Innalillah..


Innalillahi wainna ilaihi roojiu’un.

Hari ni saya dapat berita ttg pemergian puteri sulung seorang Ustaz yg pernah dijemput sebagai penceramah program agama kat Jepun ni, iaitu Ust Ramadhan. Anak beliau baru berusia 3 bulan, puncanya ialah ada gegaran dalam otak, tapi tak dapat dipastikan gegaran berpunca dari apa. Boleh baca details di sini. Saya kagum dgn Ustaz Ramadhan dan isteri yg tidak menyalahkan sesiapa termasuk pihak nurseri yg mengasuh anak mereka. Kata mereka, segala2 telah ditakdirkan Allah, setiap yg terjadi pasti ada sebab musababnya yg telah ditetapkan Allah. Begitu tabah mereka ni, namun, betapa berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul. Kalau saya di tempat mereka, saya tak pasti saya boleh hadapi dugaan yg maha berat mcm ni. Yg pastinya, puteri mereka yg bernama Nur Fatimah itu sedang menunggu mereka di pintu syurga, insyaAllah.

Berita2 mcm ni menyebabkan saya menyesal menyakiti anak2 saya time mereka nakal sgt, sbb saya ni mmg seorang yg kurang penyabar. Lemah sekali bab 2 sabar ni. Apa2 pun, mcm mana nakal sekali pun mereka saya tetap sayang anak2 saya..semoga anak2 kita dikurniakan kesihatan selalu dan semoga kita semua dijauhi dugaan yg tak mampu kita lalui..amin.

Gambar2 ni diambil kira2 sebulan yg lepas, di taman yg berdekatan dgn rumah. Suka tgk moments dalam gambar2 ni, membuatkan saya tersenyum je bila tgk balik.

Sepetang di taman

Sepetang di taman


We dont remember days, we rember moments..

We dont remember days, we remember moments..


Sepetang di taman

Sepetang di taman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s