Kesan inflasi kepada wang simpanan kita


Pada tahun 1978, RM300 boleh membeli barangan runcit satu bulan untuk keluarga berempat orang.
Pada tahun 2008,RM300 boleh membeli barangan runcit satu minggu untuk keluarga berempat orang.
Pada tahun 2028, RM300 mungkin hanya boleh membeli barangan runcit dua hari untuk keluarga berempat orang.

Inilah yang dinamakan inflasi.

Tahukah anda bagaimana inflasi memberi kesan kepada wang simpanan anda?

Mengikut kajian kadar inflasi di Malaysia meningkat sebanyak 5% setiap tahun secara purata.

Jika anda menyimpan wang anda hanya di bawah bantal atau pun di dalam peti besi di rumah anda, ini bermakna setiap tahun nilai wang anda tidak bertambah kerana tidak dilaburkan. Jadi nilai wang anda berkurang kepada -5% disebabkan inflasi. (0-5%)

Jika anda menyimpan wang anda di akaun simpanan bank (fixed deposit), yang mana pulangan purata sebanyak 3% di bank , pulangan sebenar pelaburan anda adalah -2% (3-5%)

Jika anda menyimpan di tabung haji , yang mana purata pulangan sebanyak 5% di TH, keuntungan sebenar adalah 0% (5-5%)

Jika anda menyimpan di ASB , yang mana pulangannya dalam 7% (baru beberapa hari lepas tanya pada org ASB), keuntungan sebenar dari pelaburan di ASB setelah mengambil kira kadar inflasi adalah 2% (7-5%)

Sebab itu anda harus bijak memilih instrumen pelaburan yang boleh memberi pulangan yang banyak untuk masa depan anda. Ini adalah untuk mengurangkan kesan inflasi kepada wang simpanan anda.

Dengan menyimpan dan melabur di unit trust, anda mampu memperoleh pulangan purata sebanyak 8% hingga 16% setahun jika anda melabur untuk jangkamasa sederhana dan panjang.. (Lebih dari 3 tahun ya!). Keuntungan ini bergantung kepada profil risiko dana yang anda pilih. Ada 3 jenis profil risiko dana, saya akan ceritakan di lain entry, insyaAllah.

Lain2 topik dimasa akan datang:
-Apa itu “Opportunity cost”. Entri ini akan membuatkan anda faham mengapa perlu mula melabur sesegera mungkin dgn unit trust.
-Jenis2 dana unit trust & dana mana yang sesuai untuk anda
-Cara memulakan pelaburan dgn unit trust
-Apa itu Faedah Kompaun (Compound interest)
-Kelebihan dan kekurangan unit trust
-Perlukah anda pindahkan wang kwsp (account 1) ke unit trust.
-Apa itu ringgit cost averaging dan asset allocation. (2 cara yang disyorkan untuk berjaya dgn jayanya dalam pelaburan unit trust)

Dan mcm2 topik lagi…insyaAllah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s