Pelabur Raih 98 Juta


Oleh Hafiz Ithnin
hafizithnin@hmetro.com.my
1 Disember 2011

PUBLIC MUTUAL, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengumumkan pengagihan dividen kasar berjumlah lebih RM98 juta untuk lapan daripada keseluruhan dananya bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 November 2011.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yeoh Kim Hong berkata, syarikat berupaya mengumumkan pengagihan itu meskipun keadaan pasaran semasa kini amat mencabar.

“Public Mutual adalah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan menguruskan sebanyak 90 dana dengan lebih 2.6 juta pemegang akaun dan pada 31 Oktober 2011, jumlah nilai aset bersih dana yang diuruskan adalah sebanyak RM43.7 bilion,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur. Public Dana Select Alpha-30 ialah dana ekuti bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam maksimum 30 saham disenaraikan di Bursa Sekuriti manakala Public Dana Far-East Alpha-30 ialah dana ekuti di pasaran-pasaran domestik dan serantau.

Public Dana Far-East Dividend pula ialah dana ekuiti yang menyediakan pendapatan dengan melabur di dalam sebuah portfolio saham di pasaran domestik dan serantau bagi menawarkan atau berpotensi untuk hasil dividen menarik.

Public Dana Islamic Sector Select, Public Dana Islamic Alpha-40 Growth dan Public Dana Islamic Asia Leaders Equity adalah dana ekuiti patuh syariah dengan tujuan mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dengan melabur di dalam sebuah portfolio sekuriti, terutamanya ekuti yang mematuhi kehendak syariah di pasaran domestik. “Public Dana Islamic Alpha-40 Growth bermatlamat untuk mencapai pertumbuhan modal dengan melabur dalam maksimum 40 saham yang patuh syariah. “Public Dana Islamic Asia Leaders Equity pula bermatlamat mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur terutamanya dalam saham syarikat dengan pemodalan pasaran sebanyak AS$1 bilion dan ke atas di pasaran domestik serta serantau yang mematuhi kehendak syariah,” katanya.

Source Link

One thought on “Pelabur Raih 98 Juta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s