Mengapa Perlu Memulakan Skim Pelaburan KWSP ke Unit Amanah?

Ada di antara kita sedar tentang kepentingan menabung tapi ada juga antara prospek bila ditanya ada buat tabungan atau tak untuk hari tua dan anak2..jawapnya tiada..hanya berharap pada kwsp saja..Mujur ada kwsp..kalau tak ada?? Hmm..

Di bawah adalah fakta tentang tabiat penabungan di negara kita:

-Hanya 39% rakyat Malaysia menabung.
-28% sahaja merangka bajet bulanan dan
mematuhinya.
-21% membayangkan tabungan mereka hanya mampu
bertahan untuk empat minggu saja.
-37% bimbang mengenai kedudukan kewangan mereka.

Pengurusan kewangan yang baik tidaklah bermaksud mengumpul harta kekayaan, tetapi kehidupan yang lebih selesa dengan jaminan kewangan, kualiti hidup yg lebih baik, rasa optimis terhadap masa depan serta bersedia untuk menghadapi cabaran hidup.

Bagaimana dengan anda? Adakah susah sebenarnya untuk membuat tabungan? Sebenarnya.. tak susah untuk kita membuat tabungan setiap bulan.
Tak kisah berapa gaji yang kita terima, setiap awal bulan buat satu paksaan, seolah-olah itu
adalah hutang yang perlu kita bayar setiap bulan..anggaplah itu hutang untuk diri sendiri.

Sekiranya anda seorang pekerja, anda bertuah kerana setiap bulan anda membuat tabungan sekurang-kurangnya 23% daripada jumlah gaji kita, iaitu 11 peratus pekerja
dan 12% majikan. Sekurang-kurangnya semasa pencen nanti, kita ada dana untuk menampung keperluan hidup, ini adalah skim KWSP.

Apa pandangan anda tentang wang KWSP? Agak-agak cukup tak untuk mengekalkan taraf kehidupan kita yang
sedia ada? CUkupkah tabungan kwsp untuk hari tua kita? Tahukan anda wang kwsp hanya bertahan 2-3 tahun saja untuk majoriti rakyat Malaysia? Mengikut kajian majoriti rakyat Malaysia mempunyai jumlah wang kwsp yg kurang dari RM130,000 ketika bersara…..

Selain daripada ini , pulangan yang diberikan oleh KWSP..adakah cukup untuk kita survive selepas pencen nanti? Sebenarnya tabungan dalam KWSP menyusut kerana kadar inflasi semakin tinggi, contohnya pada Jun 2011, kadar inflasi adalah 3.5%, berbanding dengan dividen KWSP yang hanya 5.8% pada tahun 2010.

Adakah anda berminat untuk mendapat pulangan dalam 10-15% setahun tanpa perlu keluarkan duit poket sendiri?

Hanya dengan melabur dalam SKIM Pelaburan KWSP ke Unit Amanah/Unit Trust, anda berupaya mendapat pulangan yang lumayan. Malah, pihak KWSP sendiri
menggalakkan ahli-ahli untuk membuat pelaburan dengan pengendali Unit Amanah.

Sekiranya anda masih belum memulakan skim pelaburan KWSP, jangan bertangguh lagi, bertindak lah segera. Ini kerana lebih cepat anda mula, lebih awal anda berpeluang menggandakan wang KWSP anda. Unit Trust terkenal kerana compound interestnya. Dan compound interest sangat berkait rapat dengan masa. Lebih awal mula lebih baik untuk anda, masakan tidak, KWSP telah membenarkan pencarumnya melabur ke Unit Amanah sejak pencarum berusia 18 tahun lagi sejak tahun 2008. Sebelum ini mereka hanya membenarnya pencarum yg telah mempunyai lebih RM55ribu dalam akaun 1 untuk melabur ke unit amanah, biasanya mereka yang lebih 40 tahun telah mencapai jumlah ini. Ini bermakna mereka sendiri nampak yang pelaburan Unit Amanah sangat baik jika dapat dimulakan lebih awal lagi..

Hubungi saya untuk memulakan skim pelaburan KWSP anda ke Unit Amanah No 1 di Malaysia:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.