Pengalaman Roadshow saya
Bulan Januari tahun ni saya agak aktif dengan roadshow di sekitar Kedah. Walaupun sambutan tak brp menggalakkan tapi alhamdulillah ada juga lah yg invest on the spot dan ada juga yg berminat dan mahu dihubungi di masa lain.
Setakat ni pengalaman saya menjalankan roadshow, setiap kali roadshow mesti ada prospek yg dtg ke booth kami yang mmg mahu melabur segera. Ini kerana mereka telah lama dengar & tahu tentang kebaikan pelaburan Unit Trust, sudah lama mahu invest tapi tak ada masa atau tak jumpa agent. Ini bermakna produk unit trust sedikit demi sedikit semakin dicari2 oleh orang ramai. Di Kuala Lumpur mungkin lebih mudah untuk cari client yang terus nak invest tapi di area utara ni makan masa lah sikit dan perlu explain dengan detail sbb ramai yg tak pernah dengar atau tak tahu langsung tentang pelaburan unit trust ni. Saya ni walaupun lepas explain pada orang ramai dan diorang tak jadi nak invest pun saya happy sbb saya rasa saya dah jalankan tanggungjawab saya untuk share ilmu tentang perancangan kewangan ni dengan orang ramai.
Kata pakar kewangan , walau banyak mana pun gaji kita, kita mesti asingkan paling kurang dalam 10% dari gaji kita untuk hari tua kita. Semasa roadshow yang lepas saya berjumpa dengan seorang prospek yg gajinya hanya RM1600 sebulan tapi sangat semangat nak simpan duit melalui unit trust sbb risau tentang masa depan, dan beliau sedar hanya dengan KWSP saja tidak cukup untuk menjamin masa depan beliau dan keluarga beliau.
Jadi kepada anda yang tak tahu langsung dan ingin mengambil tahu tentang pelaburan unit trust, boleh hubungi saya untuk keterengan lanjut. Pelaburan Unit Trust adalah sangat sesuai utk simpanan jangka masa panjang terutama untuk pendidikan anak dan simpanan untuk persaraan kerana Unit Trust mampu memberi purata pulangan 10-15% setahun. Lebih awal mula melabur lagi baik utk masa depan anda. Jangan menyesal di kemudian hari kerana tidak mengambil peluang untuk melabur di waktu muda kerana saya pernah jumpa dengan orang yg menyesal sebab tak mulakan pelaburan sejak muda lagi:)
Kepada yang berminat untuk menjadi Unit Trust Consultant secara part time atau full time, anda juga boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Haslia
hasliahassan@gmail.com
0145281089
- Posted in: info Unit Trust






Recent Comments