Unit Trust/Unit Amanah tu apekebende ek…


Ok..mungkin ada yg tertanya2 apabenda lah unit trust ni..unit trust tu sejenis pelaburan, macam saham jugak, cuma bezanya , kalau saham kita kena pandai2 uruskan sendiri pelaburan kita tu..kena ada ilmu cukup, kena modal byk..

Kalau unit trust ni..kita serahkan duit pada syarikat unit trust, ..then diorg hire pengurus professional utk laburkan duit kita tu..bak kata sifu saya, mcm kita naik kapal terbang nak pegi ke satu destinasi, kalau saham kena pandu sendiri kapal terbang tu..kalau unit trust ni ada pilot yg pandu kan utk smpi ke destinasi..Modal tak perlu byk, rm1000 dah boleh start labur..so org golongan yg sederhana dan tak mampu main saham pun ada peluang melabur lah..even ada student dan pekerja kilang pun melabur dalam unit trust ni..Student yg bijak dan dah start fikir tentang masa depan, akan melabur dr awal lagi, lagi2 yg dapat pinjaman tu..kalau sebahagian dr duit tu disimpan dan dilabur, one day pulangan pelaburan tu akan bantu dia utk cover balik pinjaman dia tanpa guna byk sgt gaji dia nnt. Yang dapat skolar pun, kalau boleh simpan dan labur untuk jangka masa panjang, mana tahu lepas grad nnt boleh guna untuk kahwin kan?;)

So , generally, unit trust adalah:

1- Skim pelaburan kolektif yg diurus secara profesional dgn mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain.

2- Pengurus pelaburan yang pakar akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut.

3- Perunding unit amanah (UTC) membantu pelabur merancang simpanan dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun)

4- Pelan perancangan simpanan mesti bersesuaian dengan individu tersebut

5- Pelaburan dalam unit amanah ada turun naik harga mengikut harga pasaran, tetapi risikonya rendah dan boleh dikendalikan risikonya dengan baik.

6- UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Yang pentingnya, banyak dana berbentuk syariah yg ditawarkan kepada orang Islam (non muslim pun boleh) dan saya hanya menawarkan dana Islamik sahaja kepada klien2 saya.

Ramai orang kaya yang invest dalam unit trust, utk menggandakan lagi duit diorg, jadi kalau org kaya pun invest, orang yg sederhana pun sepatutnya fikir utk invest juga lah..

Kadang2 kita terlalu sibuk bekerja untuk cari duit..tapi sebenarnya duit pun boleh bekerja untuk kita..iaitu dengan pelaburan..spt kata “Warren Buffett”, Pelabur terkemuka dunia. “Pelaburan adalah sesuatu yg boleh mendatangkan kekayaan pada kita tanpa kita sedari dgn syarat kita tak tergesa2”.

Lepas ni saya nak bincang tentang jenis2 peluang pelaburan yang ada kat Msia ni, Macam mana nak melabur dalam Unit trust dll..

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s