Hujan itu rahmat


Rupanya ada lagi gambar di Msia yg belum saya tempek kat sini..

Gambar2 ni diambil di kampung kat Terengganu, masa tu tgh hujan renyai2. Saya dgn husband sgt2 suka dgn hujan..bunyinya,.baunya..wah..rindunya hujan kat Msia..kat Jepun ni kadang2 hujan juga tapi tak samalah dgn Msia.

Ayah saya yg cadangkan bawak Falah & Umar main hujan.. Umar awal2 lagi dah cabut lari..so Falah yg kena..kesian..hehe..Ada org kata tak elok bg kepala budak kena hujan, nnt demam. Tapi ayah saya cakap, sapa kata main hujan boleh demam, kan hujan tu rahmat. Masa kecik2 dulu saya adik beradik pun selalu je main tgh hujan, tapi seingat saya alhamdulillah tak pernah pulak demam lepas main hujan tu.

“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).” (Al-A’raf : 57)”
(al-Qamar : 11)

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Kadang2 kita mengeluh bila hujan turun. Tak boleh kuar gi shopping lah, tak boleh gi taman lah, tak boleh amik gambar lah, (hhehe..saye lah tu kot;P), tak boleh jemur bajulah..tapi sebenarnya tak elok mengeluh mcm tu bila hujan turun. Tahukah anda waktu hujan adalah antara waktu yg paling mustajab utk berdoa? Jadi daripada mengeluh, ada baiknya kita berdoa:)

“Allahumma syaiyiban nafi’a”
(“Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami”).

Sekadar ingatan utk diri sendiri terutamanya;)

2 thoughts on “Hujan itu rahmat

  1. Salam Liya,
    Thanks for commenting my photos in photomama forum. lama i tunggu org komen tapi tak de sampai sudah. (macam nak merajuk pun ada… hehehe – buruk btol). between, budak tak de gigi tu is actually my nephew. anak i yang mandi tu…

    nice pictures u have here…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s