Jenis2 Pelaburan di Msia


Ada beberapa jenis pelaburan kat Msia ni..saya taknak cakap banyak, anda boleh rujuk kat sini tentang topic ni..senang nak faham.

Tapi saya cuma nak tambah 2 lagi jenis pelaburan, iaitu:

7- Hartanah – Hartanah ni pelaburan yang sangat bagus, dgn syarat anda ada banyak duit untuk beli rumah, dan anda tahu kawasan mana yang berbaloi untuk pelaburan anda. Dalam jangka masa panjang ia memberi pulangan yg sangat besar tapi risiko nya juga besar lah. Katalah anda beli rumah yg baru nak dibina, bila dah siap tiba2 ada masalah lain, tak dapat CF, pembinaan tergendala dan sbgnya..anda boleh rugi besar. Pelaburan hartanah jugak sukar dicairkan, maknanya satu hari kalau tiba2 anda perlukan duit segera, bukan senang anda nak dapat balik duit dr pelaburan hartanah ni. Nak jual ambil masa, ditambah pulak dgn mcm2 prosedur kena buat lagi.

8- Emas – Pasal emas ni mmg sedang hangat dibincangkan sekarang. Siap ada tuan blog yg bergaduh sesama sendiri lagi..aiseh. Tak perlu gaduh2, dan dengki mendengki. Beli emas tak dinafikan mmg bagus kalau anda ada simpanan yg byk, memandangkan harga emas pun dah semakin mahal skrg. Tak pun kalau anda boleh peruntukan dalam 700-800 sebulan, anda boleh lah beli 1 dinar setiap bulan. Mmg bagus. Saya ada kawan baik yg jual emas ni, kalau berminat saya boleh kenalkan. Harga emas skrg makin naik, tapi dalam sejarah ada juga berlaku penurunan harga emas. Tapi since nabi pun galakkan kita simpan emas, maka simpan lah emas..emas ada risiko kalau anda simpan sendiri kat rumah. So better simpan di tempat macam ArRahnu atau Maybank Gold Saving. Dah tentu ada service charge yang anda kena bayar lah. Bila perlukan duit anda boleh pajak je emas tu, tak perlu pinjam kat bank, nnt nak kena bayar interest lagi kan. Tapi bila habis tempoh pajakan tu, make sure anda ada duit utk tebus emas tu yek.

Apa2 pun, nasihat orang yg dah berpengalaman dalam bidang pelaburan ni:

1. Diversify, iaitu pelbagaikan..jangan invest dalam satu instrumen pelaburan sahaja. Not all investment in gold. Not all investment in real estate. Not all in Unit Trust too.

2. Emas spt pelaburan lain, tidak sesuai untuk short-term speculative strategy.

3. Mula sikit2, tambah emas di samping tambah ilmu dan keyakinan dalam apa2 pelaburan yg kita ceburi.

4. Berhati2, sbb skrg ni terlalu byk illegal gold schemes, especially yg online.. Make sure anda tahu anda berurusan dgn syarikat apa, dan make sure juga syarikat tu ada license dr bank negara. Jadi , bila bank negara buat operasi dan mendapati syarikat2 tu takde lesen, mereka akan bekukan duit yang telah anda laburkan. Ia ambil masa yg lama utk menyahbekukan balik duit2. Bila berlaku benda mcm ni, yang terima padah adalah pelabur2 sendiri.

5. Kalau anda beli emas bentuk fizikal, pastikan anda check dgn tukang emas yg anda dapat emas tulen. Takut dapat emas yang disalut je..huhu..

Jadi dalam apa2 pelaburan yang kita sertai, berhati2 lah . And make sure anda ada ilmu dalam apa2 pelaburan yang anda sertai. Unit trust pun sama..at least anda kena faham konsep dia. Kelebihannya, kalau melabur dalam unit trust ni anda ada perunding yang boleh tlg nasihat dan pantau pelaburan anda. Make sure anda berurusan dengan perunding yang anda boleh percaya. Saya akui saya masih baru, tapi sedang belajar dan ada keinginan untuk belajar lagi. Dan kalau ada masalah atau kekeliruan , saya sentiasa ada sifu dan otai2 yang dah lama berkecimpung dalam bidang ini untuk bagi nasihat pada saya.

Hakikatnya, takde pelabur yang sentiasa untung je dalam pelaburan dia. Mesti ada rugi sikit. Sebab itu the pelabur yang bijak, mereka akan pelbagaikan pelaburan mereka. – allocate duit di dalam pelbagai instrumen pelaburan – saham dan bon, unit trust, commodity terpilih (gold, silver), hartanah (real estate, tanah, rumah) dan sebagainya. Dan perlu kita faham juga, tidak ada pelabur yang hebat tahap gaban sangat sampai boleh dapat 100% pulangan atau maximum profit dlm semua pelaburan mereka.. Sangat mustahil lah.. Kadang2 kena terima sedikit kerugian, selagi keuntungan dr semua pelaburan lebih dr kerugian, insyaAllah kita dalam track yang betul.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s