Sedangkan lidah lagi tergigit….


Last week ada satu hari tu takde letrik kat rumah, so saya ajak Mba Eva kuar gi jalan2 kat tasik area tsukuba center tu..sambil2 amik gmbr anak2..ni lah hasilnya😀

Pastu gi makan takoyaki kat jusco lak..thanks Mba Eva for your time!

==================================================================
My rumblings…..

Bila saya chat saya suke guna icon “:D” atau “:)” atau “;)” spy nampak mesra ngan kawan2..seolah2 setiap hari tu happy je kan padahal salu je ada masalah..kadang2 tgh bad mood sbb salah faham ngan hasben pun saya salu je guna icon2 tu atau taip “hehehe hahaha”.. tapi jgn ingat kami ni bahagia & senang sentiasa takde masalah langsung..mana ada family & suami isteri yg tak pernah ada masalah/salah faham..sedangkan lidah lagi tergigit..ini kan pulak suami isteri…

Saya nak share satu link ni mungkin bermanfaat buat kawan2 yg bakal berkahwin atau sudah berkahwin:

Wahai Suamiku Jua Isteriku…

Agak panjang, kalau malas baca, ni antara petikan yg menyentuh hati saya:

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup
menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari
bahtera mereka hingga ke akhir hayat…
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas…
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka…

“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman
kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan
persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api
cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu…”

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya…
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan
isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya…

Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.
Isteri WAJIB beri peringatan…
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka…

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali
gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami…
Biar dia marah kita, katakan, `Allah lebih marah perbuatanmu…’
Dan, katakan `kita hanya takut kepada kemurkaan Allah…’
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan
ber’terima kasih’ kerana menyedarkanya dari kelalaian itu…
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan…Biarkan dia berbantah…
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan…

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu
dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu?”

“Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum
berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak
merehatkan rohani dan jasmani?dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan
Allah…pasangan anda meninggal dalam tidur”

Paragraph terakhir tu yg paling saya takut…….tapi saya ni seorang isteri yg jauh tak tertanding dgn isteri2 Nabi SAW, yg sentiasa membuat kesilapan…..:(
Andaikata saya meninggal dunia dalam tidur dalam keadaan tidak berpuas hati dgn suami saya, insyaAllah saya akan sentiasa memaafkan dia..dan saya harap dia berniat begitu juga, sesungguhnya hanya dia suami yg saya cintai dunia & akhirat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s