Kiddos @ Mito / Solat Jumaat


Salam Jumaat pada semua..

Saya mulakan dgn hadith ttg solat Jumaat ye =)

“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

(Hadis riwayat Muslim)

“Apabila datang hari Jum‘at, maka setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengarkan zikir (khutbah). Perumpamaan orang yang hadir ke masjid lebih awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian seperti menyembelih seekor sapi, kemudian seperti menyembelih seekor kambing, kemudian seperti menyembelih seekor ayam, hinggalah seterusnya siapa yang lewat lagi, maka pahalanya sedikit seperti sebiji telur. Selepas itu mulalah malaikat menggulung buku catitannya, iaitu waktu khatib naik ke atas mimbar”.

(Hadis riwayat Muslim)

*************************************

Ntah ke brp kalinya pegi mito utk renew visa baru2 ni, sementara menunggu turn sy shoot gmbr budak ni kat tepi jalan tu..patutnya pokok sakura disepanjang jalan tu tapi awal sgt pulak pegi…zannen..

Rambut Falah dah panjang balik..nak potong ke tanak..sayang pun ada..nak tunggu pjg balik bukan main lama..kalau potong kena masa dia tdo, kalau tak habis lah copet sana copet sini, akhirnya kena cukur botak mcm hari tu ..walid ckp mcm rambut The Beetles dah jadinya..sbb tutup telinga cam tu hehe


BAru2 ni kelopak mata Umar luka sbb kena tolak ngan Falah..kelopak mata terkena bucu kerusi..alhamdulillah tak kena mata betul2..huhu


Umar ok dah skrg..cuma ada parut sket..

Adik kecik lagi tak reti lagi cara betul nak main..maafkan lah adik ye..Walaupun Adik salu buli Umar, Umar tetap sayang adik kan kan hehe=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s