Hanami =)


Sebelum share gambar kali ni saya ingat nk kongsi sikit satu cerita ni..Kawan2 mesti pernah baca kisah dua org adik beradik yg mana sorang tu alim, dan sorang lagi jahat, yg mana pada akhirnya yg alim tu mati dalam keadaan maksiat dan yg jahat tu mati dalam keadaan iman..Masa mula2 baca kisah ni pengajaran yang boleh kita ambil ialah, hidayah tu Allah yg tentukan, orang yg alim pada mulanya tak semestinya meninggal dalam keadaan iman (husnul khotimah), dan org yg jahat pulak tak semestinya akan meninggal dalam keadaan yg tak baik (su’ul khotimah). Tapi baru2 ni saya terbaca lagi kisah ni secara detail dalam buku “Dahsyatnya Doa Ibu” (lupa nama penulis, buku dalam keter skrg) yg dihadiahkan oleh Kak Ann, kenalan saya di Tsukuba yg dah balik tahun lepas. Sebenarnya mak diorang ni selalu risau dgn anak dia yg jahat tu, nak kata jahatnya budak tu sehinggakan mak sendiri di tolak masa dia nak mintak duit utk dijadikan modal utk mula bisnes pusat maksiat. So disebabkan risaunya mak dia ni pada anak dia yg jahat tersebut, maka si ibu pun selalu berdoa supaya Allah tunjukkan hidayah pada anak dia yg jahat, dan terlupa utk doa utk anak dia yg mmg dah soleh tu. Ntah macam mana pada suatu hari dgn kuasa Allah terlintas di hati si anak yg jahat utk bertaubat dan pada masa yg sama anak yg soleh tu terlintas utk berbuat maksiat dan dia fikir dia boleh bertaubat semula lepas buat maksiat tu. Masa dalam keadaan si anak yg jahat sedang solat dan berzikir di masjid , dan anak yg soleh ni sedang “enjoy” dgn perempuan di kelab malam adiknya sendiri, tiba2 berlaku gemba bumi yg dahsyat, kedua2 adik2 beradik meninggal dalam keadaan diorg tu lah…yg jahat tu mati dalam masjid, yg baik tu mati dalam kelab maksiat..Tak disangka anak yg jahat yg setiap saat bergelumang dgn dosa tu boleh mati dalam keadaan iman, disebabkan dahsyatnya doa ibu tu.

So kesimpulan kat sini ialah selain dr yang kita dah biasa dgr tu, doalah yg terbaik utk semua anak2 kita yg baik ke yg kurang baik ke, paling bagus kalau kita doa sekali supaya Allah bagi hidayah dan petunjuk kepada kita, anak2 dan zuriat keturunan kita yg akan datang juga, Amin.

Saya tak pasti sumber asal kisah ni dari mana, ada tulis dalam buku tu kot, tapi ada dalam keter lah pulak, insyaAllah akan diinform kat sini kemudian. Semoga bermanfaat utk semua. Terima kasih Kak N sudi hadiahkan buku tu semoga Kak N juga dapat ganjaran dari kisah yg disampaikan ni=)

Ok ini gambar hanami (xtvt tgk2 bunga sakura sambil piknik) baru2 ni, bersama junior2 yg baru datang, akhir2 ni ramai junior perempuan kat sini=) Kalau tak sebelum ni ada sorang dua je pempuan..huhu..semoga makin meriah komuniti kita kat sini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s