Yuki @ Gifu & WG 2009


Ok smbg, ni gambar main snow dekat Shirakawa Go, Gifu & gambar meredah snow masa on the way balik ke Tsukuba. 11 jam travel dr Gifu baru sampai Tsukuba. Masa tgh redah yuki tu Walid drive dgn penuh hati2, 20-30 km/j je sbb jalan licin penuh ngan snow. Kesian Walid, sampai sakit2 kepala & belakang, balik rumah pekena “massage” ngan Ummi, sib baik Ummi terer urut eh hehe;)

Umar suke sgt main yuki, tahun lepas dia tak suke, asik duk dlm hall je, pastu abis kulit jadi teruk, alhamdulillah kali ni ok je..tgk la gambar dia tu betapa sonoknya dia & Falah main ngan snow.

Terima kasih pada Kak Su yg tlg drive sekejap masa Walid rasa ngantuk, and tlg jaga and marah si Umar ni time dia nakal..kesian tgk Kak Su mcm stress je ngan kenakalan Umar ..sama2 lah kite bersabor heheh..

Alhamdulillah program Winter Gathering ni berjalan lancar, tempat program sgt menarik, pemandangan cantik tak terkata..subhanallah..cuma nak boleh ke sampai tempat tu kena lalu jalan mcm ular kena palu..sampai termuntah2 Falah ..

Pengisian kali ni mendalami surah Al Fatihah, dan bagaiman utk menggunakan surah Al Fatihah utk berjaya dalam hidup melalui formula CASIC. Kalau nak tahu lebih lanjut blh tgk sini. Sebenarnya saya tak dapat nak join sepenuhnya program tu, faham2 je lah dgn dua budak kecik ni..bawak masuk dewan diorg buat bising, Falah siap ajuk penceramah cakap lagi..kuat plak tu..sabo jelah..Harap2 adik2 IPIJ ni upload video program cepat2, boleh saya tgk semula..apa2 pun saya bersyukur dapat join program WG kali ni, at least dapat bersua muka dgn adik2 ni and kenal junior2 baru kat sini. Harap2 auntie2 IPIJ tak rasa jemu layan karenah Umar n Falah ye!

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menggerak-gerakkan awan, kemudian dikumpulkan-Nya (Allah) antara (bahagian-bahagian)nya, kemudian Dia (Allah) menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar daripada celah-celahnya. Dan Dia (Allah) menurunkan dari langit, daripada gunung, yang di dalamnya (terdapat) salji (ais), maka ditimpakan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan dipalingkan-Nya (Allah) daripada siapa yang dikehendaki-Nya (Allah). Hampir-hampir pancarannya yang berkilauan menghilangkan penglihatan. ~ An-Nur: 43

2 thoughts on “Yuki @ Gifu & WG 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s