Risiko oh risiko..


Memahami Risiko
Risiko ialah satu penunjuk jangkaan mengenai potensi keuntungan atau kerugian yang berkaitan dengan pelaburan yang merentangi masa. Jika anda menjangka akan meraih keuntungan yang tinggi dalam tempoh yang singkat, risiko yang ditanggung adalah tinggi. Walau bagaimanapun, jika anda memilih pelaburan jangka panjang, tahap risiko yang ditanggung adalah lebih rendah. Semakin panjang tempoh masa pelaburan, variasi dan volatiliti pulangan cenderung untuk menjadi lebih rendah.
SUmber: Di sini

Ada orang takut utk melabur dalam unit trust kerana takut risiko. Ya, melabur dalam unit trust mmg ada risiko. Ada 3 jenis profil risiko dana2 unit trust/unit amanah/saham amanah:

Dana Profil Risiko Aggresive(Growth Fund yang byk melabur ke ekuiti): Risikonya tinggi, tapi pulangan nya pun tinggi, 12-16% setahun. Risikonya mmg tinggi jika anda melabur di dalam dana jenis ini dan mengharapkan pulangan yang tinggi dalam masa yg singkat.Tetapi risiko menjadi rendah jika anda melabur di dana ini untuk masa yang panjang. Jadi dana ini sgt sesuai untuk golongan muda yang ingin menyimpan dan melabur untuk hari tua kerana mereka mempunyai masa yang lama sebelum bersara.

Dana Profil Risiko moderate(Balanced Fund: Risikonya moderate, pulangan nya pun moderate, biasanya 8-11% setahun). Sesuai jika anda ingin melabur dalam jangkamasa 3-5 tahun.

Dana Profil Risiko Conservative (Bond/Money Market FUnd): Risikonya rendah , maka pulangan nya pun rendah, biasanya 3-7% setahun.

Adilkan?:)

Orang yg masih muda biasanya kurang 40, dicadangkan untuk mengambil dana aggresive, ini kerana anda mempunya masa yang sgt panjang sebelum bersara. Jika berlaku apa2 kerugian anda masih ada masa untuk membetulkan keadaan untuk memaksimumkan keuntungan anda. Jika anda terlalu takut atau risau dgn risiko, anda boleh mengamalkan dua cara utk kawal risiko iaitu melalui Ringgit Cost Averaging dan Asset Allocation. Saya akan explain kemudian ttg dua perkara ni, insyaALlah. Tak pun, pilih saja dana yang moderate. Berdasarkan prestasi lepas, telah terbukti pelaburan di dana aggresive dalam jangka masa yang panjang, cthnya spt wang RM100,000 yang dilaburkan di unit trust mampu menjadi RM300k dalam masa 10 tahun.

Orang yang berusia dalam lingkungan 45-50, biasanya disarankan untuk mengambil dana moderate. Tapi ramai juga pelabur umur 40 an yang memilih dana aggresive untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi.

Untuk umur yang lebih dr 50, biasanya disarankan utk mengambil dana terimbang atau balanced fund. Tapi ramai juga pelabur yang berusia 50 an yang sanggup mengambil risiko lebih tinggi dgn melabur di dana aggresive. Bergantung kepada matlamat pelaburan seseorang, let say seorang pakcik yg berusia 50 ingin melabur untuk pendidikan cucunya, maka dana aggresive sesuai untuk matlamat tersebut. Tetapi jika beliau ingin melabur untuk kegunaan nya sendiri dalam masa 3-5 tahun yang akan dtg, maka dana moderate atau bon sesuai untuk beliau.

