat berdaya tahan dana Islam kerana jika kadar faedah naik
dalam suasana inflasi yang semakin meningkat, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang tidak berkeumpilan dijangka akan mencatatkan prestasi yang cemerlang.

Penyucian Keuntungan
Ada masanya juga sekuriti patuh Syariah yang tertentu diklasifikasikan semula sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Ini mungkin disebabkan oleh sesuatu syarikat menukar atau mengembangkan operasinya yang boleh menyebabkan aktiviti yang dilarang oleh undang-undang Syariah mencapai paras yang tidak dapat diterima. Sebagai contohnya, restoran atau hotel mungkin mengambil keputusan untuk mula menghidangkan arak atau daging khinzir di premis mereka. Dalam hal ini, Penasihat Syariah akan memerlukan sekuriti itu dilupuskan sekiranya nilai pasarannya melebihi kos pelaburan asal pada hari pengumuman.
Maka syarikat pengurusan dana perlu menyucikan atau membersihkan keuntungan yang dibuat oleh dana-dana Islam dengan mengenal pasti keuntungan yang dijana oleh aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan serta menyalurkan jumlah berkenaan kepada badan-badan amal yang diluluskan oleh Penasihat Syariah. Pelabur boleh mengetahui bagaimana pengurus-pengurus dana menyucikan perolehan daripada dana Islam mereka dalam prospektus masing-masing.

Majlis Penasihat Syariah
Bagi melindungi kepentingan pelabur, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah menubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SACSC) untuk mengawal selia dana-dana Islam di Malaysia. SACSC bertanggungjawab melayani pertanyaan dan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan bidang ini serta membuat pengumuman untuk menggalakkan inovasi dalam industri ini.
Selain itu, SC juga membenarkan pendaftaran penasihat tempatan dan asing bagi dana unit amanah dan sekuriti Islam demi memastikan pengurus-pengurus dana dapat memanfaatkan kepakaran Syariah mereka. Di samping memastikan operasi dan pelaburan dana mematuhi keperluan Syariah, penasihat Syariah juga berjumpa dengan pengurus dana sekali-sekala untuk menjawab pertanyaan dan memberikan nasihat.

Sumber: http://www.publicmutual.com.my/LinkClick.aspx?fileticket=K39O9iyLU5E%3d&tabid=86

Jadi, kenapa harus ragu2 lagi untuk melabur melalui Islamic Unit Trust? Segalanya sangat telus. Berbanding dengan pelaburan di tempat lain..bank atau ASB yang mempunyai status yang meragukan. Sekarang kita ada pilihan untuk menyucikan duit kita dari sumber yang meragukan, supaya harta lebih berkat..pilihan semua di tangan kita..

Tapi..PMB ni syarikat non muslim.. Jadi , apakah masalahnya? Adakah haram hukumnya berjual beli dengan non Muslim? Nabi SAW juga pernah bermuamalat dengan orang Yahudi..anda pernah shopping di Giant? Tesco? Carefourre? Mesti pernahkan..Tesco dan Carefourre tu lagi lah..kompeni Yahudi lagi..

Sekarang ni pakar kewangan bukan islam pun semakin ramai yang mengkaji kelebihan Kewangan & Pelaburan Islam. Secara tak langsung ia merupakan sejenis dakwah juga kpd non muslim. Ada non muslim yg memang mahu masukkan wang mereka ke dana Islamic setelah melihat kelebihan pelaburan secara islamik dan ada antara mereka juga yang mahukan hasil pelaburan yang bersih. Kalau non muslim pun memberi sambutan kepada pelaburan Islamic yang benar2 telus kenapa kita orang Islam sendiri tidak mahu memberi sambutan? Fikir2kan lah ya..

Hubungi saya jika mempunyai sebarang persoalan atau ingin memulakan pelaburan unit trust bersama PMB.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s