Jutawan pada umur 55 tahun…boleh ke??


Boleh, kalau anda boleh jimat cermat diwaktu muda, dan lebihkan simpanan dan pelaburan bulanan dgn unit trust, atau main saham sendiri kalau anda ada masa dan ilmu ttg saham ni..tak boleh semberono aje..buruk padahnya..huhu

Saya baru habis baca buku Azizi Ali- Jutawan dr Planet Jupiter. Apa yg dia explain sama lah dgn apa yg saya belajar di kelas/seminar selama ni. Buku ni takde lah cerita mcm mana nak jadi jutawan segera…tapi jadi jutawan masa kita bersara nnt biasanya 55 tahun, sbb pada umur tu lah kita betul2 berehat dan menikmati kehidupan & lebih mendekatkan diri dgn Tuhan….bukannya usia yg sesuai untuk bekerja keras mencari duit lagi.

Perkara paling penting yang beliau tekan kan ialah, kalau nak jadi kaya, mmg kena berjimat cermat masa diusia muda. Sama juga dgn seminar yg saya hadiri kelmarin, faci tu chinese..beliau juga tekankan ttg kita perlu berjimat cermat utk senang di kemudian hari , dan gunakan duit yg lebih utk simpanan dan pelaburan. Kata orang bersusah2 dulu, bersenang2 kemudian. Kalau anda mendapat gaji rm20k sekalipun, tapi setiap bulan duit habis, tak ada maknanya juga.

Perancangan kewangan ni adalah sesuatu yang kita perlu faham dan amalkan sejak muda lagi, kalau dah tua2 baru nak sedar ttg perkara ni, mmg dah terlambat..perancangan kewangan ni bukan satu pilihan , tapi kewajipan utk setiap org, kalau nak hidup senang dikemudian hari dan tidak menyusahkan orang lain spt saudara-mara, kawan2 dan anak2.

Ada org fikir anak2 adalah aset utk menjadi senang di hari tua..boleh kah berfikiran begitu sebenarnya? A.A ada ulas ttg perkara ni..so anda boleh dapatkan buku tu , kalau saya cerita semua nnt saya kena saman pula..

Menurut beliau (A.A.), yang sudah membaca lebih 200 buah buku ttg perancangan kewangan sebelum menulis buku tersebut, saham adalah instrumen yg terbaik kalau anda mahukan kebebasan kewangan di hari yang mendatang, tapi biasanya org kebanyakan spt kita yang bekerja 9-5, ilmu ttg saham pun tak byk, beliau menyatakan bahawa Unit Trust adalah alternative yang terbaik. Sbb dgn melabur di unit trust, ada pengurus dana yang professional yang tolong laburkan duit kita . Mereka ni mempunyai pengalaman lebih dr 15 tahun dalam pelaburan dan mereka bekerja 100% hanya untuk kayakan orang lain! So kita pelabur tak perlu bersusah payah cari kaunter mana yg bagus dan buat penyelidikan setiap hari.

Berdasarkan penulisan beliau yg sgt tele dgn apa yg saya belajar, dengan melabur di Unit trust bermula dr usia 20 tahun, dgn angapan pulangan tahunan 10%, anda hanya perlu simpan dan melabur secara konsisten sbyk rm 340 sebulan untuk memperoleh rm 1 juta pada usia 55 tahun. Tapi kalau anda mula pada umur 30 tahun, anda perlu labur lebih kurang rm 900 sebulan untuk memperoleh rm1 juta pada usia 55 tahun.

Sebenarnya nilai sejuta pada masa kita umur 55 tahun tu bukan lah byk mana pun, sbb nya setiap tahun negara kita mengalami inflasi. Inflasi boleh dikatakan meningkat sbyk 4% setiap tahun..sbb tu kita kena melabur ditempat yang boleh bg pulangan lebih byk dr itu, spy pulangan pelaburan kita boleh lawan inflasi tu.

Tapi kalau tak mampu nak simpan sbyk tu mcm mana? Dah terlambat ke? Tidak..simpan lah setakat yg termampu secepat mungkin, jgn berlengah lagi. Kata orang, better late than never.Mcm saya sendiri, baru sedar ttg perkara ni pada usia 30 tahun, saya juga tak mampu nak invest rm900 sebulan,so saya simpan setakat yg saya mampu. Bila ada duit lebih nnt, boleh tambah sikit2..Penerangan di atas bukanlah bertujuan untuk suruh anda ada 1 juta juga pada usia 55 tahun. Tapi nak bagi tahu bahawa, lagi lambat kita mula melabur, lagi rugi ..

Menurut beliau lagi unit trust adalah tempat pelaburan yg terbaik untuk tujuan persaraan dan pendidikan anak2. Sbb unit trust mampu memberi pulangan 8-12 %setahun, jauh lebih byk dr tempat pelaburan yang lain. Even ada dana yang boleh bagi lebih 20% dalam satu tahun.

Kalau nak simpan sekejap, spt untuk dana kecemasan, utk ubahsuai rumah, etc, fixed deposit, tabung haji atau ASB adalah pilihan yg terbaik. Untuk Financial management yg baik kita perlu bahagi simpanan kita kepada dua iaitu simpanan jangka pendek (dana rizab/kecemasan) dan simpanan jangka masa panjang (persaraan, pendidikan anak, percutian, ibadat umrah/haji). – Walau bagaimanapun ibadat haji ni sepatutnya kita target di masa muda, tapi dah jadi trend orang skrg target nak pegi masa tua2 nnt..kalau boleh target masa muda lah kan, insyaALlah:)

Saya minta maaf sbb asyik bercakap ttg duit saja..duit mmg bukan segalanya..tapi segala2 memerlukan duit..saya dulu pernah fikir tak nak ada duit byk sbb takut jadi lupa diri, tapi saya sedar sebenarnya semua atas pilihan kita. Kalau kita guna duit tu secara negatif mmg ia tak akan dtgkan faedah untuk kita. Tapi kalau kita gunakan secara positif, kita akan bahagia insyaAllah..org kata duit tak boleh dibawa ke kubur..tapi dgn duit kalau kita salurkan ditempat yg betul, boleh membantu kita di kubur dan di akhirat kelak..betul tak?

Salam ceria dari saya:)

 

Haslia

014-5281089

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s