Di kelas yang saya hadiri 3 hari lepas, penceramah meminta kami bgtahu apa yang kita buat dalam hidup kita yang tak ada risiko..makan ada risiko..iaitu risiko dapat penyakit..tidur ada risiko..risiko rumah dimasuk pencuri, memandu juga ada risiko..risiko kemalangan jalan raya..simpan wang di bank ..ada risiko tak? Melabur dgn syarikat insurans..adakah mereka menjamin 100% dapat memberi wang kepada kita jika berlaku musibah kepada kita? kalau tak ada risiko, kenapa ada PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) yang menjamin wang selamat di bank dan syarikat penginsurans jika kita menyertai skim insurans PIDM. PIDM, siapa pula yang akan menjamin mereka..kata penceramah tersebut, syarikat insurans juga boleh bankrup. Sejarah yang lalu telah membuktikan bank dan syarikat insurans boleh bankrup, tetapi syarikat unit amanah belum ada yang pernah bankrup. Sbb , bank bg pinjaman kepada orang ramai, insurans juga bg duit kpd orang ramai bila berlaku musibah, tetapi syarikat unit amanah hanya tolong laburkan duit orang ramai. Jika ada syarikat unit amanah bankrup sekali pun, wang kita masih selamat kerana duit kita dijaga oleh trustee (pemegang amanah), iaitu Amanah Raya, bukan bank yang simpan duit pelaburan kita tu. Kalau public bank bankrup sekali pun, duit kita selamat sbb bukan public bank yang pegang duit kita. Amanah Raya yang pegang dan jaga duit kita. Walaubagaimana pun, pelaburan diunit trust tetap ada risiko terutama jika kita melabur dalam jangka masa yang singkat kurang dari 3 tahun. Ini kerana pelaburan di unit trust bermain dgn masa dan bergantung kepada turun naik harga pasaran setiap hari. Ada hari yang harga unit turun, masa tersebut adalah masa yang sesuai utk beli atau tambah pelaburan, kerana anda akan dapat byk unit. Masa harga tinggi, itu lah masa yang sesuai untuk menjual unit2 kita tu. Tapi kebykan orang amalkan yang terbalik..sebab tu ramai yang komplen pelaburan di unit trust merugikan. Sbb tu dalam apa2 pelaburan pun anda kena faham konsep dan strateginya dahulu.

Emas, ada orang kata tak ada risiko rugi..sbb harga dijangka akan terus melonjak naik..saya pun kurang pasti, takde sape yang pasti ttg perkara ini..hanya prediction yang boleh dibuat,tapi beberapa hari yang lepas ada keluar di berita yang menyatakan bank kekurangan safe deposit box untuk menyimpan emas, sbb terlalu ramai yang beli emas sejak akhir2 ni..Bila berlaku hal mcm ni, pembeli emas yg lain kena tunggu orang lain keluarkan emas, baru boleh simpan..jadi kalau tak boleh simpan emas di bank..kena simpan di rumah..bila simpan di rumah…anda tahu2 sendirilah apa risikonya..lepas tu terpaksa bawa emas kesana ke mari..risiko besar juga tu..nak berjalan pun hati tak tenteram..lagi satu saya terfikir katakan kita dah kumpul byk sgt emas satu hari nnt, bila sampai masa nak pakai duit untuk belanja harian atau belanja pendidikan anak2 yang dijangka mencecah ratusan ribu ringgit 20 tahun lagi..sanggupkah kita menjual emas yg kita dah kumpul tu? BIasanya kita akan rasa sayang nak jual emas..Sbb tu En Azizi Ali sebut dalam buku beliau, beli emas tidak melebihi 10% dr nilai aset bersih kita..simpan emas hanya sebagai perlindungan atau insurans, atau utk diturunkan kepada waris in case apa2 berlaku pada negara kita di masa depan. Anda boleh baca lagi tentang risiko pelaburan emas di sini.

Hmmm..bukan nak halang anda dr beli emas..tidakk..saya sendiri beli emas, mmg menguntungkan..tapi nak ceritanya semua pelaburan ada risiko, bukan unit trust sahaja. semuanya ada pro and cons..cumanya untuk Unit trust, make sure untuk long term. Tapi kalau anda nak melabur untuk setahun dua tahun dan nak lihat pulangan berganda2..unit trust bukan tempatnya…swish cash mungkin kot??? huhuhu

Point nya di sini…jgn takut untuk melabur di unit trust, untuk long term, insyaAllah berbaloi-baloi untuk kita..dan pelbagaikan lah pelaburan kita…enuff said.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s