Perbezaan Antara Pelaburan Saham dan Unit Trust


Ramai yang takut untuk melabur di Unit Trust kerana menganggap Unit Trust sama seperti saham. Berikut saya nyatakan ciri2 kedua2 jenis pelaburan ini ya.

Saham:
1) Sesuai untuk pelabur yang sanggup mengambil risiko yang besar dan mahu untung cepat.

2) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai modal yang besar biasa lebih Rm10k. Orang yg DUIT BANYAK dan TAK TAU NAK BUAT APA boleh lah main saham ni..kalau rugi pun ada duit lagi masuk hari2.

3) Boleh untung beratus% setahun, pun boleh rugi beratus% setahun. High risk high return. Lumrah alam lah tu..

4) Apabila anda membeli satu saham sesebuah syarikat, anda telah menjadi pemilik syarikat tersebut. Anda boleh mengundi (di dalam GAMS – General Annual Meeting of Shareholders) siapa mengemudi syarikat tersebut.

5) High risk & tiada diversification of portfolio. Contohnya anda membeli saham syarikat XYZ yang terlibat dalam bidang Perindustrian. Sekiranya syarikat ini diwar2kan akan untung banyak sebab sesuatu projek, harga saham akan melonjak naik. Jika tiba2 timbul spekulasi syarikat ini makin rugi sebab projek itu gagal dilaksanakan atau consumer boikot service, harga saham akan merundum jatuh. Kalau nak diversification anda kena beli lebih dari satu saham. Maknanya kena keluar duit lagi.

6) Harga berubah setiap minit! Dalam erti kata lain, very volatile. Harga boleh berubah banyak dalam masa sehari, apa lagi sebulan. Tapi yang bagus, anda boleh beli bila harga rendah, jual harga tinggi. Boleh untung dalam masa sejam sahaja, rugi pun sama.

7) Anda boleh mengupah broker saham atau bermain sendiri. Tetapi jika bermain sendiri, anda harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, melakukan banyak kajian tentang syarikat tersebut, pasaran dan sebagainya. Ada pelbagai jenis2 saham. Yang paling penting kena ada masa untuk monitor naik dan jatuh harga saham tersebut.

8) Ada financial tools atau facilities yang percuma untuk monitor saham, tapi ada juga yang kena bayar dalam seratus lebih sebulan. Kena pandai buat technical analysis sikit.

9) Nak beli/jual lot kena ada buyer and seller. Tak boleh beli/jual sesuka hati. Cthnya jika saham anda dah untung 40% pun, jika tak ada org nak beli, anda tak boleh jual & exit.

10) Ada charges seperti broker fees, clearing fees and stamp duty.

11) Kalau pandai main saham mmg boleh jadi jutawan dalam masa singkat!

Unit Trust:
1) Sesuai untuk pelabur yang mempunyai profile moderate (sederhana) dan baru mencuba untuk melabur dalam intsrumen pelaburan selain daripada ASB, Tabung Haji and etc.

2) Sesuai untuk pelabur yang sabar dan mempunyai matlamat keuntungan jangkamasa panjang.

3) Sesuai untuk sesiapa sahaja kerana minimum pelaburan adalah RM1,000 sahaja.

4) Minimum keuntungan setahun berdasarkan prestasi dana ekuiti sekitar 8-12%. Tetapi sekiranya anda masuk pada harga rendah dan market sedang mencanak naik, keuntungan boleh BANYAK lagi. Cthnya saya pernah monitor prestasi satu dana Islamik selama 8 bulan (Nov 2008-July 2009), keuntungan dalam 30%.

5) Apabila anda membeli unit trust, anda membeli dana (fund), bukannya satu saham. Anda bukan pemilik syarikat tersebut dan tiada kuasa mengundi. Satu dana diwakili oleh minimum sekitar 30 saham eikuiti dan juga bond/money market daripada syarikat2 lain. Contohnya dengan membeli dana A, anda membeli saham Petronas (Oil & Gas), TM (telekomunikasi), TNB (electricity), IOI (plantation), Nestle (consumer products) dan sebagainya. Oleh itu risikonya adalah moderate kerana mempunyai pelbagai portfolio. Sekiranya salah satu company ini mengalami kesukaran, prestasi company2 lain boleh menampung sebarang perubahan harga. Pernah terjadi Syarikat besar XYZ rugi berbillion sebab Projek XXX mereka tergendala (alaaa…yang jadi tahun 2010 ni, sampai tukar management). Tetapi dana yang company ni terlibat langsung tak terjejas.

6) Harga berubah setiap hari, tetapi perubahan hanya berapa sen saja…selalunya 2 digit terakhir. Harga setiap hari tersebut adalah purata harga bersih berpuluh saham di dalam dana tersebut. Dalam erti kata lain, volatile (harga naik turun)…tetapi tak se-volatile saham yang berubah setiap minit. Keuntungan boleh dilihat dalam masa lebih kurang 3-6 bulan (kalau masa beli market baru tgh naik dan naik) atau 3 tahun ke atas (kalau market tgh turun naik dan anda mengaplikasikan strategy switching atau top-up/Ringgit Cost Averaging)

7) Anda mempunyai consultant yang boleh membantu anda memantau pelaburan anda dan menasihati anda bila masa yang sesuai untuk menjual kembali pelaburan.

8) Anda boleh monitor harga dan melihat past performance untuk benchmark secara percuma. Tetapi untuk software2 lain lebih canggih dan mudah, hanya consultant sahaja boleh beli dan pakai.

9) Anda boleh beli dan jual sesuka hati. Boleh beli selagi fund size belum penuh dan belum tutup (sebab pengagihan dividend) dan jual anytime kerana company akan beli dari anda. Tidak perlu buyer atau seller.

10) Ada charges seperti investment fees (ekuiti 5.5%) dan management fees (1.5%).

11) Unit trust juga menguntungkan apabila anda melabur untuk long term, 5 tahun ke atas. Semakin lama semakin kurang risiko (hingga 0% risiko kerugian) dan keuntungan bertambah. Selain capital gain, keuntungan juga boleh diperolehi melalui dividend dan pemberian unit split.

12) Unit trust juga boleh jadi jutawan, tetapi bergantung pada jumlah pelaburan anda dan selama mana anda boleh commit untuk melabur.

13) Duit anda dipegang oleh Amanah Raya, jadi duit anda sgt selamat berbanding simpan di bank.

14) Pelaburan anda diuruskan oleh pelabur professional yang mempunyai pengalaman luas biasanya lebih dr 15 tahun dalam bidang pelaburan.

Kesimpulan: Bagi saya unit trust adalah seperti kacukan main saham + ASB/Tabung Haji/Fixed Deposit. Untung, tetapi tidaklah untung banyak seperti saham, tetapi untung lebih banyak drp ASB/Tabung Haji/FD. Risiko, tetapi tidaklah berisiko seperti saham, dan pelaburan selamat bila dilabur untuk jangkamasa panjang. Kedua2nya mempunyai pelaburan Islamik atau conventional.

Tiada siapa yang merancang untuk gagal. Tetapi tanpa disedari ramai yang gagal untuk merancang. Lagi awal kita mulakan perancangan, lebih banyak masa dan flexibility yang kita ada untuk mencapai matlamat kewangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s