Minta maaf pakcik..tak dapek saya nak nolong…


Assalamualaikum,

Minggu lepas saya ada buat roadshow di unimap. Ada sorang pakcik ni umur 57 dtg ke singgah ke booth..tersengih2 aje..saya pun tegur dia..lebih kurang mcm ni lah conversation kami..

Sy: ye Encik , unit trust investment..boleh saya bantu?

Pakcik: Saya nak invest apa ..duit simpanan pun habis semua dah..

Sy: Kalau Encik tak kisah, blh saya tahu sebelum ni kerja kat mana dan umur berapa?

Pakcik: Saya kerja DJ Radio XXX dulu..umur 57, tak kerja dah..

Sy: Duit KWSP mcm mana? xde langsung ke?

Pakcik: Semua habis dah, lepas bersara terus pakai duit kwsp beli rumah, buat sewa..skrg habis dah semua..skrg ni hidup pakai duit sewa rumah tu je lah..rm500 sebulan..dgn duit isteri yg kerja kat restoran..isteri saya pulak ada masalah ngan kwsp..boss dia tak carumkan duit ke kwsp…skrg ni duit simpanan dah lah tak ada..dia pulak takde kwsp…camne nak hidup hari tua nnt...bla bla bla…n dia terus cerita masalah kwsp isteri dia tu..

Sy:Mcm tu ke..encik dah report ke belum?

Pakcik: Dah report, tapi takde apa2 tindakan pun..n bla bla bla..cerita lagi pasal masalah tu dgn muka yg sgt sedih..

Sy: Sy pun tak tahu nak tlg encik mcm mana…minta lah isteri pakcik buat simpanan & pelaburan sementara ada 10 tahun lagi nak bersara ni…(tu je yg mampu saya ckp)

So cerita ni adalah sbg pengajaran buat kita semua ..semoga hari tua kita nnt, kita tak dilanda masalah yang sama dgn pakcik ni. Rancang kewangan dgn betul. Mengikut kajian, duit epf atau kwsp org Malaysia ni habis lepas 2,3 tahun sahaja..lepas tu..mana nak korek duit? kalau ada anak2 yg menjadi dan boleh bg bulan2 rm200-500 sebulan alhamdulillah..tapi kita kena ingat, anak2 pun bila dah berumahtangga ada tanggungjawab sendiri pada anak2 dan isteri dia..kalau gaji diorg sikit nnt akan membebankan anak2 sendiri pulak..inflasi makin meningkat..harga barang makin tinggi..kalau boleh kita jgn lah berniat utk menjadikan anak kita sbg aset kita..simpan duit sendiri utk hari tua nnt..utk belanja harian kita, beli ubat2 ..biasalah bila dah tua biasanya makin senang nak jatuh sakit..kalau ada lebih boleh sedeqah2 utk kehidupan lebih baik di alam lain nnt..kalau ada lebih lagi boleh buat umrah..atau pergi melancong dgn suami isteri tercinta..masa ni lah kita nak berehat2 dan bercuti puas2 dgn pasangan masing2 kan..

Kalau boleh jgnlah kita berharap pada kwsp saja..sbb sememangnya kwsp dan pencen saja tak mencukupi..yg dah ada pencen jgn lah terlalu berasa selesa..anda masih perlu merancang dan menyimpan utk hari tua, pendidikan anak2 dan mcm2 lagi..duit tak dapat memberi kebahagiaan pada kita tapi hakikatnya di zaman skrg segala2nya memerlukan duit..
ada yg fikir buat apa nak risau ttg pendidikan anak2, ptptn kan ada..apa susah..ramai antara kita dah melalui sendiri mcm mana susahnya nak bayar duit ptptn tu balik..lagi2 kalau lepas 3,4 tahun grad pun tak dapat lagi kerja..insurans pendidikan saja pun tak cukup sbb pulangan yg diberi bukan lah byk mana..ada pakar kewangan yang menegaskan supaya tidak mengambil insurans pendidikan untuk anak2, sebaliknya yang paling sesuai adalah unit amanah..(bukan sy yg ckp..saya baca buku ttg perancangan kewangan..minta maaf pada kawan2 yg ada buat insurans) jadi menyimpan dan melaburlah dgn unit trust,untuk jangka masa panjang insyaAllah ianya sgt berbaloi utk kita semua.

Tentang insurans, yg paling penting adalah insurans hayat utk penjaga atau orang yg menyara org lain..cthnya ibu bapa, kalau apa2 jadi kat kita, anak2 akan dapat duit untuk teruskan kehidupan..tapi untuk anak2..insurans hayat ni tak perlu..kalau apa2 jadi kat diorg, nnt kita akan dapat duit dr kematian mereka..buat apa..tapi untuk anak2 dan diri sendiri ..yg paling penting ialah insurans hilang upaya dan critical illness..kita ambil insurans yg perlu sahaja..iaitu yang memerlukan belanja yg sgt tinggi..mcm hospital benefit tu kurang perlu..sbb apa..let say kita didiagnosed ada penyakit apa2..kena buat operation rm40k, duduk hospital 1 mlm rm100 lah katakan…yg mana kita nak insurans tolong cover?? mestilah yg mahal tu kan…sblm anda fikir utk melabur dan menyimpan, make sure anda masuk insurans dulu ye, . Sbb kalau apa2 jadi sebelum anda sempat membuat simpnan yang byk, insurans boleh tlg cover. Tapi saya bukan agent insurans ya..:)

Saya harap info pada kali ini memberi manfaat buat semua..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s