Opportunity Cost / The cost of delay/ Kos Menunggu/Kos melepas


Opportunity Cost / The cost of delay/ Kos Menunggu/Kos melepas

Untuk membuat anda faham istilah di atas, di sini saya share artikel yang saya dapati dari majalah mingguan wanita, penulisnya adalah Sunthara Segar, salah seorang pakar kewangan di Malaysia.

Pernahkah anda terfikir apa kesannya jika segala perancangan anda untuk memulakan satu pelan pelaburan yang sistematik sengaja ditangguhkan? Adakah anda akan mengalami kerugian?

Andaikan anda ingin memulakan satu pelan pelaburan secara sistematik dengan menyimpan RM100 sebulan selama 20 tahun dalam satu akaun pelaburan yang dapat member anda pulangan 10% setahun. Selepas 20 tahun pengiraan menunjukkan yang pelaburan anda bernilai RM316,000.

Sekarang katakan anda malas untuk bermula dan menunda perancangan anda sehingga satu tahun kemudian. Jadi anda hanya ada 19 tahun sahaja untuk mencapai wawasan anda. RM100 sebulan di simpan dalam akaun pada kadar faedah tahunan 10% akan member nilai RM 258,000.

Jumlah ini kekurangan sebanyak RM58,000 dibandingkan dengan wawasan di atas (RM316,000 tolak RM258,000). Kesimpulannya, keputusan anda untuk menangguhkan pelaburan anda selama setahun menyebabkan anda kerugian RM58,000! Jadi inilah kosnya, satu jumlah yang setara dengan kereta baru, modal untuk memulakan perniagaan , modal pelaburan dan banyak lagi kemungkinan. Semuanya melepas!

Compound Interest / Faedah kompaun

Pengiraan di atas boleh merumuskan dengan satu lagi pendekatan iaitu “pengecutan portfolio” atau pengecutan akaun tanpa disedari. Menggunakan contoh di atas setiap hari anda asyik berlengah, wang akan datang (berjumlah RM316,000) akan mengecut sebanyak RM158, sehari (RM58,000/365). Dalam erti kata lain setiap hari anda berlengah maka kos anda ialah RM158 sehari untuk wang akan datang.

Bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Jawapannya terletak kepada keajaiban “compound interest” atau “faedah kompaun”. Setiap hari anda menunggu adalah mirip membakar sebahagian daripada wang akan datang anda.

Kehebatan Faedah kompaun. (Dipetik dan diedit sedikit cara penjelasannya dr JDPJ – Azizi Ali)

Faedah kompaun adalah pulangan terhadap jumlah wang modal pelaburan (jumlah asal yang dilabur) dan juga terhadap pulangan yang telah diperolehi. Dengan erti kata lain, faedah kompaun telah menjadi wang pokok pada tahun2 yang seterusnya.

Dua perkara perlu diperhatikan di sini.:

Pertama, wang tersebut tidak perlu diusahakan oleh anda. Setelah dilaburkan, ia akan mendatangkan hasil untuk anda. Dua puluh empat jam sehari dan 7 hari seminggu, ia menjadi hamba anda. Anda boleh bercuti di mana2 tetapi wang anda akan terus menghasilkan pulangan.

Kedua, kehebatannya benar2 terbukti dengan berlalunya masa. Misalnya, dengan anggapan faedah tahunan sbyk 10%, tempoh selama 15 tahun diperlukan untuk RM 10,000 menjadi RM41,770. Jika wang itu dibiarkan lagi selama 10 tahun yang seterusnya, wang itu akan “membiak” menjadi RM 108,350. Manakala 10 tahun seterusnya, jumlah ini akan melonjak menjadi RM281,000 (Selepas 35 tahun) Ini bermakna, jika anda melengahkan pelaburan selama 10 tahun, atau jika anda mengeluarkan pelaburan selepas 25 tahun (instead of 35 tahun), anda akan kehilangan RM172,650. (RM281,000-RM108,350) Ini hanya berasaskan pulangan 10 %. Jika pulangannya 15% setahun, pelaburan RM10,000 melonjak sehingga 1.33 juta selepas 35 tahun..sungguh menakjubkan!

Tetapi ingat, keindahan faedah kompaun hanya terserlah dalam masa yang panjang. Jadi simpan dan melaburlah secepat mungkin, sebaik baiknya bermula dengan gaji pertama anda dari pekerjaan pertama anda. Lagi awal lagi bagus!!

Kesimpulannya, jika anda sudah tahu tentang pelaburan yang menepati hukum syariah,jangan berlengah lagi. Melaburlah sesegera yang mungkin. Jika anda ada RM50k di dalam simpanan lain yang memberi pulangan 8% dan kurang, saya sarankan anda laburlah paling kurang RM10,000 ke unit amanah, ini kerana berdasarkan prestasi yang lalu, unit amanah mampu memberi pulangan lebih dari 10% setahun. Manalah tahu hasil pulangannya selepas 20 tahun nanti boleh membantu kehidupan hari tua anda nanti. Jika langsung tidak mempunyai cash, anda boleh melabur dengan menggunakan KWSP akaun 1 anda. Walaupun saya sendiri belum merasa keuntungan spt ini, Saya sendiri telah mendengar byk cerita orang ramai yang telah untung puluhan ribu atau ratusan ribu atau jutaan ringgit hasil melabur bertahun2 di unit amanah.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda

One thought on “Opportunity Cost / The cost of delay/ Kos Menunggu/Kos melepas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s