Petua FPAM elak kesempitan hidup di hari tua


Petua FPAM elak kesempitan hidup di hari tua

sumber: utusan Malaysia Online

PETALING JAYA 13 okt. – Persatuan perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) menasihatkan golongan pekerja swasta dinegara ini menabung sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan bulanan mereka bagi menjamin kehidupan selepas pesaraan.

Usaha untuk menabung boleh dilakukan dalam institusi perbankan atau melalui pelaburan yang mendatangkan keuntungan termasuk Unit Amanah.

Timbalan Presidennya, Tan Beng wah berkata,para pekerja swasta boleh menggunakan simpanan tersebut sebagai pencen persendirian dan tidak boleh bergantung kepada wang yang dicarum kedalam KWSP

Jelasnya, wang caruman KWSP dijangka hanya menampung sara hidup dalam tempoh dua hingga tiga tahun selepas pesaraan dan ia mengundang kesempitan hidup kepada para pesara berikutan kos sara hidup yang meningkat.Kajian yang dilakukan mendapati lebih 94 peratus daripada 5.8juta pencarum hanya merupakan jaring perlindungan pekerja.

Jumlah caruman terkumpul itu tidak mampu menampung sara hidup untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang kerana jangka hayat rakyat malaysia semakin meningkat, Katanya yang juga ketua pegawai Eksekutif Penasihat Kewangan CIMB.

Ketika ditanya peringkat umur yang sesuai untuk mula menyimpan 10 peratus daripada pendapatan bulanan,Beng Wah berkata, ia boleh dilakukan pada bulan pertama individu mendapat pekerjaan tetap.Malah umur yang paling ideal untuk melakukan simpanan secara disiplin adalah 30 tahun.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ramai komuniti malaysia menyedari kepentingan simpanan untuk pesaraan pada usia 40 tahun hingga 45 tahun.Jelasnya, pada waktu itu tempoh simpanan menjadi singkat dan ia tidak mencukupi bagi menampung kehidupan selepas pesaraan.

Ketika ditanya releven umur pesaraan yang lewat iaitu pada 60 tahun dan keatas, Boon Choy pula berkata,pesaraan pada usia lewat memberi lebih peluang untuk bebas dalam faktor kewangan. Katanya, mereka yang bersara melebihi usia 58 tahun akan menikmati tahun emas dan menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Ingat pepatah ini, ingat pepatah ini, masa yang paling baik untuk memulakan pelaburan adalah 20 tahun yang lepas. Dan masa kedua yang terbaik adalah hari ini. Keputusan kita hari ini menetukan kehidupan hari esok dan seterusnya. Tanpa memulakan pelaburan tahap kewangan anda akan ditahap yang sama untuk selama-lamanya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s