Wahai Suami, Berlembutlah Dgn Isteri…


Aisyah RA Meriwayatkan bhw, Rasulullah SAW telah bersabda: ” Sebaik2 kalian adalah org yg paling baik bagi keluarganya, dan aku org yg paling baik dgn keluargaku” Riwayat Tarmizi.

Hadith ini menyarankan agar manusia sentiasa bersikap jujur dan mulia, khususnya para suami yg terkenal dgn sikapnya sbg pemimpin dan bertanggungjawab ke atas keluarga.

Isteri perlu dikasihi bukan disakiti. Allah menciptakan wanita sbg makhluk yg lemah, Di sisi lain, seorang lelaki ditakdirkan utk memimpin wanita itu dgn kelebihan yg dikurniakan Allah bgnya. Sifatnya yg domain ,pengatur, berkuasa, berwibawa, dan mudah berinteraksi dgn ahli keluarga khususnya isteri. Serta mampu menangani sikap isteri yang terlalu emosi dan keanak2an terutama bg mereka yg baru melayari bahtera perkahwinan.

Walaubagaimanapun, lelaki yg buruk perangainya, akan lebih terdorong utk menganiaya isteri. Kekerasan yg timbu akibat sikap suami yg tidak sabar, ego, dan lemah akan merosakkan keutuhan rumahtangga. Berlainan dgn lelaki yg keyakinan & peribadinya kuat, hatinya yg keras tidak akan menganiaya isterinya. Barangsiapa yg mampu menguasai dirinya disaat berhadapan dgn mereka iaitu wanita, sesungguhnya nya kebaikan telah lahir dalam dirinya.

Seorang ulama besar, Al Imam Al Syaukani menjelaskan, : ” Dalam hadith ini tersimpan catatan yg penting, bahawa org yg paling tinggi darjatnya dalam kebaikan dan paling berhak meraih sifat tersebut, ialah org yg paling baik perilaku dgn keluarganya. Sebab keluarga mereka itu merupakan org yg paling berhak dengan wajah manis dan cara bergaul yg baik, curahan kebaikan, diusahakan mendapat manfaat, serta dilindungi dari bahaya. Jika ada lelaki yg demikian, nescaya dialah manusia terbaik.

“Namun sekiranya dia bersikap sebaliknya, maka dia berada dalam keburukan. Ramai yg sudah terjerumus dalam keterlanjuran ini. Anda boleh mengenalinya disaat dia bersama ahli keluarganya. Kebiasaanya dia akan bersikap kasar, akhlaknya buruk, dan jarang sekali berbuat baik dgn mereka, namun sebaliknya pula bersama dgn org lain. Dia dihormati, ringan tangan, akhlak baik, jiwanya dermawan dan mulutnya manis. Tidak diragukan, lelaki seumpama ini adalah manusia yg terhalang dr taufiq Allah, serta menyimpang dr jalan yg lurus. Smg Allah memberi keselamatan kpd kita semua.”

Penjelasan lengkap ulama ini memberikan maksud yg mendlam kpd setiap lelaki yang bernama suami. Semoga nasihat berharga ini dapat membantu para suami dan ayah agar tidak terus lalai dan leka.

Lihatlah sekeliling anda, bukti ada di mana2. Segelintir lelaki lebih lemah lembut dan akrab dgn rakan sejawatnya berbanding isterinya di rumah. Padahal, individu yg berhak menerima layanan sebaik itu adalah keluarganya sendiri.

Kenali diri anda wahai suami,
1-Bagaimanakah kesabaran anda saat berhadapan dgn anak2?
2-Bagaimana sikap anda menghadapi kelemahan isteri?
3-Bagaimana keupayaan anda memikul tangungjawab keluarga?
Ingatlah, org yg tidak mampu dan cekap memimpin rumahtangga, nescaya tidak mampu utk mengarah dan memimpin umat manusia. Inilah rahsia dari sabda Nabi SAW pada permulaan hadith di atas

_________________________________________________

Artikel dipetik dr majalah I karangkraf keluaran Mei 2011.
Saya sgt suka artikel ni, walaubagaimana pun berdasarkan rancangan Tanyalah Ustaz yg bertajuk “Nusyuz ” tempoh hari, ustaz tu ckp lelaki/suami tak boleh bersikap dayus atau hanya berdiam diri apabila si isteri melakukan perkara nusyuz. (keluar rumah tanpa izin, meninggi suara dll). Suami yg bertanggung jawab akan menegur isteri tersebut dgn baik, jika tak berkesan pisahkan tempat tidur, jika tak berkesan juga barulah dibolehkan memukul isteri (bukan di muka) dgn tidak mencederakan. Wallahua*lam.

Selamat Pengantin Baru Buat Adik Laki Yang Dah Nikah bulan 2 hari tu tapi baru buat majlis sambut menantu 4 Jun yg lalu..Smg diberkati..bahagia ke akhir hayat & dikurniakan zuriat soleh & solehah..amin

Selamat Pengantin Baru

Dan…saya sangat windu pd hasben saya..;( +🙂

...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s