Hadith Ttg Perlunya Menabung Untuk Masa Depan


Baru2 ni saya ada bersembang dengan seseorang yang juga Unit Trust Consultant(UTC), tapi katanya dah slow sikit, dah setahun tak buat. Saya tanya kenapa, sbb dia mmg seorang yang sangat pandai bercakap dan pandai convince kan org..so saya rasa mcm rugi sgt dia stop buat kerja sbg UTC ni.

Then dia ckp ,satu sbb, kalau duk sibuk simpan harta utk hari tua..kalau tiba2 mati, tak sempat nak merasa harta yang kita cari bersusah payah tu..lagi satu skrg ni dia banyak baca buku agama especially tasawwuf, sbyk pembacaan dia, dia tak jumpa lagi hadith yang suruh kita org Islam ni simpan harta untuk masa depan. Saya pun tak pasti sgt, sbb mmg sebelum ni saya tak pernah jumpa pun apa2 hadith ttg perlunya kita simpan duit utk masa depan.

Lepas tu saya google kat internet, terjumpa lah hadith di bawah ni:

“Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti.” (Hadis Muttafaqun ‘Alaih riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).)

Huraiannya boleh baca di sini.

Saya juga pernah terbaca mafhum hadith mafhum hadis yang menyatakan, kalau kita ada harta , bagi pada anak 2, kaum kerabat yang dekat, kemudian baru orang luar . Ini juga menunjukkan yang Islam tak melarang kita mengumpul harta asalkan kita jalankan tanggungjawab bersedekah dan membayar zakat. Ini lah yang membezakan kita dgn orang barat, yg mana kita diwajibkan zakat ke atas harta kita.

Tentang takut tak sempat merasa hasil titik peluh di dunia…hmm..bukan kah Islam menyuruh kita hidup bersederhana, tak boros dan berjimat cermat? Lagi pun apa sgtlah kehidupan di dunia ni jika nak dibandingkan dgn kehidupan yg kekal abadi di akhirat sana…

Minggu lepas hasben saya menghadiri kursus tentang Pembelajaran dan Pengajaran, pada akhir slot seorang prof yang sudah berpengalaman dijemput utk memberi sepatah dua kata kepada pensyarah2 muda. Pesan beliau adalah, ” Rancang kewangan anda dari muda, nescaya anda tidak akan menyesal di hari tua”. Kata2 yang sama sekali jauh menyimpang dari tajuk seminar..Katanya, dia dah jumpa ramai orang yang menyesal kerana tak fikir tentang perancangan kewangan sejak awal lagi. Katanya lagi, ramai orang muda sekarang ni, suka enjoy dgn gaji bulanan yang mereka dapat, beli kereta mahal2 , setiap bulan duit habis bayar hutang saja, dan tak sempat fikir ttg perancangan kewangan utk masa depan.

Jadi kepada anda yang ada duit lebih dalam bank tu, yang agak2 tak pakai untuk tempoh 3-5 tahun atau lebih, fikir2lah untuk melabur ke Unit Amanah / Unit Trust. Ini kerana pulangan di bank hanya dalam 3% sahaja. Sedangkan pretasi lepas membuktikan pelaburan unit amanah yang lebih dr 3 tahun mampu memberi pulangan purata sebanyak 10-16% setahun. Pakar kewangan sedunia juga bersetuju bahawa unit amanah adalah instrumen pelaburan yang terbaik selepas saham/syer, untuk pelaburan jangka masa panjang. Semakin lama anda tunggu, anda semakin rugi kerana pelaburan unit trust sgt berkait rapat dgn masa .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s